KOTA KINABALU: Kota Belud merupakan daerah yang merekod kecurian kabel tertinggi di Sabah dengan 242 kes daripada 1,915 kes keseluruhan yang direkodkan di negeri itu, pada tahun lepas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan Datuk Fairuz Renddan berkata 242 kes di Kota Belud itu amat membimbangkan, kerana dua daerah lain yang terdekat iaitu Kota Marudu dan Tuaran mencatat jumlah kes yang rendah iaitu masing-masing 76 dan 61 kes.
Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah itu berkata kecurian kabel atau vandalisme alat komunikasi yang lain amat dikesali, kerana memberikan kesukaran kepada penduduk di negeri ini untuk berkomunikasi dengan baik terutama di kawasan luar bandar serta pedalaman yang jauh.
"Setiap kali kabel dicuri, maka talian komunikasi kita akan mengalami gangguan, memberi impak negatif kepada semua penduduk Kota Belud dalam aspek komunikasi. Rupa-rupanya kabel dipotong, dicuri dan dijual.
"Sekiranya kejadian vandalisme terutama kecurian atau pemotongan kabel seperti ini berterusan, sampai bilapun apa-apa pembangunan infrastruktur komunikasi tidak akan pernah selesai," katanya menerusi kenyataan sempena Program Kesedaran Hentikan Vandalisme Komunikasi DUN Pintasan di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia negeri Sabah Ratnawaty Talib berharap, masyarakat kawasan Pintasan mengambil tanggungjawab memanfaatkan dan menjaga dengan baik semua kemudahan telekomunikasi di kawasan mereka.
"Banyak sekali manfaat pembangunan dan penyediaan akses telekomunikasi kepada masyarakat. Bayangkan jika ada infrastruktur telekomunikasi yang rosak dan menyebabkan kehilangan akses internet, akan ramai golongan terjejas tidak kira usia dan pekerjaan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 02 2024

242 kes di Kota Belud itu amat membimbangkan, kerana dua daerah lain yang terdekat iaitu Kota Marudu dan Tuaran mencatat jumlah kes yang rendah. - Gambar hiasan

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sabah catat 1,915 kes kecurian kabel, Kota Belud daerah tertinggi
242 kes di Kota Belud itu amat membimbangkan, kerana dua daerah lain yang terdekat iaitu Kota Marudu dan Tuaran mencatat jumlah kes yang rendah.

Kecurian kabel di Stadium Perak: Polis sahkan tiada unsur sabotaj
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata walau bagaimanapun siasatan berkenaan kejadian itu masih lagi diteruskan.