KUALA SELANGOR: Pergolakan rumahtangga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali dan bekas isterinya sejak 11 tahun lalu akhirnya terlerai selepas sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa.
Hakim Syarie, Mohd Fakhrurrazi Mahammad memutuskan demikian dalam prosiding pengesahan lafaz cerai selepas meneliti keterangan kedua-dua pihak.
Fitria Elfina Maharip, 44, selaku plaintif berkata, dia menerima dua lafaz cerai menerusi pesanan suara yang dihantar Safee, 40, di aplikasi WhatsApp pada 11 Februari lalu.
"Pesanan secara berasingan dihantar ke telefon bimbit anak kami kerana telefon saya sudah dirampas.
"Lafaz itu adalah 'saya lepaskan awak dan saya ceraikan awak' dan 'sekali lagi saya ikhlas saya ceraikan awak'," katanya pada prosiding berkenaan.
Fitria Elfina memberitahu mahkamah lafaz cerai itu dilakukan Safee pada waktu dia dalam keadaan suci dan tidak mengandung.
Sementara itu, Safee memaklumkan, dia dengan niat jelas dan terang hati melafazkan cerai berkenaan sebelum ini.
Beliau memberitahu, lafaz itu dibuat ketika beliau berada dalam keadaan tenang dan berfikiran waras tanpa dipengaruhi oleh sesiapa yang memaksa melafazkan talak berkenaan.
"Kata-kata perceraian itu dibuat lebih daripada sekali supaya 'terang' dan saya turut menghantar pesanan suara itu kepada abang ipar yang juga wali bekas isteri," kata bekas penyerang kebangsaan itu.
Mohd Fakhrurrazi dalam penghakimannya berkata, mahkamah mengesahkan penceraian itu mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
"Dua lafaz talak yang dibuat defendan pada jam 12.57 tengah hari dan 1.01 petang di luar mahkamah sebelum ini adalah sah," katanya.
Safee selaku defendan diwakili peguam Syarie, Ahmad Nazib Johari, manakala peguam Syarie, Fauzan Ziman Hassan mewakili Fitria Elfina.
Dalam pada itu, mahkamah berasingan menetapkan 30 April depan bagi sebutan semula kes tuntutan nusyuz oleh Safee sebelum ini.
Sinar Harian pada 20 Mac lalu melaporkan, Fitria Elfina mengakui bekas penyerang itu mula berubah sikap selepas berkahwin lain di Thailand.
Menurut Fitria Elfina, suaminya itu mengakui sudah bernikah dengan wanita lain pada Januari tahun lalu.
Fitria Elfina sebelum ini memfailkan tuntutan hadanah terhadap Safee berhubung hak penjagaan dua anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 18 Mac lalu.
Bagaimanapun, kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat atau penyelesaian pada prosiding sulh yang dijalankan berhubung tuntutan berkenaan.
Safee Sali bernikah dengan Fitria Elfina yang merupakan warga Indonesia pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012 dan dia juga mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 26 2024

Safee (kiri) dan Fitria Elfina (kanan) hadir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Selasa. -Foto Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Safee harap provokasi netizen tidak ganggu rentak Harimau Malaya
Safee Sali menasihatkan skuad Harimau Malaya supaya terus fokus dan tidak terganggu dengan provokasi netizen di media sosial.

Arif Aiman berpotensi lebarkan sayap di Timur Tengah - Safee
Safee berpandangan pemain berusia 21 tahun itu, seeloknya kekal bersama JDT terlebih dahulu bagi mengembangkan lagi bakatnya.

Safee Sali kekal bersama PJ City musim depan
Beliau turut membayangkan musim depan pasukan itu bakal menampilkan beberapa muka baharu yang lebih berpengalaman dalam Liga Super.

Budi bahasa bukan budaya kita?
Melihat kepada keadaan yang berlaku pada hari ini, kita kembali semula kepada persoalan, adakah budi bahasa bukan lagi budaya kita?

Lelaki bawa pistol, peluru dalam kereta Safee Sali didakwa di mahkamah
Pekerja kedai aksesori kenderaan, Shalihoddin Azman, 34, mengaku tidak bersalah dan meminta perbicaraan.

Safee Sali beri keterangan berhubung pistol, peluru hidup dalam kenderaannya
Safee, 32, tiba di IPD JBU kira-kira 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira sejam kemudian.

Safee Sali kecewa tidak dapat beri sumbangan
Penyerang Johor DT, Safee Sali kecewa gagal membantu pasukannya merampas gelaran Piala FA musim ini.

Medan Safiq, Safee kembalikan keyakinan
Latihan dua minggu skuad senior kebangsaan di Australia merupakan medan terbaik buat Safiq Rahim dan Safee Sali untuk mengembalikan semula keyakinan, masing-masing.

Safee harap Nazmi tambah matang
Safee Sali berharap Nazmi Faiz Mansor bertambah matang selepas pulang awal daripada kembaranya di Portugal.