KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini mencatatkan satu lagi sejarah apabila meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti, dengan majoriti melebihi dua pertiga.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun sewaktu membacakan keputusan itu berkata, seramai 209 Ahli Dewan Rakyat bersetuju, manakala 11 lagi tidak hadir.
Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini, apabila RUU diluluskan, akan diadakan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Negara pada 8 Ogos 2022.
Terdahulu, ketika menggulung RUU tersebut, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, Jawatankuasa Pilihan Khas memutuskan bahawa Ahli Dewan Rakyat yang keluar dari suatu parti politik dalam suatu gabungan, dan menyertai parti politik yang lain dalam parti gabungan yang sama atau berbeza, maka Ahli Dewan Rakyat tersebut terhenti menjadi Ahli Dewan Rakyat dan perlu mengosongkan kerusi.
“Ini kerana keanggotaan seseorang Ahli Dewan Rakyat merujuk kepada keanggotaan dalam sesebuah parti politik, tidak kira sama ada parti politik itu merupakan anggota sesebuah parti gabungan atau tidak.
“Selain itu, keanggotaan seseorang Ahli Dewan Rakyat juga merujuk kepada seseorang Ahli Dewan Rakyat yang bukan anggota manamana parti politik yang membentuk sesuatu gabungan parti politik tetapi ialah anggota parti gabungan itu (direct member of the coalition party),” katanya lagi.
Dalam hal tersebut, Wan Junaidi berkata, Ahli Dewan Rakyat yang merupakan direct member of the coalition party yang berdaftar di bawah undang-undang Persekutuan akan dianggap bertukar parti jika beliau keluar daripada gabungan tersebut.
Beliau juga turut menyentuh mengenai persoalan mengenai kedudukan Ahli Dewan Rakyat sekiranya parti-parti politik diwakili keluar dari gabungan dan menyertai gabungan lain.
“Saya ingin menarik perhatian semua Ahli Yang Berhormat bahawa prinsip larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti berpegang kepada keahlian Ahli Dewan Rakyat dalam suatu parti politik.
“Oleh yang demikian, sebarang tindakan suatu parti politik termasuk keluar dari suatu gabungan dan menyertai gabungan lain tidak dianggap sebagai tindakan bertukar parti. Mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang kekal dalam parti gabungan sedia ada juga tidak akan dianggap bertukar parti,” katanya lagi.
Merujuk mengenai situasi sekiranya seorang Ahli Dewan Rakyat mempunyai prinsip yang bertentangan dengan prinsip parti politik yang diwakilinya, Wan Junaidi berkata, ia bergantung kepada peruntukan Perlembagaan Parti itu sendiri.
“Ini adalah sekiranya perlembagaan parti politiknya memperuntukkan bahawa perbuatan Ahli Dewan Rakyat tersebut yang tidak mengikut prinsip parti/melanggar arahan Whip akan terjumlah kepada beliau tidak lagi menjadi anggota parti politik (ceases to be a member) tersebut dengan sendirinya.
“Merujuk kepada perkara ini, Perlembagaan sesuatu parti politik menentukan tindakan terhadap Ahli Dewan Rakyat tersebut. Oleh itu, terdapat keperluan untuk pindaan dilaksanakan terhadap Perlembagaan satu Parti Politik bagi memastikan ia selaras dengan Rang Undang-Undang ini,” jelasnya lagi.
Selain itu Wan Junaidi berkata, penggunaan simbol parti politik atau simbol parti gabungan tidak diambil kira dalam RUU tersebut.
Jelasnya lagi, ia bermaksud, jika seseorang menggunakan simbol sesuatu parti politik, mereka tidak akan dianggapkan sebagai bertukar parti jika mereka kembali ke parti mereka atau kekal bebas.
Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya Ahli Dewan Rakyat Bebas itu dianggap melompat parti jika menyertai sesebuah parti politik kemudiannya, dan individu itu perlu mengosongkan kerusinya.
Pada 13 Julai lepas, Wan Junaidi dilaporkan sebagai berkata, Bacaan kali pertama di Dewan Negara adalah pada 9 Ogos 2022 diikuti bacaan kedua pada 10 Ogos 2022.
“Setelah mendapat kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Rang Undang-undang tersebut akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan di antara 11 hingga 26 Ogos 2022 untuk diperkenankan dan pewartaannya dijangka bakal dibuat di antara 29 Ogos hingga 2 September 2022,” menurut kenyataan itu lagi.
Firdaus Azil
Thu Jul 28 2022

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebelum ini, apabila RUU diluluskan, akan diadakan sesi libat urus bersama Ahli Dewan Negara pada 8 Ogos 2022. - Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Jangan ada pihak berlagak suci, harap sokong RUU Antilompat Parti - Armizan
Armizan turut menafikan dakwaan bahawa Kerajaan Negeri sengaja melengahkan pembentangan RUU Antilompat Parti.

RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.

RUU Antilompat Parti: Pahang sedia bentang jika pembangkang sokong
Kerajaan negeri Pahang sedia membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei ini jika mendapat persetujuan dua pertiga wakil rakyat, kata M

Bentang Rang Undang-Undang Antilompat Parti di DUN Sabah Mac ini - Ewon
ADUN Kadamaian itu berkata, cadangan itu penting bagi mewujudkan kestabilan politik di Sabah.

DUN Perak lulus RUU larang ADUN lompat parti
Usul pindaan itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan ia disokong sebulat suara oleh semua ADUN yang hadir pada persidangan DUN Perak.

RUU Antilompat Parti dibentang di DUN Sabah selepas PRU15 - Hajiji
Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti akan di bawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan pada bulan depan, kata Datuk Seri Hajiji Noor.

DAP adakan Kongres Khas 25 Sept, pinda perlembagaan
DAP akan mengadakan Kongres Khas pada 25 Sept ini dengan matlamat utama untuk meminda dan menyelaraskan perlembagaan parti itu seiring Rang Undang-Undang Antilompat Parti yang diluluskan di Parlimen.

RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.

RUU larangan lompat parti dijangka dikuat kuasa sebelum pertengahan September
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti dijangka dapat dikuatkuasakan tidak lewat daripada pertengahan September ini.

RUU Antilompat Parti: Sarawak kaji, sedia pinda Artikel 17 Perlembagaan Negeri
Jelas Abang JohariSarawak sudah ada peruntukan dalam perlembagaan mengenai tindakan lompat parti namun tidak dapat dilaksanakan kerana bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.