Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.
Walaubagaimanapun, Hishammudin berkata tiada serpihan pesawat ditemui di kawasan timbulnya tompokan minyak tersebut.
“Pada ketika ini, pesawat-pesawat Vietnam telah ke kawasan terbabit untuk mengenal pasti sama ada minyak itu datangnya dari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama di KLIA hari ini.
Semalam, akhbar Vietnam Tuoi Tre melaporkan bahawa tompokan minyak yang ditemui itu masing-masing sepanjang 20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.
Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam.
Hishammudin turut berkata, usaha mencari dan menyelamat penumpang MH370 juga akan mengambil kira kemungkinan pesawat itu melakukan pusingan (air turn back).
“Oleh sebab itu, kawasan pencarian pesawat itu akan diperluaskan lagi,” katanya.
Hishammuddin menambah bahawa beliau telah berhubung dengan Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen semalam dan Negara tersebut telah bersetuju untuk menghantar aset yang lebih termasuk tiga kapal.
Penerbangan MH370 ke Beijing itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi Sabtu.
Pesawat itu berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.
Ia dilaporkan hilang selepas gagal dikesan pada radar pusat kawalan trafik udara Vietnam yang kemudian melaporkannya kepada pusat kawalan trafik di Subang.
T K Letchumy Tamboo
Sun Mar 09 2014


ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Pelantikan Ismail Sabri, Hishammuddin diharap dapat kembalikan tumpuan kepada isu penting - GPS
Menurut Alexander Nanta Linggi, isu utama ketika ini ialah kebajikan, kesejahteraan dan keselamatan rakyat selain pemulihan ekonomi negara.

Wisma Putra perhalusi isu rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan di Arab Saudi
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan akan memperhalusi pendekatan untuk membantu rakyat Malaysia yang ditimpa kesusahan di Arab Saudi.

Aspirasi golongan muda jadi teras Kerajaan corak pembangunan negara - PM
Pandangan dan aspirasi golongan belia kekal menjadi keutamaan kerajaan dalam mencorak pembangunan negara.

Pokemon GO dilarang di kawasan Mindef dan aset sensitif - Hishammuddin
Larangan itu dikeluarkan kerana aplikasi itu dikhuatiri boleh mendedahkan aset sensitif negara kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Malaysia akan umum aset pencarian dasar laut tidak lama lagi
Aset akan dikerahkan selepas kajian batimetri - atau pemetaan dasar laut di kawasan pencarian selesai dijalankan.

Liputan media menurun selepas pencarian MH370 berlarutan
Liputan media berhubung pencarian pesawat MH370 begitu ketara menurun setelah operasi mencari peringkat multinasional masuk hari ke-46.

MH370: Mulakan satu inkuiri parlimen antarabangsa- DAP
Kerajaan Malaysia diminta memulakan 'inkuiri yang melibatkan parlimen antarabangsa ke atas kes Penerbangan Malaysia pesawat MH370.

MH370: "Pencarian akan mengambil masa yang lama"
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mungkin mengambil masa yang lebih lama.

"Tiada alasan kukuh dakwaan kumpulan Chinese Martyr Brigade" - Hishammuddin
Kumpulan itu telah mendakwa merekalah yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia yang hilang awal pagi Sabtu.

Sah ada tompokan minyak di perairan Vietnam, tetapi tiada serpihan pesawat
Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di dalam operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa Vietnam.