Kerajaan memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 susulan mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan digantikan dengan RUU baharu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata RUU baharu itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu depan (26 Ogos) dan menurutnya sebelum ini RUU IPCMC 2019 dijadualkan dibahaskan di Dewan Rakyat pada hari yang sama.
"IPCMC ditarik balik dan akan digantikan dengan satu RUU baharu yang mempunyai maksud yang sama (berkaitan salah laku polis) tetapi diubah suai dan diberikan nama yang berbeza.
"Keputusan (tarik balik) dibuat oleh kerajaan semasa. Sesetengah isi kandungan dalam RUU itu (IPCMC) tidak dipersetujui oleh anggota polis, jadi kerajaan, KDN (Kementerian Dalam Negeri), memutuskan untuk perkenalkan yang (RUU) baharu," katanya kepada media selepas majlis penyerahan watikah pelantikan Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di sini, hari ini.
Takiyuddin berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dijangka membentangkan RUU baharu itu pada Rabu bagi bacaan pertama dan bacaan kedua pula pada keesokan harinya (27 Ogos).
Menurutnya, mesyuarat Kabinet sudah bersetuju dengan pembentangan RUU yang baharu itu serta menegaskan EAIC akan terus dikekalkan.
RUU IPCMC 2019 dibentang buat kali pertama di Dewan Rakyat pada 18 Julai tahun lepas bertujuan menggantikan EAIC bagi meningkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia dan bertindak sebagai badan pemantau bebas untuk menerima aduan dan menjalankan siasatan terhadap salah laku anggota polis.
Takiyuddin dalam ucapannya sebelum itu berkata fungsi EAIC bukan hanya tertumpu pada menjalankan siasatan aduan salah laku sahaja, sebaliknya juga berperanan membuat pemantauan terhadap prosedur operasi standard (SOP) agensi-agensi penguatkuasaan, termasuklah lawatan ke premis seperti depot tahanan dan lokap polis.
"Hasil daripada perjalanan fungsi ini, EAIC akan mengesyorkan kepada kerajaan langkah dan usaha penambahbaikan yang perlu diambil bagi memantapkan mutu perkhidmatan agensi-agensi penguatkuasaan tersebut.
"Usaha penubuhan EAIC oleh kerajaan sejak dari 2011 bukanlah untuk mencari kesalahan dan keaiban seseorang pegawai atau sesuatu agensi penguatkuasaan semata-mata.
"Suruhanjaya ini juga sebenarnya adalah perisai kepada agensi penguatkuasaan dan medium atau platform untuk membantu agensi penguatkuasaan persekutuan memantapkan lagi kualiti integriti tenaga kerja mereka, justeru membantu kerajaan dalam memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Dalam pada itu, Takiyuddin turut menyarankan agar orang awam lebih bijak memilih saluran aduan bagi mengelakkan risiko ancaman keselamatan dan perlindungan kepada mereka selaku pemberi maklumat.
"Saya lihat seiring dengan peredaran zaman dan perkembangan teknologi, ramai kini yang cenderung untuk menularkan kes-kes salah laku atau ketirisan disiplin melalui pelbagai aplikasi di media baharu seperti WhatsApp, Telegram, media sosial dan juga blog.
"Meskipun medium 'penyampaian berita' ini begitu pantas dan hanya terletak di hujung jari, kita perlu juga tahu terdapat kejadian-kejadian yang ditularkan turut mengundang pelbagai implikasi lain kepada pelbagai pihak termasuk kepada pengadu itu sendiri," katanya.
Pada majlis itu, Takiyuddin menyampaikan watikah pelantikan kepada pengerusi dan pesuruhjaya EAIC yang dilantik untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai lepas.
Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dilantik sebagai pengerusi EAIC manakala bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali sebagai timbalan pengerusi.
Suruhanjaya itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk John Louis O'hara dan Penasihat Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 19 2020

Datuk Takiyuddin Hassan (tengah) beramah mesra bersama Pengerusi EAIC Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pesuruhjaya EAIC di Menara Usahawan hari ini. - BERNAMA
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.