KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) mensasarkan untuk mendapatkan pensijilan Kesatuan Eropah (EU) melibatkan projek perikanan berskala besar yang dibangunkan di bawah inisiatif Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA).
Usaha tersebut bagi memastikan kedua-dua projek berkenaan yang dijangka siap pada 2027 mendapat pengiktirafan zon pembangunan ekonomi, dan pada masa sama memajukan ekonomi hiliran di kawasan Utara Selangor itu.
Menurut Ketua Divisyen Ekonomi dan Kewangan MBI, Zannifa Azura Ahmad, projek pelabuhan perikanan dan kilang pemprosesan, pembungkusan tuna serta ikan laut dalam pertama negara di Sungai Lang, dijangka menarik pelaburan awal sekitar RM100 juta bagi fasa pertama.
"Projek Sungai Lang ini adalah kolaborasi antara MBI dengan syarikat swasta (Alpha Ocean Resources Berhad (AORB) dan kami bersetuju untuk sama-sama membangunkan pelabuhan. Pelabuhan ini sebenarnya bukan pelabuhan biasa tetapi ia menuju kepada piawaian EU kerana apa yang kita hendak bawa ialah ikan tuna dan ikan laut dalam.
"Semestinya kapal-kapal yang akan datang ke sini bukan kapal biasa. Jadi, dari segi reka bentuk agrikultur pelabuhan, fasiliti dan kemudahan (kena memenuhi standard alam sekitar). Sebab itu kita nak jadikan satu pembangunan mampan dan kita kena capai standard tertentu.
"Kriteria ini sebenarnya menarik pelabur luar dan projek-projek ini sedang berjalan dan jangka masa projek adalah 10 tahun. Kita jangkakan pelaburan awal lebih kurang RM100 juta untuk fasa pertama dan (projek ini) boleh beroperasi dalam masa 12 bulan selepas dapat kelulusan," katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu malam.
SABDA seluas 1,317 hektar merupakan salah satu daripada tiga zon pembangunan ekonomi baharu yang dikenal pasti di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1).
Inisiatif yang diterajui oleh MBI itu akan menumpukan kepada usaha membina kedayatahanan makanan di Selangor dengan meningkatkan inisiatif pertanian dan ekonomi biru dengan pelaburan dan teknologi baharu, sambil memanfaatkan peluang-peluang tempatan bagi memacu eko-pelancongan.
Kilang yang akan dibina di Sungai Lang adalah membabitkan pembangunan pelabuhan pendaratan baharu untuk kapal besar yang berlayar di Lautan Hindi, serta ladang penternakan ikan dan ketam darat.
Mengulas lanjut, Zannifa berkata bagi projek pelabuhan pendaratan ikan bersepadu pertama Malaysia di Sekinchan pula, ia dijangka meningkatkan hasil tangkapan lebih 300 peratus dalam tempoh 10 tahun.
Beliau menambah pembinaan projek tersebut akan dilengkapi dengan sistem yang berkeupayaan menjejaki asal usul ikan sehingga kepada pemprosesan dan pengedaran produk tersebut.
"Dia macam 'blockchain' tetapi untuk ikan. Malah, kami telah mendalamkan dan meluaskan sungai (untuk pembinaan pelabuhan). Berdasarkan apa (depoh) sedia ada, kita boleh lihat setiap hari lebih kurang 200 bot kecil boleh masuk.
"Dengan perluasan yang kita sedang buat ini dan bila siap nanti, setiap bot kita jangka boleh dapat hasil tengkapan lebih kurang 1,300 tan sehari dan 400 bot boleh berlabuh dalam masa yang sama setiap hari.
"Dari unjuran yang kita buat bersama konsortium, dalam masa 10 tahun hasil tangkapan itu boleh naik lebih 300 peratus, dan hasil daripada produk hiliran itu sendiri 20 peratus akan naik setiap tahun untuk tempoh 10 tahun.
"Pada masa yang sama perkara ini nanti boleh menarik pelancong datang, dan kita masukkan juga elemen komersial," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah melakukan sesi libat urus dengan pemain-pemain industri tempatan khususnya di kawasan berkenaan dalam usaha menyokong kejayaan projek-projek terbabit.
Hasimi Muhamad
Wed Oct 04 2023
![SABDA: MBI Selangor ke arah dapatkan sijil EU SABDA: MBI Selangor ke arah dapatkan sijil EU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696421205_SABDAMBI.jpg)
Zannifa berkata, projek pelabuhan perikanan dan kilang pemprosesan, pembungkusan tuna serta ikan laut dalam pertama negara di Sungai Lang, dijangka menarik pelaburan awal sekitar RM100 juta bagi fasa pertama. - Gambar Astro AWANI
![Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739181364_AbangJohari.jpg)
Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.
![Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652936420_Vaccine.jpg)
Vaksin influenza percuma untuk warga emas langkah progresif, tingkatkan kesejahteraan di usia emas
Warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas akan menikmati vaksin influenza secara percuma bermula 18 Februari 2025.
![Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61681454653_BazarRamadan.jpg)
Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
![Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739195288_TBNgSueeLim.jpg)
Insinerator Batu Arang: Kerajaan negeri terbuka dengan kritikan, pandangan penduduk
Selangor sentiasa terbuka mendengar pandangan penduduk berhubung pembangunan loji rawatan termal atau insinerator di Batu Arang, Rawang antaranya dengan mengadakan sesi pendengaran awam.
![Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739194097_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi tinjau integrasi 5G di RGTSU Melaka
Menteri Komunikasi tinjau integrasi 5G di Terminal Pengegasan Semula Sungai Udang (RGTSU), Melaka.
![Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723453412_MinyakSawitMalays.jpg)
Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB
Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
![SABDA: MBI Selangor ke arah dapatkan sijil EU SABDA: MBI Selangor ke arah dapatkan sijil EU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696421205_SABDAMBI.jpg)
SABDA: MBI Selangor ke arah dapatkan sijil EU
SABDA seluas 1,317 hektar merupakan salah satu daripada tiga zon pembangunan ekonomi baharu yang dikenal pasti di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1).