KANGAR: Kuih putu mayong atau putu mayam, peknga, sambal gesek dan biskut 'mayat' adalah antara sarapan klasik di Sadiah Cafe yang mampu membangkitkan kenangan zaman kanak-kanak bagi kebanyakan pengunjungnya.
Kafe berkonsepkan alam semula jadi yang terletak di Kampung Wang Ulu, Bintong, di sini itu turut memikat pelanggan dengan suasana kampung berlatar belakangkan Banjaran Nakawan dan kehijauan sawah padi.
Pengurus kafe, Norazliana Adzame, 41, berkata idea membuka cafe tersebut tercetus selepas rindu dengan kenangan zaman kanak-kanaknya sekitar tahun 70-an.
"Resepi sarapan tradisional seperti putu mayong dan peknga ini saya pelajari daripada arwah nenek (Sadiah Jusoh), menggunakan bahan-bahan yang mudah diperoleh seperti tepung, kelapa dan gula Melaka
"Ketika saya kecil, arwah nenek setiap hari akan menyediakan menu tersebut kepada cucu-cucunya untuk mengalas perut sebelum naik basikal ke sekolah," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya Sadiah Cafe yang dibuka sejak setahun lepas itu, diusahakan bersama adiknya yang juga pemilik kafe, Nurul Azli, 40, dan anak saudara mereka, Mohd Rizuan Mohd Yatim, 29.
Beliau yang mesra dengan panggilan 'Kak Intan' berkata setakat ini sambutan yang diterima amat menggalakkan terutama daripada penduduk sekitar dan pengunjung dari luar Perlis.
"Rata-rata pengunjung memberitahu mereka akan terkenang dan rindukan hidangan sarapan zaman kanak-kanak apabila datang ke Sadiah Cafe, selain rasa tenang dapat melihat keindahan suasana kampung.
"Saya juga sentiasa berpegang kepada pesan 'Tok' (nenek) masaklah dengan hati yang ikhlas dan jaga kebersihan kerana kita masak untuk bagi orang lain makan," katanya yang berazam menambah baik kualiti masakan dari semasa ke semasa.
Norazliana berkata antara menu istimewa yang popular dalam kalangan pengunjung ialah biskut mayat, iaitu biskut yang dihidangkan bersama kelapa parut, gula, serta garam dan biasanya dinikmati bersama kopi panas.
Bagaimanapun, menurutnya kebanyakan menu disediakan dalam kuantiti terhad bagi menjaga kualiti, selain menghadapi masalah kekurangan pekerja.
"Insya-Allah pada masa depan kami akan menambah beberapa hidangan menarik," katanya sambil memberitahu Sadiah Cafe dibuka bermula 8 pagi untuk sarapan pagi dan 5 petang hingga 12 malam.
--BERNAMA
Bernama
Fri Dec 16 2022
Pengurus kafe, Norazliana Adzame, 41, berkata idea membuka cafe tersebut tercetus selepas rindu dengan kenangan zaman kanak-kanaknya sekitar tahun 70-an. - Foto BERNAMA
Amaran banjir ketika hujan berterusan di seluruh UK
Puluhan amaran banjir dikeluarkan di seluruh England dan Wales ketika hujan dan angin terus melanda negara itu.
Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.
460 pemegang sijil halal di Kelantan, 50 dimiliki bukan Islam
Sebanyak 460 premis perniagaan di negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), termasuk 50 yang dimiliki bukan Islam.
Hubungan India-Malaysia dijangka terus diperkukuh - Pesuruhjaya Tinggi India
India kini muncul sebagai sumber pelancong yang paling pesat berkembang ke Malaysia, dengan ketibaan melebihi satu juta orang.
Naturalisasi: Pemain tempatan perlu sedia bersaing di pasaran terbuka
Di sebalik kebimbangan lambakan pemain naturalisasi boleh kurangkan peluang bakat tempatan, Nidzam melihatnya sebagai satu cabaran positif.
Gempa bumi 5.8 magnitud landa Sulawesi Tengah Indonesia
Pada mulanya, agensi itu melaporkan magnitud gempa bumi itu berskala 6.1 tetapi kemudian menyemaknya kepada 5.8.
MITI perlu tingkat usaha capai sasaran perdagangan, pelaburan RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) perlu meningkatkan usaha dalam merangka strategi bagi memastikan kejayaan negara mencapai sasaran perdagangan dan pelaburan berjumlah RM13 bilion
UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.
SSM lancar akses kepada maklumat pemunya benefisial, perkukuh ketelusan korporat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melancarkan kemudahan akses kepada maklumat mengenai pemunya benefisial syarikat bagi memperkukuhkan ketelusan dalam urusan korporat.
Kerjasama pendidikan tinggi di peringkat ASEAN, mampu cungkil kepakaran baharu – Zambry
Jalinan Kerjasama dalam sektor pendidikan dengan semua negara di rantau ASEAN akan mampu mencungkil lebih banyak kepakaran dan kemahiran yang diperlukan di rantau ini khususnya Malaysia.
Sadiah Cafe bangkit kenangan zaman kanak-kanak
Kuih putu mayong atau putu mayam, peknga, sambal gesek dan biskut 'mayat' adalah antara sarapan klasik di Sadiah Cafe yang mampu membangkitkan kenangan zaman kanak-kanak bagi kebanyakan pengunjungnya.