KUALA LUMPUR: Sabah merekodkan kes tertinggi jangkitan tuberkulosis atau tibi bagi 2023 dengan 5,814 kes diikuti Selangor 5,631 kes dan Sarawak 3,177 kes, Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata sebanyak 22,680 kes iaitu 84.7 peratus merupakan jangkitan dalam kalangan warganegara, manakala 4,101 kes iaitu 15.3 peratus dalam kalangan bukan warganegara.
Beliau berkata kementerian ketika ini sedang melaksanakan perolehan sebuah unit mesin Ultra Portable X-ray bagi membantu mengesan penyakit tibi di lapangan atau di luar fasiliti kesihatan terutamanya di kawasan pedalaman atau yang mempunyai masalah logistik untuk ke fasiliti kesihatan.
"Selain itu, bermula 2014, Kementerian Kesihatan (KKM) juga sudah meningkatkan secara berfasa kapasiti diagnosis penyakit Jangkitan TB Laten (LTBI) dan drug resistance tuberculosis dengan teknologi terkini yang lebih tepat dan cepat.
"Sehingga 2023, sebanyak 62 unit ujian pantas molekular telah ditempatkan di seluruh negara bagi pengesanan awal penyakit tibi dan drug resistant tuberculosis," katanya pada sesi soal jawab lisan.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Dr A. Lingeshwaran berhubung jangkitan tibi yang mendadak mengikut pecahan negeri, umur, warganegara dan bukan warganegara serta pecahan drug resistant tuberculosis untuk 10 tahun lepas dan langkah-langkah mengatasinya.
Dalam pada itu, Lukanisman berkata KKM turut mengambil beberapa langkah bagi mengatasi penularan tibi antaranya melaksanakan saringan dan ujian tibi atau pengesahan tibi bagi pesakit yang hadir ke fasiliti kesihatan yang bergejala, demam berpanjangan, kurang selera makan, turun berat badan secara mendadak, berpeluh waktu malam dan batuk berdarah.
"Selain itu, kita juga melaksanakan saringan kontak bagi individu yang tinggal bersama pesakit dan mempunyai risiko tinggi mendapat tibi dalam kalangan ahli keluarga, rakan sekerja, asrama, kolej, taska dan tadika.
"Melaksanakan saringan bagi golongan berisiko seperti pesakit HIV, kegagalan buah pinggang yang perlukan dialisis, pesakit diabetis, warga emas, perokok termasuk institusi tahanan penjara dan berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024

Lukanisman (foto) berkata sebanyak 22,680 kes iaitu 84.7 peratus merupakan jangkitan dalam kalangan warganegara, manakala 4,101 kes iaitu 15.3 peratus dalam kalangan bukan warganegara. -Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).