KUALA LUMPUR: Pembangkang mendakwa isu lompat parti dalam kalangan Ahli Parlimen tidak hanya melibatkan pembelotan kepada parti, sebaliknya ia membabitkan pemberian rasuah, sogokan serta penipuan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka yang melompat parti dijanjikan habuan jutaan ringgit dan jawatan dalam kerajaan.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu mendakwa, sehingga hari ini tiada siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan isu lompat parti yang dikaitkan dengan rasuah, sogokan serta penipuan.
"Soal yang harus diketahui oleh Perdana Menteri dan diperhatikan oleh SPRM ialah kerana ia melibatkan rasuah, sogokan dan penipuan.
"Jadi dengan pindaan ini, (Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti), ia tidak menyelesaikan (isu lompat parti). Kita mahu gunakan pindaan ini untuk bertanyakan kepada SPRM mengapa janji sogokan, janji jawatan dan wang berjuta-juta ringgit dipadamkan dan tidak disiasat?," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata demikian ketika membahaskan RUU Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dianggarkan seramai 55 Ahli Parlimen akan mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung selama dua hari.
Membahaskan lagi, Anwar berkata isu lompat parti bukan suatu yang baharu dan ia berlaku sejak 1961 dengan menyaksikan kejatuhan kerajaan Pas diTerengganu pada ketika itu.
Menerusi pindaan RUU tersebut, Anwar berkata ia mampu mengembalikan maruah dan integriti seseorang Ahli Parlimen daripada terlibat dengan aktiviti rasuah atas tujuan melompat parti.
"Pindaan Perlembagaan ini memberi gambaran bahawa ada seuatu yang salah, kalau tidak kenapa nak pinda Perlembagaan? Mengapa nak hentikan cerita khianat dan belot ini? Ia kerana isu maruah berintegriti di Parlimen.
"Janji daripada rakyat kemudian bertukar, (dan) bertukar itu atas alasan apa? Atas alasan wang... jawatan," katanya lagi.
Anwar menambah, individu yang menjanjikan habuan dan menerima tawaran tersebut untuk bertukar parti seharusnya disiasat.
"Itu hal yang mesti dikaitkan dengan pindaan Perlembagaan dan dalam kes mutakhir ialah Langkah Sheraton. Banyak laporan dibuat tetapi tidak ada siasatan dan tindakan susulan oleh SPRM," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Wed Jul 27 2022
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, mereka yang melompat parti dijanjikan habuan jutaan ringgit dan jawatan dalam kerajaan - BERNAMA
Konflik Gaza: AS akan ambil alih Gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran. #AWANInews
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
[KOLUMNIS] Malaysia sebagai nakhoda ASEAN: Menangani dan mendepani cabaran global
Misi kepengerusian Malaysia pada tahun ini meletakkan beberapa keutamaan antaranya Visi Komuniti ASEAN 2045.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
Malaysia tidak akan tergesa-gesa respons ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global - PM Anwar
Malaysia ambil pendekatan bebas dan berkecuali, sekali gus membolehkan Malaysia menjalin hubungan dengan semua negara tanpa terikat kepada mana-mana blok kuasa.
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Tarif elektrik naik 14 peratus tidak benar - PM
Dakwaan bahawa tarif asas elektrik di Semenanjung akan meningkat 14 peratus pada Julai ini adalah tidak benar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Caruman KWSP pekerja asing akan ditetapkan dua peratus - PM
Kerajaan akan menetapkan kadar caruman KWSP sebanyak dua peratus kepada pekerja asing berbanding 12 peratus yang dicadangkan sebelum ini.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
PM Anwar tempelak pihak pertikai usaha kerajaan bantu bangunkan Gaza
Anwar berkata apa sahaja keputusan yang dilakukan beliau ketika ini dianggap kontroversi bagi sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan.