KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 yang dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali kedua minggu depan wajar mendapat sokongan semua Ahli Parlimen khususnya yang beragama Islam, sekali gus diluluskan tanpa pindaan.
Bekas Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpandangan, RUU tersebut amat berkesan menyatupadukan umat Islam di negara ini yang mempunyai kepelbagaian latar belakang berteraskan Ahli Sunah Waljamaah (ASWJ), di samping meningkatkan keberkesanan perkhidmatan institusi berkenaan.
"Sebab itu saya menyokong penuh pembentangan RUU Mufti di Parlimen bertujuan mengadakan peruntukan bagi perkara berhubung kait dengan mufti, penentuan mengenai hukum dan perkara berkaitan.
"Pada hemat saya, RUU tersebut akan memperkemas tadir urus hal ehwal Islam, terutama pada isu takrifan dan penjelasan ASWJ kepada masyarakat awam khususnya dalam menjamin kedudukan dan kesejahteraan umat Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan di laman Facebook, hari ini.
Pada 2 Julai lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar membentangkan tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat merangkumi RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024, RUU Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024 dan RUU Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2024.
RUU Mufti antaranya memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.
Mengulas lanjut, Syed Ali berkata RUU Mufti juga dilihat dapat memperkukuhkan lagi kedudukan ASWJ berteraskan pegangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah yang sudah sekian lama diterima pakai di negara ini.
"Ia amat relevan bahawa seseorang itu layak dilantik sebagai mufti atau timbalan mufti jika dia seorang warganegara Malaysia, ASWJ serta mempunyai kepakaran dalam hukum syarak seperti RUU Mufti," tambah beliau.
Semalam, Jabatan Mufti Selangor turut menyokong penuh RUU Mufti untuk mentakrifkan ASWJ berdasarkan manhaj akidah al-Asyairah dan al-Maturidiyah sebagai punca kuasa kepada Jabatan Mufti Wilayah bagi menambah baik keberkesanan perkhidmatan institusi berkenaan.
Mufti Selangor, Prof Madya Datuk Anhar Opir dalam kenyataan berkata, ia selaras dengan titah Sultan Selangor ketika menjadi Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dizahirkan ketika Mesyuarat MKI Ke-69 yang bersidang pada 6 Mac tahun lalu.
Katanya, titah itu menegaskan institusi Raja-Raja Melayu mewarisi aliran ASWJ dengan berakidah Imam al-Ashari, fiqh bermazhab Imam Shafie dan aliran tasawuf Imam al-Ghazali.
Hasimi Muhamad
Wed Jul 10 2024

Syed Ali berkata, RUU Mufti dilihat dapat memperkukuhkan lagi kedudukan ASWJ berteraskan pegangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah yang sudah sekian lama diterima pakai di negara ini. - Gambar fail

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Keputusan RUU Mufti Wilayah Persekutuan perlu pertimbang kehendak umat Islam
Musa berkata, undian daripada rakyat diperlukan meskipun RUU tersebut hanya terpakai kepada mereka yang berada di lokasi berkenaan.

RUU Mufti selari dengan amalan di Kelantan - Mufti
Katanya, Kelantan mempunyai kekuatan Enakmen MAIK serta Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

RUU Mufti perlu disokong, diluluskan di Dewan Rakyat - Syed Ali
RUU Mufti dilihat dapat memperkukuhkan lagi kedudukan ASWJ berteraskan pegangan al-Asyairah dan al-Maturidiyah, kata Syed Ali.