Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu UPKO bakal mencipta sejarah apabila parti itu buat pertama kalinya akan menggunakan logo sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 yang dijadual pada September ini.
Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata peratusan memenangi kerusi-kerusi yang bakal ditandingi parti tempatan itu akan lebih tinggi apabila logo parti diguna pakai.
"Kita pertama kali dalam sejarah la kita akan gunakan logo UPKO. Ini kita telah persetujui dengan rakan kita di Warisan.
"Sebab pertama logo UPKO itu banyak nilainya dan peluang kita menang jauh lebih baik jika kita pakai logo kita sendiri sebagai parti tempatan. Malah kepimpinan UPKO juga mahu dilihat sebagai parti yang baru dijenamakan semula," katanya yang ditemui Astro AWANI.
UPKO merupakan antara parti politik tertua di Sabah sebelum ini berpayung di bawah satu logo dan telah melalui fasa penjenamaan semula pada awal tahun ini.
Menurut Madius selain penggunaan logo, parti itu turut telah memuktamadkan kerusi-kerusi yang bakal ditandingi termasuk kerusi-kerusi baharu yang diyakini boleh dimenangi UPKO.
Selain calon boleh menang, beliau menegaskan kriteria yang ditetapkam parti itu adalah faktor kesetiaan kepada parti dan kefahaman tentang objektif penubuhan UPKO.
"Bagi kita UPKO ini, kita lihat kepada dua perkara, yang pertamanya menang dan kita mahu calon yang terbaik untuk menang.
"Kalau dia sudah menang jangan lari mesti setia dan inilah yang kita perincikan dan kedua yang lima kerusi itu memang sudah diputuskan.
"Jadi perundingan ini begitu, bagi pendirian UPKO itu pendekatan kita, bukan semata-mata untuk bertanding kerana memenuhi selera parti atau calon, niat kita mahu menang dan menubuhkan kerajaan dan pada masa sama kita mahu lihat rakan-rakan kita pun begitu,” tegasnya
Dalam pada itu Madius turut mendedahkan mengenai cadangan UPKO kepada gabungan melibatkan beberapa parti yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia.
Madius mencadangkan agar parti-parti terbabit bertanding menggunakan logo parti tempatan kerana diyakini sentimen rakyat Sabah akan lebih menguatkan sokongan rakyat terhadap gabungan itu pada PRN nanti.
"Parti-parti yang berasal dari Semenanjung ini dalam perbincangan kita elok dia pakai logo parti tempatan la, nanti susah jika mahu menjelaskan,” katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Aug 22 2020
![Sabah Memilih: Pecah tradisi, UPKO bertanding guna logo sendiri Sabah Memilih: Pecah tradisi, UPKO bertanding guna logo sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/41529235864_WilfredMadiusTanga.jpg)
Parti UPKO memutuskan akan menggunakan logo parti sendiri pada PRN Sabah kali ini.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
![Hari Kebangsaan: Negeri diharap guna logo, tema sambutan sama - Fahmi Hari Kebangsaan: Negeri diharap guna logo, tema sambutan sama - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692616040_FahmiFadzil.jpg)
Hari Kebangsaan: Negeri diharap guna logo, tema sambutan sama - Fahmi
Fahmi Fadzil berharap semua negeri menggunakan tema serta logo sambutan yang sama seperti diperkenalkan Kerajaan Persekutuan.
![PRU15: Cadangan Pas guna logo sendiri dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN PRU15: Cadangan Pas guna logo sendiri dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659504774_SanusiMdNor.jpg)
PRU15: Cadangan Pas guna logo sendiri dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi PN
Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata PAS akan membawa perkara itu ke mesyuarat akan datang.
![PRU15: PH bertanding guna satu logo, reka bentuk baharu PRU15: PH bertanding guna satu logo, reka bentuk baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655173953_pakatanharapan.jpg)
PRU15: PH bertanding guna satu logo, reka bentuk baharu
Majlis Presiden PH berkata perkara itu ditetapkan dalam mesyuarat bulanan mereka pada Rabu.
![PRU15: Pas setuju guna logo baharu PN - Abdul Hadi PRU15: Pas setuju guna logo baharu PN - Abdul Hadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639310029_TBHADIAWANG.jpg)
PRU15: Pas setuju guna logo baharu PN - Abdul Hadi
Pas secara dasarnya bersetuju untuk menggunakan logo baharu Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
![PRU15: Pengguna logo PN belum diputus, dimuktamad Pas - Tuan Ibrahim PRU15: Pengguna logo PN belum diputus, dimuktamad Pas - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61656847234_DatukSeriTuanIbra.jpg)
PRU15: Pengguna logo PN belum diputus, dimuktamad Pas - Tuan Ibrahim
Pas masih belum membuat sebarang keputusan serta memuktamadkan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
![PRU15: Guna logo sendiri, Pas tiada niat jauhkan diri dari PN PRU15: Guna logo sendiri, Pas tiada niat jauhkan diri dari PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653295024_TBDRNIK.jpg)
PRU15: Guna logo sendiri, Pas tiada niat jauhkan diri dari PN
Pas tidak berniat untuk menjauhkan diri daripada Perikatan Nasional (PN) walaupun terdapat cadangan untuk menggunakan logo sendiri pada PRU15.
![PRN Johor: Isu logo keputusan bersama gabungan PH - Fahmi PRN Johor: Isu logo keputusan bersama gabungan PH - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641186957_FahmiFadzil.jpg)
PRN Johor: Isu logo keputusan bersama gabungan PH - Fahmi
Isu penggunaan logo parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah diselesaikan secara baik dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
![PRN Johor: Penggunaan logo, wujudkah keretakan dalam PH? - Sivamurugan PRN Johor: Penggunaan logo, wujudkah keretakan dalam PH? - Sivamurugan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631294731_SivamuruganPandian.jpg)
PRN Johor: Penggunaan logo, wujudkah keretakan dalam PH? - Sivamurugan
Keputusan PH membenarkan PKR menggunakan logo sendiri manakala Amanah dan DAP kekal menggunakan logo PH pada PRN Johor memberi gambaran seolah-olah wujudnya keretakan.
![PRN Melaka: Penggunaan logo ditentukan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat - Majlis Syura Ulamak PRN Melaka: Penggunaan logo ditentukan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat - Majlis Syura Ulamak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635686851_TBPAS.jpg)
PRN Melaka: Penggunaan logo ditentukan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat - Majlis Syura Ulamak
MSU melihat aspek ini dalam kerangka perkara-perkara "mutaghyyirat" (boleh berubah) dan bukannya perkara "thawabit" (yang tetap).
![Parti pembangkang di Sabah, Sarawak boleh guna logo sendiri pada PRU15 - Guan Eng Parti pembangkang di Sabah, Sarawak boleh guna logo sendiri pada PRU15 - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630686623_TBPK.jpg)
Parti pembangkang di Sabah, Sarawak boleh guna logo sendiri pada PRU15 - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata, parti-parti terbabit boleh berbuat demikian tanpa menggunakan logo rasmi PH.