KOTA KINABALU: Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti setakat ini tidak tersenarai dalam agenda Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 25 Mei ini.
Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.
"Setakat ini kami belum dimaklumkan. Namun, jika kerajaan bersedia untuk membentangkannya, kami akan lakukan.
"Manalah tahu mungkin esok (kerajaan negeri) putuskan kerana mereka akan adakan mesyuarat Kabinet," katanya dalam sidang media sempena Istiadat Pembukaan dan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Sabah Ke-16, di sini hari ini.
Kadzim berkata RUU Antilompat Parti itu memerlukan masa panjang untuk dibahaskan kerana ia akan menarik penglibatan ramai pembahas dalam kalangan ahli DUN.
Justeru, katanya satu sidang DUN Khas kemungkinan diadakan sekiranya RUU itu tidak sempat dibentang dan dibahaskan pada sidang kali ini.
Sementara itu, Kadzim berkata pihaknya ada menerima RUU Persendirian mengenai Antilompat Parti untuk dibentangkan dan telah menyerahkannya kepada kerajaan negeri untuk diteliti.
Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dijadual merasmikan persidangan itu Isnin ini yang bakal menyaksikan pembentangan tiga RUU.
April lepas, Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu akan memfailkan RUU Persendirian mengenai Antilompat Parti pada sidang DUN akan datang.
Mohd Shafie dilapor berkata langkah itu diperlukan dan dibenarkan dalam persidangan negeri serta undang-undang negeri membenarkan pembentangan RUU seiring dengan kerajaan Persekutuan untuk mengelakkan ketidakstabilan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Kadzim berkata RUU Antilompat Parti itu memerlukan masa panjang untuk dibahaskan kerana ia akan menarik penglibatan ramai pembahas dalam kalangan ahli DUN. -Gambar fail/Bernama
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
RUU Antilompat Parti tiada dalam agenda sidang DUN Sabah - Speaker
Kadzim M Yahya berkata pihaknya setakat ini masih belum dimaklumkan oleh kerajaan negeri sama ada RUU itu akan dibentangkan atau tidak pada sidang kali ini.
Cuti umum, DUN Sabah tetap bersidang, esok (28 Nov) - Speaker
Sidang DUN Sabah akan bersidang seperti biasa walaupun Isnin diwarta sebagai cuti peristiwa.
Sidang DUN Sabah ditangguh ke September
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang sepatutnya bersidang pada 24 hingga 26 Ogos ini telah ditangguhkan ke bulan September.
DUN Sabah: ADUN, petugas wajib kemukakan ujian calitan tiga hari sebelum bersidang
Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan para petugas wajib mengemukakan keputusan ujian calitan COVID-19 tiga hari sebelum DUN Sabah bersidang.
Terserah kepada SPR tentukan status PRK DUN Bugaya - Speaker DUN Sabah
Datuk Kadzim M Yahya menyerahkan kepada SPR untuk menentukan status PRK bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Bugaya.
DUN Sabah tidak akan terbubar automatik - Speaker
Speaker menyangkal dakwaan pihak tertentu mengatakan ada risiko pembubaran DUN secara automatik jika tiada persidangan dibuat sebelum 1 Ogos 2021.
'Surat peletakan jawatan' Adun Sebatik: Warisan akan ambil tindakan undang-undang
Peguam Warisan didakwa mempunyai dokumen yang jelas menunjukkan bahawa Hassan A Gani bersetuju untuk meletak jawatan jika meninggalkan parti.
Pentadbiran Hajiji lengkap hari ini
23 individu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin, termasuk Speaker DUN Datuk Kadzim M Yahya.