KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah akan mewujudkan Pusat Perlindungan Sementara di setiap daerah sebagai usaha untuk menyelamatkan kanak-kanak tanpa kerakyatan di negeri tersebut.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan segera sebanyak RM250,000 telah disediakan untuk tujuan pengubahsuaian rumah agar bersesuaian dengan konsep Pusat Perlindungan Sementara.
Jelas beliau, pusat perlindungan berkenaan dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun ini.
"Kerajaan Negeri akan mengambil langkah menyelamat dengan mewujudkan Pusat Perlindungan Sementara di setiap daerah yang dikenal pasti di negeri Sabah.
"Pusat Perlindungan Sementara ini akan diselia oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am serta dibantu oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
"Pilot project akan dilaksanakan di Kota Kinabalu di mana Kerajaan Negeri telahpun mengenal pasti sebuah rumah kerajaan yang tidak lagi didiami untuk dijadikan sebagai Pusat Perlindungan Sementara," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Hajiji menjawab pertanyaan Kedamaian, Datuk Ewon Benedick (UPKO-Kadamaian) yang meminta penjelasan apakah usaha untuk membanteras isu kanak-kanak yang berkeliaran dan mengemis di jalan raya serrta lampu isyarat di sekitar Kota Kinabalu
Menjawab lanjut, Hajiji yang juga ADUN Sulaman berkata kanak-kanak yang akan diselamatkan oleh pihak berkuasa itu bakal melalui program khas kemahiran pengurusan diri, hidup bermasyarakat, serta pembelajaran rohani secara tidak rasmi.
Katanya lagi, kanak-kanak terbabit kemudian akan dikembalikan kepada ibu bapa atau penjaga masing-masing apabila tempoh tiga bulan berakhir.
"Semasa penyerahan kembali kanak-kanak, ibu bapa atau penjaga perlu melalui proses amaran kelakuan dan larangan mengulangi kesalahan," ujar Hajiji.
Dalam masa yang sama, Hajiji mengakui kewujudan golongan itu yang menjalankan aktiviti mengemis, selain berkeliaran terutama di kawasan bandar seperti Lahad Datu dan Kota Kinabalu akan memberi imej negatif terhadap kerajaan negeri.
Abdul Hafiz Mustadi
Mon Nov 28 2022

Hajiji mengakui kewujudan golongan itu yang menjalankan aktiviti mengemis, selain berkeliaran terutama di kawasan bandar seperti Lahad Datu dan Kota Kinabalu akan memberi imej negatif terhadap kerajaan negeri - Astro AWANI

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Sabah sedia Pusat Perlindungan Sementara atasi masalah kanak-kanak mengemis - Hajiji
Pusat perlindungan berkenaan dijangka mula beroperasi pada penghujung tahun ini.

COVID-19: Saringan di PPS hanya perlu jika terdapat kes positif, kontak rapat
Saringan COVID-19 melibatkan mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) hanya dijalankan sekiranya terdapat kes positif atau kontak rapat di PPS terlibat.

Dugaan banjir dalam bulan Ramadan di Kedah
Enam buah rumah di Kampung Bandar Buah dan empat buah rumah di Kampung Banggol Derom dalam daerah Baling dinaiki air sejak jam 8 malam.

Lebih 30 mangsa banjir dipindahkan di Kamunting
Seramai 30 orang dari sekitar kawasan perumahan Changkat Larah di sini terpaksa dipindahkan ke Pusat Penempatan Sementara(PPS) berikutan banjir kilat.