Kerajaan Sabah memandang serius mengenai masalah penduduk peribumi Sabah tinggal di kawasan pedalaman yang masih belum menerima kewarganegaraan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, terdapat keperluan menimbang semula pelaksanaan undang-undang adat dan struktur mahkamah anak negeri termasuk penggunaan sepenuhnya badan berkaitan undang-undang adat.
Katanya selain itu, kerajaan juga akan mempertimbangkan, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan untuk menukar penggunaan perkataan "asli" kepada "peribumi" bagi mematuhi deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai hak peribumi (UNDRIP).
"Apabila kita membuat keputusan untuk melakukan sesuatu, akan ada orang yang bersetuju dan akan ada yang menentang perubahan itu," katanya pada Makan Malam Majlis Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak di sini pada Jumaat malam.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara Tommy Thomas.
Mohd Shafie berkata, kerajaan Sabah amat menghargai pelaksanaan mahkamah bergerak yang sehingga kini telah menyelesaikan tidak kurang daripada 80,000 kes kanak-kanak tanpa dokumen.
"Saya yakin tidak ada kumpulan etnik di Sabah yang terkecuali dalam isu tidak mendaftarkan dokumen mereka pada waktu yang sepatutnya.
"Sama seperti terdapat ribuan etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus, atau dalam isu ini, penduduk Lundayeh yang tinggal di Long Pasia, terdapat juga ramai kanak-kanak di pantai timur, yang ibu bapa mereka gagal untuk mendaftarkan anak mereka semasa lahir," katanya.
Mohd Shafie berkata perkara ini perlu ditangani untuk mengelakkan masalah ketika mereka hendak mendaftar untuk belajar di masa hadapan.
Sementara itu, mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Mohd Shafie berkata banyak perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan apa yang sepatutnya diberikan kepada Sabah, akan mereka terima.
"Di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kami telah mengadakan pertemuan akhir tahun lepas untuk membincangkan hak-hak Sabah dan Sarawak.
"Sebahagian daripada apa yang sepatutnya kita terima telah dipersetujui, tetapi kita perlukan asas yang kukuh untuk membawa kes kita secara keseluruhannya," kata Mohd Shafie.
Katanya, telah ada beberapa wakil dari Sabah dalam Jawatankuasa MA63 yang ditubuhkan Kerajaan Persekutuan. -- Bernama
Bernama
Sat Jan 19 2019

MOHD SHAFIE: Apabila kita membuat keputusan untuk melakukan sesuatu, akan ada orang yang bersetuju dan akan ada yang menentang perubahan itu. - Astro AWANI/Fail

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Nancy berkata 475 lagi telah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 manakala lima lagi diserahkan kepada Orang yang Layak dan Sesuai (OYLS) mengikut akta sama.

Tiga tebusan Israel berada dalam keadaan stabil - Pengarah Hospital
Tiga tebusan telah bertemu semula dengan keluarga masing-masing manakala pemeriksaan kesihatan akan mengambil masa beberapa hari.

Dua lelaki mengaku salah miliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak
Dua lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki bahan penganiayaan seksual terhadap kanak-kanak di dalam komputer masing-masing.

107 anak-anak bekas anggota GISB tidak dituntut
Nancy berkata, seramai 448 kanak-kanak sudah diserahkan kepada keluarga mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Amalan 'sharenting' buka ruang jenayah dalam talian libatkan kanak-kanak - Fahmi
Amalan 'sharenting' atau amalan menunjuk-nunjuk perkara berkaitan anak-anak oleh segelintir ibu bapa, membuka ruang kepada jenayah dalam talian.

Jurulatih renang didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki
Seorang jurulatih renang mengaku tidak bersalah datas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki.

FGV, NFDP kerjasama anjur Bright Cow Junior Cup 2024
FGV Holdings Berhad (FGV) dengan kerjasama Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) menganjurkan Bright Cow Junior Cup 2024 dan NFDP Carnival 2024 yang menyaksikan perlawanan sengit.

Roblox akan mula halang kanak-kanak melepak dalam permainan mereka
Roblox menyatakan bahawa langkah-langkah keselamatan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk memastikan keselamatan pemain, terutamanya kanak-kanak.

Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.