TAWAU: Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperhebat usaha memerangi penyalahgunaan dadah, serta menyokong penuh inisiatif yang dapat mengurangkan masalah dadah di negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau juga mahu semua agensi yang berkaitan seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Majlis Belia Sabah (MBS), agensi persekutuan dan negeri, sektor swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) bergerak secara bersama, bagi memastikan program pendidikan pencegahan dadah dapat dilaksanakan khususnya di kawasan berisiko tinggi.
"Saya amat mengambil berat akan pelan pembangunan belia berisiko, terutamanya dalam isu penagihan dadah, saya mengambil maklum mengenai pemerkasaan program kesedaran awam mengenai salah guna dadah dalam kalangan belia, saya percaya MBS dan badan gabungannya mampu menjadi faktor pelindung kepada belia berisiko," katanya.
Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Shahelmey Yahya ketika merasmikan Program AADK Bersama Masyarakat sempena Peringatan Hari Antidadah Peringkat negeri Sabah 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, di sini pada Ahad.
Hajiji berkata kerajaan negeri memandang serius usaha membangunkan modal insan di Sabah, agar seiring dengan komitmen pembangunan modal insan sebagai salah satu daripada agenda dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Beliau berkata bagi memastikan golongan belia terpelihara daripada ancaman dadah dan pelencongan sosial, beberapa usaha telah digariskan seperti Program Perintis Muda di bawah MBS bertujuan pembangunan bakat dan potensi selain pembangunan keusahawanan dalam kalangan belia berisiko.
Hajiji berkata pembinaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Tawau, merupakan usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan akses program rawatan dan pemulihan berkaitan dengan dadah, kepada mereka yang memerlukan.
"Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam usaha ini, cadangan pembinaan sebuah PUSPEN baharu di negeri ini bermula sejak tahun 2019 lagi dan akhirnya ia menjadi kenyataan, apabila berjaya diwartakan pada tahun lalu.
Dengan siapnya kemudahan itu nanti, ia memudahkan mereka yang berada di sekitar pantai timur Sabah, untuk mendapatkan akses rawatan dan pemulihan yang menyeluruh seperti ditawarkan di PUSPEN Papar," katanya.
Pada pagi tadi Shahelmey yang mewakili Hajiji, menyempurnakan majlis pecah tanah PUSPEN Tawau yang terletak di kilometer 57.6 (batu 36) Jalan Tawau-Kunak, menjadikan bakal pusat kedua di Sabah selepas PUSPEN Papar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Hajiji berkata pembinaan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik di Tawau, merupakan usaha kerajaan untuk menyediakan kemudahan dan akses program rawatan dan pemulihan berkaitan dengan dadah, kepada mereka yang memerlukan. - Foto fail/BERNAMA

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.

KDN kenakan perintah larangan tiga judul buku termasuk puisi 'masturbasi'
Kerajaan mengenakan Perintah Larangan ke atas tiga judul penerbitan buku, berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat Malaysia.

Enam penerbitan dikenakan tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301
Enam tajuk penerbitan tersebut termasuk 'A Million Kisses In Your Lifetime' oleh Monica Murphy dan 'What If It's Us' oleh Becky Albertalli dan Adam Silvera.

KDN jangka kumpul 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir untuk dilupuskan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan mengumpul kira-kira 150,000 naskhah al-Quran rosak akibat banjir di Kelantan, Terengganu, dan Kedah untuk dilupuskan mengikut syarak.

KDN laksana pelan integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo
Pelan berkenaan dirancang untuk memastikan pemulihan menyeluruh serta membolehkan kedua-dua individu berkenaan berintegrasi semula ke dalam masyarakat.

Rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo selamat tiba di tanah air - KPN
Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba sejak 18 tahun lepas, selamat tiba di tanah air hari ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.