KOTA KINABALU: Sabah menjadi negeri yang diberi keutamaan bagi penyaluran vaksin dos tunggal jenama Cansino.
Jumlah tersebut merangkumi keseluruhan 2.89 juta dos vaksin yang diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini.
Perkara tersebut dinyatakan Khairy pada Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Sabah pada Isnin.
"Pertamanya adalah komitmen dari Kerajaan Persekutuan untuk menghantar seperti yang telah diumumkan iaitu sebanyak 2.89 juta dos vaksin pada September ini.
"Dengan penghantaran itu, kita yakin Sabah akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi harian kepada 60,000 hingga 70,000 suntikan sehari dan kita masih lagi berpegang kepada sasaran 60 peratus daripada penduduk dewasa Sabah akan lengkap vaksinasi pada akhir bulan September, dan 80 peratus daripada penduduk dewasa Sabah akan lengkap vaksinasi pada akhir bulan Oktober.
"Buat masa ini kita menunggu penghantaran tambahan daripada Cansino dan ada jadual kita akan terima untuk seluruh Malaysia.
"100,000 pada minggu depan dan 200,000 pada akhir bulan ini, jadi tambahan 300,000 sahaja pada bulan September disebabkan bekalan yang tidak cukup di peringkat antarabangsa.
"Kita akan buat pengagihan yang sepatutnya kepada negeri Sabah. Pada bulan Oktober, kita jangkakan kita akan terima lebih banyak lagi Cansino dan sudah pasti Sabah akan menjadi negeri keutamaan disebabkan keperluan untuk vaksin dos tunggal ini," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat CITF Sabah pada Isnin.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh Khairy dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Tambahnya, bagi program vaksinasi golongan remaja berusia 18 tahun ke bawah, ia boleh dilaksanakan selepas negeri itu mencatatkan 80 peratus imunisasi kelompok yang dijangka boleh dicapai pada Oktober ini.
"Untuk kita mencapai sasaran tersebut, kita akan perbanyakkan Program Jangkauan (Mobile Outreach Program). Kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan merancang lebih 130 program jangkauan dalam bulan September dan Oktober ini, yang melibatkan program vaksinasi di luar untuk kita mencapai sasaran yang telahpun ditetapkan.
"Mungkin pada bulan Oktober nanti, bila jumlah populasi dewasa di Sabah sudahpun mencapai hampir 80 peratus, maka saya telah maklumkan kepada Ketua Menteri Sabah bahawa kita boleh mulakan vaksinasi untuk golongan remaja di Sabah.
"Insya-Allah ia boleh dilaksanakan pada bulan Oktober nanti bila kita sudah mencapai sasaran yang baik dari segi vaksinasi bagi golongan dewasa," katanya.
Jelas Khairy, dua perkara utama yang ditekankan dalam mesyuarat yang diadakan pada Isnin tersebut akan mula dilaksanakan bermula esok.
"Ada dua perkara besar yang dibincangkan tadi. Pertamanya adalah program imunisasi yang pada bulan ini. Insya-Allah dengan bekalan yang mencukupi, kita akan melihat jumlahnya semakin meningkat.
"Yang kedua adalah keperluan untuk menghadapi masalah COVID-19 yang telahpun kita beri jaminan kepada kerajaan negeri, berkenaan peningkatan bantuan dari segi aset dan tenaga kerja untuk memastikan bahawa kes-kes yang meningkat ini dapat kita rawat dengan sebaik mungkin," jelasnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Sep 06 2021

Khairy mengumumkan perkara itu pada Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Sabah pada Isnin. - Jabatan Penerangan

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.