KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata ketika ini, Kementerian Komunikasi dalam peringkat akhir untuk memuktamad kandungan rang undang-undang itu bersama Jawatankuasa Protem Majlis Media Malaysia yang terdiri daripada wakil industri media, ahli akademik dan pihak awam.
"Hal ini adalah bagi memastikan peruntukan-peruntukan yang dipersetujui dalam kandungan rang undang-undang tersebut adalah jelas serta memastikan penubuhan majlis media itu kelak memenuhi objektif utama yang disasarkan," katanya.
Teo berkata demikian pada sesi penggulungan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2021 dan 2022 bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata pada Mei lepas, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah meminta Kementerian Komunikasi merujuk rang undang-undang itu kepada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk Analisis Impak Peraturan (RIA).
Teo berkata selepas kandungan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dimuktamad dan proses RIA diselesaikan, draf akan dikemukakan kepada AGC untuk semakan selanjutnya.
"Seterusnya kementerian akan membentangkan Memorandum Jemaah Menteri untuk mendapatkan kelulusan bagi pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia di Parlimen setelah semakan oleh AGC selesai dilaksanakan," katanya.
Penubuhan Majlis Media Malaysia adalah bagi membangun dan melaksanakan kod etika pelaporan yang dapat memperkasakan profesion kewartawanan negara serta memastikan pelaporan berita dilakukan oleh media secara bertanggungjawab.
Ia turut berfungsi menggalakkan komunikasi antara pengamal media, kerajaan dan orang awam selain menyokong pembangunan profesional wartawan serta organisasi media.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
![RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15 RUU Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada Mesyuarat Ketiga Parlimen ke-15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719211379_TBTEONIECHING.jpg)
Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia dijangka dibentang pada sidang Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching. - Gambar fail/BERNAMA
![Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739068687_tbatletMuayThaiP.jpg)
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
![Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739069570_tbhimpunanmogoklap.jpg)
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
![AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737105069_NajibRazak.jpg)
AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.
![Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737793971_tblawanrasuah.jpg)
Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
![Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731600860_HannahYeoh.jpg)
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
![Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737383832_HimpunanSolidariti.jpg)
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
![Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736827041_TBAZALINAOTHMAN.jpg)
Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.
![Semua pihak dinasihati hormati prosiding mahkamah kes semakan Najib - AGC Semua pihak dinasihati hormati prosiding mahkamah kes semakan Najib - AGC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730783597_TBJABATANPEGUAMNE.jpg)
Semua pihak dinasihati hormati prosiding mahkamah kes semakan Najib - AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menasihati semua pihak supaya menghormati prosiding mahkamah berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi.
![AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736504504_TBAGC.jpg)
AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini.
![Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736434312_JahaberdeenMohamed.jpg)
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
![Saya terganggu, tiada afidavit balasan dari AGC cabar kewujudan Titah Adendum - Hakim Saya terganggu, tiada afidavit balasan dari AGC cabar kewujudan Titah Adendum - Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736138498_HimpunanSolidariti.jpg)
Saya terganggu, tiada afidavit balasan dari AGC cabar kewujudan Titah Adendum - Hakim
Menurutnya, setakat ini hujah yang dikemukakan adalah mengaitkan isu teknikal, perundangan dan bukannya menafikan kewujudan adendum tersebut.