KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menyasarkan penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada 54 peratus menjelang akhir tahun ini.
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata kadar NRW di negeri itu setakat semalam ialah 56.7 peratus.
"Program mengurangkan kadar NRW ...antaranya dengan pemasangan meter pintar di seluruh negeri seterusnya menaik taraf dan menggantikan sistem agihan air selain membina serta menaik taraf pam air serta jana kuasa bagi meningkatkan kecekapan bekalan air terawat.
"Isu bekalan air Sabah selalu kedengaran buat masa ini, perancangan sudah cantik tetapi di peringkat pelaksanaan itu masalahnya, kita perlu pastikan apa yang dirancang dilaksana mengikut tempohnya dan kita peroleh apa kita mahu," kata beliau ketika menggulung usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah atas ucapan dasar kerajaan melibatkan kementeriannya.
Beliau berkata hasil kutipan bayaran bekalan air oleh JANS setakat semalam berjumlah RM108.1 juta yang hanya 36 peratus berbanding sasaran pada tahun ini iaitu RM300 juta.
Shahelmy berkata bagi mengatasi masalah bekalan air terawat di Sabah, sebanyak 20 projek membina dan menaik taraf bagi memulihkan sistem pengeluaran air telah diberi keutamaan melibatkan kos RM12 bilion.
Beliau juga berkata kadar penggunaan tenaga elektrik di negeri itu buat masa ini mencapai tahap maksimum iaitu 1,080 MW berbanding 1,032 MW pada tahun lepas dan permintaan dilihat semakin meningkat.
"Bekalan memang tidak mencukupi, apa yang ada ialah 1,200 MW tetapi atas faktor penjanaan, mereka bagi 1,080 MW dan dalam keadaan normal, permintaan sekitar 800 MW hingga 900 MW tetapi sejak cuaca panas permintaan meningkat secara mendadak," katanya.
Shahelmy berkata catuan terpaksa dibuat sebagai langkah jangka pendek bagi memberi kestabilan kepada sistem grid elektrik selain meningkatkan kapasiti penjanaan elektrik antaranya mendapatkan jana kuasa tambahan, membina stesen hidroelektrik dan pembangunan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP).
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew pula berkata negeri itu menerima sejumlah 366,988 pelancong setakat Februari lepas berbanding 200,027 untuk tempoh sama pada 2022.
"Peningkatan kedatangan itu pada tahap 83.5 peratus menunjukkan perkembangan positif sektor pelancongan Sabah malah pada masa ini, kita mencatat 396 penerbangan seminggu dari dalam negara dan 93 penerbangan seminggu dari luar negara," katanya ketika menggulung perbahasan melibatkan kementerian itu.
Beliau berkata selain itu Sabah bakal menerima beberapa penerbangan terus dari beberapa bandar besar di China iaitu Guangzhou (tiga kali seminggu) yang dijadualkan pada 1 Jun, Beijing (tiga kali seminggu) pada 2 Julai dan Macau (empat kali seminggu) pada 16 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata kadar NRW di negeri itu setakat semalam ialah 56.7 peratus. - Foto fail/BERNAMA
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Perolehan aset ATM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
400 pegawai, anggota kawal perlawanan TFC lawan JDT - Polis
Polis akan menempatkan 400 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia membabitkan TFC dan JDT.
KPN bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Sabah sasar penurunan kadar air tidak berhasil kepada 54 peratus hujung tahun ini
Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menyasarkan penurunan kadar air tidak berhasil (NRW) kepada 54 peratus menjelang akhir tahun ini.
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
Gangguan bekalan air sejak 6 bulan, penduduk mohon tindakan penyelesaian
Kira-kira 600 penduduk rumah pangsa Seri Indah di Sepanggar meminta JANS bertindak segera dalam mengatasi masalah bekalan air bersih dihadapi mereka yang sudah berlarutan sejak 6 bulan lepas.
Tutup bekalan air lebih seminggu, lebih 10,000 penduduk terjejas
Alasan bersifat sambil lewa itu juga telah menyukarkan penduduk terutama ketika berhadapan situasi kecemasan yang berlaku di kawasan berkenaan.
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Sabah akan diwujud selesai masalah bekalan air - Bung Moktar
Pindaan terhadap Enakmen Bekalan Air Sabah perlu dibuat di DUN terlebih dahulu sebelum suruhanjaya itu dapat diwujudkan.
22 loji rawatan air di Sabah bermasalah, perlu ditangani segera - Bung Moktar
Sebanyak 22 loji rawatan air di Sabah mengalami masalah dan perlu diatasi segera bagi memastikan penduduk negeri itu menerima bekalan air bersih.
Skandal air Sabah: Perbicaraan serentak mulai 4 April
Tiga tertuduh yang akan dibicarakan serentak bersama Teo ialah bekas Pengarah JANS Awang Tahir Mohd Talib, isterinya Fauziah Piut serta bekas timbalan jabatan itu, Lim Lam Beng.
Indeks Persepsi Rasuah 2017: Tindakan agresif SPRM bantu skor CPI Malaysia
Datuk Akhbar Satar berkata tindakan agresif itu termasuk tangkapan dan mengemukakan tertuduh ke muka pengadilan.
SPRM nafi kes JANS tiada kaitan rasuah
Kenyataan dibuat selepas khabar angin itu mula tular di media sosial yang dibimbangi boleh mengelirukan orang ramai.
23 individu dipanggil bantu siasatan salah guna kuasa Jabatan Air Negeri Sabah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan 23 individu susulan penahanan pengarah dan timbalan pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.