KUCHING: Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti di Parlimen akan mengembalikan suara rakyat dalam menentukan sesebuah kerajaan dan tidak lagi terletak pada pendirian wakil rakyat semata-mata, kata Adun Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman.
Jelasnya, dalam tempoh tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), terdapat banyak perubahan kerajaan yang dipengaruhi perubahan parti di peringkat Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri.
Justeru, Fazzrudin menyambut baik tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membaik pulih sistem demokrasi negara ini melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti di Parlimen.
"Ini (lompat parti) harus dihentikan kerana ia menyumbang ketidakstabilan politik tanah air yang menganggu perancangan jangka panjang sesebuah kerajaan dan juga gerak kerja untuk menyantuni rakyat.
"Dengan adanya RUU ini, ia akan dapat membantu kerajaan sedia ada untuk terus memerintah dan menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat tanpa perlu risau akan pergolakan politik yang boleh menyebabkan sesuatu kerajaan itu tumbang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA: PM umum 7 tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan, wujud landskap politik baharu
BACA: Tawaran PM elak rakyat, negara jadi mangsa kepentingan politik individu - Nazri Aziz
BACA: Tawaran transformasi: Pembangkang perlu ambil peluang kedua demi rakyat - Azizah
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan tawarkan tujuh transformasi parlimen dan pentadbiran kerajaan yang meliputi pelbagai reformasi institusi dan pindaan perlembagaan termasuklah mewujudkan RUU Anti-Lompat Parti di Parlimen.
Sementara itu, Fazzrudin turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri untuk melibatkan wakil parti pembangkang dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Katanya ia akan menggalakkan pendekatan ‘whole-of-society’ dalam memulihkan negara dari krisis COVID-19 dan juga ekonomi.
"Ini sejajar dengan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong yang menekankan pentingnya pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis," ujarnya.
Pada masa yang sama, beliau juga berharap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching yang memutuskan RUU Pindaan Perlembagaan pelaksanaan Undi18 harus dilaksanakan sebelum 31 Disember disokong semua pihak.
Jelasnya, keputusan ini perlu bagi mempercepatkan proses pelaksanaan Undi18 yang membolehkan golongan berumur 18 hingga 21 memainkan peranan dalam sistem demokrasi negara.
Afiezul Samit
Sat Sep 11 2021

Fazzrudin menyambut baik tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membaik pulih sistem demokrasi negara ini melalui pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti-Lompat Parti di Parlimen. FOTO:

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Kerajaan kekal tegas teruskan reformasi Parlimen - PM
Kerajaan kekal tegas untuk terus memastikan Parlimen bebas daripada kuasa eksekutif menerusi reformasi Parlimen.

Kabinet setuju secara prinsip tiga perkara reformasi Parlimen - Wan Junaidi
Jemaah Menteri pada 1 Jun telah bersetuju secara prinsip dengan tiga perkara dalam cadangan reformasi Parlimen.

Tingkat penglibatan MP pembangkang, Jawatankuasa Pilihan Khas kini dianggotai 9 ahli
Komposisi ahli bagi jawatankuasa itu akan melibatkan lima Ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan empat Ahli Parlimen dari pihak pembangkang.

Reformasi Parlimen: Wujudkan jawatankuasa perundingan RUU - PGSM
Reformasi Parlimen boleh dilakukan dengan mewujudkan jawatankuasa perundingan berkenaan rang undang-undang (RUU) yang terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang.

Reformasi Parlimen: Anwar bakal galas tanggungjawab berat
Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata Anwar dijangka mengetuai ahli-ahli Parlimen dalam pelan reformasi institusi penggubal undang-undang itu.

Enam jawatankuasa bakal dibentuk di bawah Parlimen
Sebuah jawatankuasa khas turut dibentuk untuk memantau sembilan agensi yang bakal diletakkan di bawah Parlimen.