KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bimbang akan ada sebilangan remaja berusia 18 tahun akan menyaman kerajaan kerana melanggar kebebasan memilih sekiranya Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 diluluskan.
Mohamed Nazri berkata, pindaan yang dibentangkan itu akan mewujudkan satu bentuk diskriminasi kepada mereka yang lahir pada 2007 dan seterusnya.
"Saya setuju jika kita haram rokok terus. Bila kita haram rokok, maka mereka (lahir 2007) juga tidak boleh hisap rokok, makna kita pun tak boleh hisap rokok.
"Kenapa diskriminasi? Boleh lah jawab (penguatkuasaan secara) bertahap ke apa, tetapi kamu menciptakan diskriminasi.
"Saya percaya, nanti ada budak yang 18 tahun, dua, tiga orang akan bawa kes ke mahkamah dan menuntut mahkamah untuk menentukan sama ada hak asasi mereka telah pun dicabuli (atau tidak), kerana adanya akta ini," katanya ketika membahaskan bacaan kedua RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 pada Isnin.
RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022, yang bertujuan mengharamkan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 27 Julai lalu.
Beliau menegaskan, kebebasan memilih merupakan hak asasi manusia yang sangat penting yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun, Mohamed Nazri menjelaskan beliau bersetuju sepenuhnya dengan Kementerian Kesihatan mengenai mudarat merokok.
Namun, jelas Mohamed Nazri, beliau hanya membangkitkan kebimbangannya supaya kementerian dapat meneliti perkara ini.
Dalam perbahasan itu, Mohamed Nazri berhujah bahawa banyak pihak berpendapat bahawa kanak-kanak perlu dilindungi dengan rang undang-undang itu.
Namun Mohamed Nazri mengingatkan bahawa mereka yang lahir pada 2007 akan berumur 18 tahun apabila peruntukan pindaan akta itu sepatutnya berkuat kuasa pada 2025.
"Jadi, kita bukan bercakap pasal kanak-kanak sebenarnya; kita bercakap mengenai rakyat berusia 18 tahun yang boleh mengundi dan dalam perlembagaan, beberapa kebebasan dijamin, bahawa mereka berhak memilih untuk merokok," katanya.
Beliau juga berkata terdapat cara untuk mencegah asap rokok dihidu orang lain tanpa melarang merokok secara langsung, seperti kuasa menteri kesihatan untuk menetapkan kawasan sebagai kawasan larangan merokok.
"Tapi saya tidak fikir kita boleh kawal orang dalam rumah mereka," katanya.
RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Isnin dengan terdapat pindaan antaranya mengurangkan denda standard untuk Generasi Penamat (GEG) dalam Akta Kawalan Tembakau dan Merokok daripada RM5,000 kepada RM500.
Selain itu pindaan itu juga memasukkan, penambahan khidmat masyarakat sebagai pilihan ganti denda (seperti yang diputuskan oleh mahkamah) dan tiada pemeriksaan badan untuk individu di bawah umur 18 tahun.
Irwan Muhammad Zain
Mon Aug 01 2022

Mohamed Nazri berkata, pindaan yang dibentangkan itu akan mewujudkan satu bentuk diskriminasi kepada mereka yang lahir pada 2007 dan seterusnya. - Gambar fail

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

"Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri
Keputusan yang dibuat Johari itu bertepatan dengan semangat Akta Anti Lompat Parti yang diluluskan di Dewan Rakyat sebelum ini, kata Nazri.

Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.

Rombakan Kabinet: Bukti kesungguhan kerajaan berdepan cabaran baharu dunia - Nazri
Keputusan mewujudkan Kementerian Digital dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam menandakan kerajaan sedar cabaran-cabaran baharu yang dihadapi negara.

WAF, jangan bercakap kalau tak tahu - Nazri
Tegas Mohamed Nazri, Wan Ahmad Fayhsal perlu memahami sama ada demarche (tata tindak) itu satu ugutan atau tidak bergantung kepada isinya.

Suara dan jiwa Kelantan di Washington D.C
Kedutaan Malaysia di Washington D.C menggenggam erat keindahan seni dan budaya dari Kelantan dan memperkenalkannya kepada khalayak.

Tidak mungkin Malaysia simpati kepada Israel, kata Nazri kepada AS
Mohamed Nazri menegaskan simpati Malaysia adalah hanya untuk Palestin.

Anwar harumkan kembali nama Malaysia di mata dunia - Nazri
Ucapan Anwar yang mengutuk sikap hipokrit PBB terhadap Palestin juga mendapat pujian banyak pihak.

"An Evening with Friends of Malaysia" usaha tingkat hubungan dua hala dengan AS
Ia merupakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.

"Anwar jadi PM atas takdir Allah bukan iblis tolong" - Nazri Aziz
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, Anwar dipilih sebagai perdana menteri kerana sudah ditakdirkan oleh Allah bukan pertolongan iblis.