KOTA KINABALU: Pelancong dari Semenanjung boleh memilih Sabah sebagai destinasi percutian kerana ia menawarkan harga berpatutan susulan peningkatan perbelanjaan perjalanan ke luar negara.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata mereka bukan hanya dapat meneroka destinasi baharu malah berpeluang mendalami budaya tempatan selain memupuk perpaduan dan pemahaman lebih mendalam dalam kalangan rakyat negara ini.
"Dengan memilih mengunjungi Sabah, ia sama seperti ke luar negara kerana anda akan menyeberangi Laut China Selatan," menurutnya dalam kenyataan semalam.
Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah itu berkata peralihan dalam pemilihan tempat percutian berkenaan akan membantu pertumbuhan pelancongan domestik dan ini selaras dengan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya kerajaan negeri untuk memacu ekonomi Sabah.
Joniston berkata Sabah merekodkan kedatangan 2.6 juta pelancong pada 2023 yang melebihi sasaran 2.2 juta dengan 1.75 juta adalah pelancong domestik dan 858,475 pelancong luar sekali gus menjana pendapatan sebanyak RM5.5 bilion.
Beliau berkata statistik Lembaga Pelancongan Sabah menunjukkan negeri itu telah menerima 300,990 pelancong domestik dan 231,237 pelancong asing bagi tempoh dua bulan pertama 2024.
Pelancong China mencatatkan jumlah tertinggi dengan 91,936 orang diikuti Korea Selatan (42,653) dan Brunei (36,066).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024

Sabah merekodkan kedatangan 2.6 juta pelancong pada 2023 yang melebihi sasaran 2.2 juta dengan 1.75 juta adalah pelancong domestik dan 858,475 pelancong luar. - Gambar hiasan/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Sabah destinasi percutian tawar harga berpatutan - Joniston
Mereka dapat meneroka destinasi baharu, mendalami budaya tempatan, serta memupuk perpaduan dan pemahaman lebih mendalam dalam kalangan rakyat.

Scoot dijangka tambah kekerapan penerbangan ke Sarawak guna pesawat baharu Embraer
Scoot dijangka dapat meningkatkan kekerapan penerbangannya antara Singapura dan Sarawak bermula Mei ini selepas menambah pesawat baharu Embraer kepada kumpulan pesawatnya.

Kuching destinasi pelancongan harga paling berpatutan bagi percutian akhir tahun
Agoda menganalisis purata caj bilik bagi destinasi-destinasi pelancongan dari 22 hingga 31 Disember.

Pelancongan di Langkawi semakin rancak, bukan lumpuh - MB
Penerbangan masuk ke Langkawi direkodkan antara 20 hingga 30 sehari yang mana lebih tinggi pada hujung minggu dan hari cuti.

Pulau Bidong jadi tumpuan peminat sejarah dan alam semula jadi
Keindahan terumbu karang, peninggalan sejarah pelarian Vietnam, kepelbagaian flora dan fauna yang masih tidak 'terusik' menaikkan nama pulau ini.

Selepas Boracay, destinasi resort kedua paling popular di Filipina diarah tutup?
Paras bakteria coliform yang tinggi dikenal pasti di dua kawasan di bandar El Nido.

Selangor sasar 9 juta pelancong tahun ini
Jumlah sasaran pelancong ke Selangor pada tahun ini, dapat dicapai susulan negeri berkenaan mempunyai pelbagai destinasi pelancongan yang unik.

MAHB lancar dana RM5 juta tingkatkan pelancongan Langkawi
Dana itu ditawarkan kepada penggiat industri yang layak seperti syarikat penerbangan, ejen serta operator pelancongan dan syarikat pemasaran destinasi.

Garis Masa 2018: Imbasan isu, berita dan peristiwa pelancongan
Kerancakan industri pelancongan sepanjang tahun 2018 digerakkan lebih daripada aspek-aspek tersebut.

Bilangan pelancong menurun? Pemain industri cadang tubuh Lembaga Pelancongan Langkawi
Lembaga itu akan dapat menumpukan perhatian yang khusus kepada pelancongan berbanding fungsi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sekarang.