KUALA LUMPUR: Kerajaan sekali lagi menzahirkan keyakinan dan komitmen bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik akan dapat direalisasikan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata RUU itu dijangka dibentangkan bagi bacaan pertama pada awal November, disusuli dengan bacaan kedua pada hujung bulan yang sama.
Jelas Ahli Parlimen Santubong itu, Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah menyediakan skop dan parameter dasar yang digariskan dalam RUU Sumbangan Politik.
Perkara itu, ujar Wan Junaidi, telah dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diteliti sebelum RUU berkenaan dapat dimuktamadkan.
"Satu sesi libat urus bersama wakil ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang akan diadakan pada 28 September ini bagi mendapatkan pandangan berhubung perkara dasar bagi RUU Sumbangan Politik yang sedang digubal.
"Selain itu, RUU ini juga telah mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang telah diadakan bersama pihak pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) seperti Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) serta pakar akademik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Wan Junaidi berkata RUU Sumbangan Politik dijangka dapat dibentangkan pada sidang Parlimen, Oktober depan.
Beliau dalam masa yang sama berkata, beberapa sesi perbincangan dalaman juga telah dibuat bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memperincikan dasar penggubalan RUU berkenaan.
Mengulas lanjut, Wan Junaidi menambah inisiatif untuk memperkenalkan undang-undang yang mengawal selia dana politik pernah diusahakan oleh kerajaan pada 2015 melalui penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).
Begitu pun, katanya hasrat untuk memperkenalkan undang-undang tersebut tidak terlaksana.
Usaha tersebut sekali lagi dilakukan melalui cadangan kerangka perundangan bagi RUU Sumbangan Politik kerajaan pada November 2019 kepada Parlimen untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang.
Tetapi, Wan Junaidi berkata, hasrat berkenaan turut tidak kesampaian.
Hasimi Muhamad
Sat Sep 24 2022
Wan Junaidi berkata RUU itu dijangka dibentangkan bagi bacaan pertama awal November disusuli dengan bacaan kedua pada hujung November. -Gambar fail/Bernama
Pendidikan: China lancar pelan bina negara pendidikan kukuh 2035
China telah melancarkan pelan tindakan nasional pertama untuk membina sebuah "negara pendidikan kukuh" menjelang tahun 2035.
Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.
Western Australia destinasi baharu pilihan rakyat Malaysia untuk percutian keluarga
Perth sebagai sebuah ibu kota Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia kini muncul sebagai destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari pengalaman percutian santai.
AWANI Ringkas: Seorang lelaki direman kes pukul OKU di pasar tani
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan beri tekanan, Biar siasatan selesai - Armizan
Semua pihak dinasihat tidak mencetuskan spekulasi berhubung penjualan sandwic dengan label ham and cheese yang dijual di beberapa premis dalam Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, adalah lebih baik tidak diberi tekanan kerana proses siasatan masih berjalan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, adalah lebih baik tidak diberi tekanan kerana proses siasatan masih berjalan.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
Tahun Baharu Cina: Bas ulang alik percuma ke Bukit Bendera selama lima hari
PBBPP dengan kerjasama Rapid Bus Sdn Bhd dan Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan perkhidmatan bas ulang-alik percuma ke Bukit Bendera dari Komtar selama lima hari, sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Kes pukul OKU: Lima individu telah ditahan, polis lengkapkan siasatan
Lima individu telah ditahan berhubung kejadian pukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental di pasar tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman. #AWANInews
Trump janji nyahklasifikasi dokumen berkaitan pembunuhan Kennedy, Martin Luther King Jr
Trump menyatakan bahawa langkah ini adalah untuk memulihkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.
Jenazah ADUN Sungai Sibuga selamat dikebumikan
Mohamad Hamsan, 65, meninggal dunia pada 11.20 malam tadi di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.
RUU Sumbangan Dana Politik dibentang Nov ini, libat urus 28 Sept
Bacaan Pertama RUU berkenaan dijangka dibuat pada awal November disusuli dengan Bacaan Kedua pada hujung bulan sama.