KOTA KINABALU: Sabah bakal mencipta sejarah dengan pembinaan Pusat Pelancaran Angkasa Lepas di negeri itu, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.
Menurutnya, cadangan itu telah diluluskan di peringkat kabinet dan akan melalui proses kajian kebolehlaksanaan yang akan dijalankan oleh syarikat Sovereign Senalang dalam masa terdekat.
"Kita akan menubuhkan sebuah agensi yang dikenali sebagai Sabah Space Industrial Corporation. Agensi ini akan bekerjasama rapat dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi menjalankan inisiatif membangunkan sektor aeroangkasa di Sabah.
"Cadangan ini telah dibentangkan dan mendapat persetujuan kabinet negeri. Sebagai langkah pertama, kajian kebolehlaksanaan bagi mengkaji kesesuaian pembinaan Sabah International Space Launch Industrial Centre (SLIC) di tempat yang akan ditentukan kelak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di dalam Majlis Amanat Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi di Kota Kinabalu pada Selasa.
Dalam pada itu, Arifin menambah pusat pelancaran angkasa lepas yang akan dikenali sebagai Sabah International Space Launch Industrial Centre (SLIC) itu dijangka memacu pertumbuhan sehingga 500 buah syarikat hiliran selain membuka lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri itu.
"SLIC juga apabila terlaksana, akan dapat memacu pertumbuhan 300-500 syarikat hiliran dalam industri aero angkasa dan akan membuka lebih 90 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan lebih kurang 5,000 peluang pekerjaan," katanya.
Abdul Hafiz Mustadi
Tue Feb 14 2023
Cadangan itu telah diluluskan di peringkat kabinet dan akan melalui proses kajian kebolehlaksanaan yang akan dijalankan oleh syarikat Sovereign Senalang dalam masa terdekat.
Petronas iktiraf Petros sebagai agregator gas tunggal Sarawak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bagaimanapun berkata, ia tidak termasuk gas asli cecair (LNG).
"Kalau rakyat Parit beradab" - Ahli Parlimen Parit
Sidang Parlimen kecoh apabila Ahli Parlimen, Muhammad Ismi Mat Taib ketika sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja enggan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan.
Pantau Agenda Reformasi: Jepun tawar kepakaran untuk bantu Malaysia berdepan cabaran perubahan iklim
Dr Khamarrul Azahari Razak, Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM
2025 tahun sukar, fokus pelaburan jangka panjang - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan. Malaysia kekal seimbang dalam perdagangan antarabangsa dengan daya tahan ekonomi domestik yang kukuh.
Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi dan penjimatan kos.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata penutupan syarikat yang tidak berdaya maju serta membebankan akaun kumpulan NAFAS juga akan dilaksanakan.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata lebuh raya bertol penuh yang menghubungkan Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu ke Kampung Tunjong, Kota Bharu, Kelantan itu memerlukan penelitian mendalam, termasuk aspek kemampuan pihak konsesi.
2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.
Pendirian Malaysia sama dengan negara Islam lain - PM
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan meneliti terlebih dahulu kenyataan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum mengulas lanjut.
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
Sabah bakal bina Pusat Pelancaran Angkasa Lepas - Arifin
Sabah bakal mencipta sejarah dengan pembinaan Pusat Pelancaran Angkasa Lepas di negeri itu.