KUALA LUMPUR: RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok melarang penggunaan alat merokok oleh mana-mana individu yang dilahirkan dari tahun 2007 dan seterusnya bertujuan untuk melindungi golongan orang muda (contohnya, berusia 16 tahun pada penghujung 2022) daripada menjadi mangsa kesan berbahaya daripada rokok.
RUU itu turut menggariskan individu yang lahir sebelum 2007 tidak terjejas oleh undang-undang.
Pakar Perlembagaan Universiti Malaya Profesor Datuk Shad Saleem Faruqi menimbulkan persoalan sama ada wujud diskriminasi tidak berperlembagaan terhadap golongan muda.
Beliau mengingatkan bahawa Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut mengenai kesaksamaan tidak mewajibkan semua orang mesti dilayan sama.
"Tun Suffian dalam PP lawan Khong Teng Khen (1976) dan dalam Datuk Haji Harun bin Haji Idris lwn PP (1977) menyatakan bahawa “prinsip yang mendasari Perkara 8 ialah undang-undang mesti dilaksanakan sama ke atas semua orang dalam keadaan yang sama, bukan semata-mata ia mesti dilaksanakan sama pada semua orang dalam apa jua keadaan," ujarnya dalam satu kenyataan, di sini, baru-baru ini.
Justeru, negara katanya memang mempunyai kuasa untuk membezakan dan mengklasifikasikan orang.
Walau bagaimanapun, penjelasan mestilah rasional dan munasabah dan mesti mempunyai hubungan rasional dengan perkara yang ingin dicapai.
BACA: RUU: Larangan rokok, peranti dijual kepada individu lahir 2007 ke atas
Selain itu, umur adalah faktor yang dibenarkan untuk mengklasifikasikan orang ke dalam kategori yang berbeza, tambah Shad Faruqi.
"Kita mempunyai undang-undang mengenai umur majoriti, kelayakan untuk mengundi, hak untuk bertanding dalam pilihan raya, umur perkahwinan, umur untuk kebenaran melakukan hubungan seks, umur yang tiada liabiliti jenayah dan prosedur mahkamah khas untuk juvana.
"Umur adalah kriteria yang dibenarkan, rasional dan perlu untuk klasifikasi dalam beberapa undang-undang. Klasifikasi tersebut mempunyai hubungan yang munasabah dengan undang-undang," ujarnya.
Kata beliau, pengkategorian penduduk yang dicadangkan kepada "sebelum 2007" dan "selepas 2007" adalah berdasarkan asas yang rasional dan munasabah dan disokong oleh bukti perubatan yang kukuh.
"Klasifikasi tersebut mempunyai hubungan yang munasabah dengan undang-undang," tambahnya.
Justeru, secara keseluruhannya, undang-undang berkenaan telah berusaha untuk menghapuskan penyakit disebabkan rokok dan melakukannya secara beransur-ansur.
Namun cabaran utama ialah penguatkuasaan, bukan Perlembagaan.
Shad Saleem juga turut beranggapan RUU berkenaan turut melanggar kebebasan peribadi yang dijamin oleh Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.
Jelasnya, berdasarkan peruntukan itu, tiada seorang boleh dilucutkan nyawanya atau kebebasan peribadinya kecuali menurut undang-undang.
"Apa yang dikemukakan, tiada hak asasi untuk mencederakan diri sendiri, membahayakan orang lain melalui asap rokok, menyebabkan kemudaratan kepada kepentingan awam melalui banyak kesan berbahaya daripada merokok dan menjaja produk merokok," katanya.
Tambahnya, ketagihan nikotin tidak dapat dibezakan dengan ketagihan kepada ubat-ubatan lain dan jika negara boleh mengharamkan atau mengawal dadah lain, ia juga boleh mengawal nikotin.
Justeru, bantahan utama terhadap inisiatif negara berkaitan perkara ini ialah undang-undang akan sukar dikuatkuasakan.
"Namun, cabaran bagi setiap penguatkuasaan mengiringi semua undang-undang. Perkara 5(1) tidak memberikan hak mutlak untuk kebebasan.
"Kebebasan boleh dilucutkan tetapi hanya mengikut undang-undang. Selagi ada undang-undang yang sah, dan eksekutif bertindak di bawahnya, tidak ada pelanggaran Perlembagaan terhadap kebebasan diri.
"Berdasarkan keputusan kes Alma Nudo Atenza oleh Mahkamah Persekutuan pada 2019, undang-undang yang melucutkan kebebasan seseorang mestilah tidak seimbang. Apa yang tidak seimbang ialah mahkamah yang menentukan. Adalah dikemukakan bahawa RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok adalah tidak munasabah atau tidak seimbang," tambahnya.
Astro Awani
Sun Jul 31 2022
Bantahan utama terhadap inisiatif negara berkaitan perkara ini ialah undang-undang akan sukar dikuatkuasakan. - Gambar hiasan
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Calon SPM terjejas di Sarawak diminta hubungi sekolah segera
Calon SPM di Sarawak yang terkesan banjir diminta menghubungi pihak sekolah dalam 12 jam untuk urusan penghantaran pulang bagi menduduki peperiksaan.
JDT sedia berdepan mana-mana pasukan di final Piala Malaysia - Bidoglio
JDT telah mengesahkan tempat ke final dan dalam misi menjulang Piala Malaysia kelima mereka
73 motosikal disita, ubai suai tidak mengikut spesifikasi
Sebanyak 1,500 kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya di Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, dan Jalan Tun Razak.
Sarawak antara lima negeri teratas prestasi ekonomi terbaik - Abang Johari
Sarawak berada dalam kelompok lima negeri teratas di Malaysia dari segi prestasi ekonomi pada tahun lepas.
Khairy yakin RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen
Perbincangan berjalan lancar yang mana ahli-ahli jawatankuasa sedang meneliti pindaan-pindaan yang dicadangkan.
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok elak golongan muda jadi mangsa kesan berbahaya rokok
RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok melarang penggunaan alat merokok oleh mana-mana individu yang dilahirkan dari tahun 2007 dan seterusnya bertujuan untuk melindungi golongan orang muda