KOTA KINABALU: Sabah dijadual menerima kemasukan penerbangan antarabangsa yang pertama dari Singapura pada 16 dan 29 April ini selepas pintu sempadan negara dibuka pada 1 April lepas.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata penerbangan berkenaan adalah melalui pesawat AirAsia dan Scoot, penerbangan tambang murah Singapura.
"Saya yakin ramai (pelancong Singapura) yang menanti penerbangan ke Sabah kerana sebelum ini saya mendapat jemputan bersama ejen pelancongan (Singapura) untuk berbincang perkara ini tetapi pintu sempadan masih ditutup" katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Juadah Keluarga Malaysia anjuran Sutera Harbour Resort di sini malam tadi.
Jafry berkata selain Singapura, penerbangan dari Brunei Darussalam juga akan mula beroperasi ke Sabah bermula pada 6 Mei depan dengan dua kali penerbangan dalam seminggu iaitu pada hari Jumaat dan Ahad.
Mengenai program itu, Jafry berkata ia merupakan aktiviti tahunan resort berkenaan yang diadakan setiap kali Ramadan namun sejak COVID-19 melanda negara dua tahun lepas ia telah dihentikan buat sementara waktu.
Beliau berkata dengan peralihan ke fasa endemik mulai April ini, membolehkan lebih banyak resort mahupun hotel menyediakan hidangan juadah pelbagai jenis makanan sekali gus memeriahkan suasana Ramadan.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sutera Harbour Resort Gilbert Ee berkata Juadah Keluarga Malaysia akan bermula pada pukul 6 petang setiap hari sehingga 10 malam dengan harga RM138.00 untuk dewasa dan RM70.00 untuk kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun.
Beliau berkata lebih 300 juadah berbuka puasa yang disahkan halal disediakan selain persembahan ghazal istimewa akan dimainkan semasa berbuka puasa dan kemudahan surau turut disediakan untuk tetamu menunaikan solat maghrib serta tarawih.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022
Sabah dijadual menerima kemasukan penerbangan antarabangsa yang pertama dari Singapura pada 16 dan 29 April ini selepas pintu sempadan negara dibuka pada 1 April lepas. -Google Earth
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.