PUTRAJAYA: Kesemua 207 sampel produk hasilan daging termasuk sosej yang diambil daripada pasaran tempatan dan pintu masuk untuk dianalisis tahap kandungan nitrit, didapati mematuhi tahap yang ditetapkan, demikian menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan (KKM).
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM Mohd Salim Dulatti berkata sampel berkenaan diambil untuk dianalisis setelah KKM mengambil maklum laporan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Thailand mengenai produk sosej yang diuji mengandungi nitrit melebihi paras dibenarkan oleh agensi berkenaan.
Menurutnya, FDA Thailand melakukan ujian tersebut selepas 14 kanak-kanak di negara itu mengalami methemoglobinemia iaitu sejenis penyakit gangguan darah selepas makan sosej tersebut.
Di Malaysia, katanya produk hasilan daging seperti sosej boleh mengandungi nitrit pada paras tidak melebihi 80mg/kg selaras dengan standard antarabangsa Codex.
"Hasil analisis yang telah dijalankan, kesemua sampel sosej didapati mematuhi tahap yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini, serta menambah BKKM sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak kedutaan Thailand berkenaan produk sosej yang terlibat.
Nitrit merupakan bahan pengawet makanan yang sering digunakan dalam produk hasilan daging bagi merencatkan pertumbuhan bakteria di samping menyerlahkan warna makanan.
Pengambilan nitrit pada kadar yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa letih dan penat, sukar bernafas, pening dan sakit kepala, berdebar-debar dan kelihatan pucat.
Mohd Salim berkata KKM akan meneruskan pemantauan keselamatan makanan di pasaran tempatan dan pintu masuk negara agar mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan di bawahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
Di Malaysia, katanya produk hasilan daging seperti sosej boleh mengandungi nitrit pada paras tidak melebihi 80mg/kg selaras dengan standard antarabangsa Codex. - Gambar hiasan/ Unsplash
Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.
Dunia alami cuaca paling panas pada Januari 2025
Dunia mengalami Januari paling panas dalam rekod, meneruskan trend suhu global yang melampau.
Amarjit dipilih presiden ACC, lakar sejarah unik dalam keluarga
Amarjit menewaskan Presiden Majlis Olimpik Indonesia Raja Sapta Oktohari dengan keputusan 24-17 undian.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi menerusi kerjasama NAIO-GAIV
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata hasrat berkenaan disasarkan untuk dicapai dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Perak larang penjualan, penggunaan minuman keras di lokasi sambutan Thaipusam
Perak melarang penjualan dan penggunaan minuman keras di semua lokasi perarakan pedati semasa sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh, dari 10 hingga 12 Feb ini.
Daripada hobi ke warisan, 20 tahun reka kavadi untuk Thaipusam
Bagi Pragalathen seni menghasilkan kavadi yang rumit dan berwarna-warni itu, bukan sekadar perniagaan semata-mata tetapi lebih kepada hobi dan minat yang mendalam.
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves ditutup secara berperingkat sempena Thaipusam
Tujuh jalan di sekitar Batu Caves akan ditutup secara berperingkat mengikut keadaan semasa mulai tengah malam Ahad ini sehingga 14 Feb, sempena sambutan Thaipusam.
INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.
Tarif AS wujudkan ketidaktentuan, cetus dasar perdagangan lebih agresif
Agensi penarafan Fitch memberi amaran langkah AS kenakan tarif baharu akan meningkatkan ketidaktentuan ekonomi.
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Sah, sosej diuji di Malaysia patuh tahap nitrit ditetapkan
Kesemua 207 sampel produk hasilan daging termasuk sosej yang diambil daripada pasaran tempatan dan pintu masuk untuk dianalisis tahap kandungan nitrit, didapati mematuhi tahap yang ditetapkan.