SEREMBAN: Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata ketika ini pihaknya masih meneliti beberapa perkara berkaitan RUU itu selain perlu mendapatkan pandangan Jabatan Peguam Negara (AGC) serta beberapa kementerian lain sebelum dibawa untuk kelulusan Kabinet.
"Kami baru habis mesyuarat ketiga yang dipengerusikan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU itu pada 14 Mei lepas di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).
"Setakat ini saya boleh kata kira-kira 60 peratus (siap), draf memang sudah ada...ia akan mengambil sedikit masa...kalau sempat mungkin akan bawa ke Parlimen pada Julai tapi jika tidak sempat kita akan pastikan selewat-lewatnya sidang terakhir (Parlimen) hujung tahun," katanya.
Beliau yang juga Ketua Wanita DAP itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kelompok Biasa Bahagian Wanita DAP Negeri Sembilan yang dihadiri lapan Bahagian di sini pada Ahad.
Teo berkata RUU berkenaan bagi memastikan setiap platform provider atau sedia ada di negara ini mematuhi Prosedur Operasi Standard selain memudahkan pihak berkuasa bekerjasama mendapatkan maklumat dan menjalankan siasatan terhadap sebarang isu berkaitan keselamatan dalam talian.
Beliau berkata selain RUU itu pihaknya juga berhasrat mengemas kini RUU dan akta sedia ada yang berkaitan bagi menambah baik selain menutup sebarang jurang (loophole) yang wujud.
Pada Mac lepas, Teo dilaporkan berkata Kabinet memutuskan supaya Akta Keselamatan Dalam Talian diwujudkan dan Kementerian Komunikasi serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri diarah mengkaji keperluan akta itu.
Sementara itu, beliau yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berkata pihaknya akan menganjurkan program 'Her Lead' iaitu kursus bagi mengenal pasti dan mencungkil bakat individu dalam kalangan wanita DAP untuk tampil sebagai pemimpin, dijadualkan pada 20 dan 23 Jun ini.
"Program itu terbuka kepada semua wanita dan kita sasarkan 25 ke 30 orang sebelum memilih seramai 10 individu yang berpotensi dan akan buat program mentor mentee untuk mengasah bakat mereka sekurang-kurangnya setahun.
"Ini bagi memastikan mereka faham termasuk kerja Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan kerja di kerajaan selain kalau ada pilihan raya kita boleh cadangkan nama kepada pemimpin parti, kita tidak mahu alasan tiada calon wanita sesuai untuk diketengahkan," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga menyasarkan menjadi parti pertama mencapai matlamat 30 peratus wanita berada dalam kepimpinan kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024

Teo (kanan) bercakap kepada pemberita semasa sidang media pada Mesyuarat Kelompok Biasa Bahagian Wanita DAP Negeri Sembilan di sebuah hotel, pada Ahad. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Japan Airlines terjejas serangan siber
Pelanggan kini boleh membeli tiket untuk penerbangan domestik dan antarabangsa selepas gangguan sementara.

Kementerian Pertahanan teliti pendekatan terbaik bangunkan armada digital
Kementerian Pertahanan sedang meneliti pendekatan terbaik dalam membangunkan ketumbukan dan armada digital secara besar-besaran.

Singapura hentikan aplikasi Mobile Guardian pelajar selepas serangan siber
Kementerian Pendidikan Singapura akan menghentikan penggunaan Aplikasi Mobile Guardian daripada peranti pembelajaran peribadi pelajar.

Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber
Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber dalam tempoh 12 bulan lepas berbanding 76 peratus secara purata di peringkat global.

Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.

Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan
Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan.

Microsoft anggar 8.5 juta komputer Windows terkesan masalah kemas kini Crowdstrike
Microsoft menyatakan impak ekonomi yang dibawakan kesan daripadanya adalah sangat besar.

Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah
Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku sejak semalam tidak menjejaskan operasi agensi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan "penyelesaian"
CrowdStrike berkata pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.

Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.