Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor diberitahu bahawa Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin menyerahkan wang tunai RM5 juta kepada isteri bekas perdana menteri itu kerana membantu syarikat itu mendapatkan Surat Setuju Terima (SST) daripada Kementerian Pendidikan (KPM) bagi projek solar hibrid di Sarawak.
Rakan perniagaan Saidi, Rayyan Radzwill Abdullah, 41, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Saidi kepadanya pada Disember 2016.
"Beliau (Saidi) memberitahu saya bahawa beliau telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM5 juta kepada Datin Seri Rosmah yang diserahkan melalui Datuk Rizal Mansor (bekas pembantu Rosmah). Pada hari sama kira-kira 10 malam, Saidi telah mengajak saya pergi ke rumah Datuk Rizal Mansor di Vista Kirana, Segambut kerana Saidi ingin memberi hadiah kepada beliau.
"Saidi telah menyerahkan satu beg kertas yang saya percaya mengandungi wang tunai kepada Datuk Rizal Mansor di rumah beliau dan selepas kami beredar dari rumah Datuk Rizal Mansor, Saidi memberitahu saya bahawa dia telah memberikan wang tunai sebanyak RM500,000 kepada Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak mendapatkan projek solar hibrid daripada KPM," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam.
Saksi pendakwaan ke-16 itu memberi keterangan pada hari ke-17 perbicaraan kes Rosmah, 68, yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi.
Suapan itu didakwa diterima menerusi Rizal, sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada KPM.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Rayyan Radzwill yang membacakan penyataan saksinya berkata pada sekitar Jun 2017, Saidi memberitahunya bahawa bayaran bagi projek penyelenggaraan diesel masih belum diterima dan menurut saksi itu pada sekitar hujung Julai 2017, beliau telah diberitahu oleh Saidi melalui WhatsApp bahawa Jepak telah mendapat bayaran pertama bagi projek solar hibrid serta penyelenggaraan genset diesel berjumlah kira-kira RM63 juta.
Rayyan Radzwill yang juga pengarah syarikat Nanocarb Technology Sdn Bhd berkata setelah itu, Saidi meminta beliau menghubungi Rizal bagi mengaturkan pertemuan di antara mereka dan Rosmah kerana Saidi mahu mengucapkan terima kasih dan menyampaikan sebahagian bayaran sumbangan yang dijanjikan oleh Jepak kepada Rosmah.
"Sekitar Ogos 2017, saya juga ada berkomunikasi menggunakan WhatsApp dengan Datuk Rizal untuk meminta beliau mengaturkan pertemuan di antara Saidi dan Datin Seri Rosmah, dan melalui perbualan pada 4 Ogos 2017, saya juga ada maklumkan kepada Datuk Rizal bahawa Saidi bersetuju untuk membuat bayaran sebanyak 15 peratus daripada bayaran pertama projek solar hibrid dan penyelenggaraan genset sebanyak RM63 juta.
"Kemudian pada 8 Ogos 2017, saya ada membangkitkan tentang keraguan saya dan Saidi mengenai penyerahan wang RM5 juta kepada Datin Seri Rosmah yang dibuat pada Disember 2016 kepada Datuk Rizal dan Datuk Rizal telah menjelaskan bahawa wang RM5 juta berkenaan sememangnya dibawa ke kediaman Datin Seri Rosmah. Datuk Rizal telah menggunakan kiasan 'barang' untuk merujuk kepada wang bernilai RM5 juta tersebut dan Datuk Rizal didapati sedikit terkilan dengan pertanyaan saya serta mengatakan 'ini ke balasan I dapat'," katanya.
Dalam keterangannya semalam, Rayyan Radzwill berkata Rizal memaklumkan kepadanya bahawa Rosmah meminta sumbangan RM187.5 juta iaitu 15 peratus daripada RM1.25 bilion nilai projek solar hibrid tersebut bagi membantu Jepak mendapatkan projek berkenaan.
Seterusnya pada 10 Ogos 2017, saksi itu berkata Rizal telah memaklumkan beliau mengenai pertemuan yang telah diatur di kediaman Rosmah di Taman Duta yang cuma melibatkan Saidi dan Rosmah pada keesokan harinya iaitu 11 Ogos 2017, namun, katanya, beliau tidak pasti sama ada berlaku pertemuan di antara mereka pada tarikh berkenaan.
Rayyan Radzwill berkata pada 7 Sept 2017, beliau dan Saidi telah pergi ke rumah Rosmah di Jalan Langgak Duta dan di sana beliau nampak pemandu Saidi bernama Shamsul telah masuk ke dalam rumah berkenaan serta meletakkan dua beg galas berwarna hitam yang mempunyai belang oren di tepi sofa di ruang tamu rumah tersebut.
"Dalam perjumpaan itu, Saidi memberitahu Datin Seri Rosmah bahawa beliau akan memberikan sedikit wang sekarang dan bayaran lain akan menyusul berdasarkan bayaran kemajuan projek. Datin Seri Rosmah sekadar mengangguk tanda setuju dan mengatakan 'Okeylah' dan beliau (Rosmah) juga tidak kelihatan terkejut dengan pemberian wang tersebut yang saya faham diberikan oleh Saidi sebagai tanda terima kasih bagi pemberian projek solar hibrid Jepak tersebut.
"Selepas itu kami beredar dari rumah Datin Seri Rosmah, manakala dua beg galas yang berwarna hitam dengan belang oren yang diletakkan oleh Shamsul di ruang tamu tersebut masih berada di tepi sofa berwarna hijau semasa kami beredar. Saya tidak tahu jumlah wang di dalam dua beg itu pada ketika itu, saya hanya tahu dua beg galas tersebut mengandungi wang tunai berjumlah RM1.5 juta selepas diberitahu oleh Saidi semasa kami beredar dari rumah Datin Seri Rosmah," katanya, menambah beliau ada merakam video persekitaran di dalam rumah Rosmah di bahagian ruang tamu yang mempunyai sofa berwarna hijau.
Menurut Rayyan Radzwill, apa yang beliau tahu sehingga kini, projek hibrid solar itu tidak dilaksanakan langsung oleh Jepak walaupun pembayaran awal sebanyak RM63 juta telah diterima oleh syarikat berkenaan daripada kerajaan Malaysia untuk penyelenggaraan genset diesel serta projek solar hibrid, dan meskipun penyelenggaraan genset diesel di sekolah-sekolah masih diteruskan, beliau berkata projek solar hibrid tetap tidak dilaksanakan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020
![Saidi beritahu telah serahkan RM5 juta kepada Rosmah - Saksi Saidi beritahu telah serahkan RM5 juta kepada Rosmah - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/51594826179_RosmahMansorCourt.jpg)
Saksi itu berkata Rizal telah memaklumkan beliau mengenai pertemuan yang telah diatur di kediaman Rosmah di Taman Duta. -Bernama
![Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.
AWANI Ringkas: Kerajaan bersifat adil kepada semua - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607776_IrSazaliHarun.jpg)
Lorong kecemasan bukan laluan eksklusif - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menganggap laluan kecemasan sebagai lorong eksklusif.
![Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607859_ArifAiman.jpg)
Arif Aiman terima hadiah jam Rolex Daytona daripada TMJ
Arif Aiman Hanapi, menerima kurnia daripada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik kelab atas kecemerlangannya musim ini.
![Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739603671_Norshamiramaut.jpg)
Suami Norshamira pernah jumpa suspek, tak sangka ada niat buruk
Suami mangsa, Mohammad Afiq Akhmal Nudin berkata, berita penahanan suspek itu agak melegakan keluarga dalam mencari keadilan buat mangsa.
![Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739607995_TBJejakHarmoni.jpg)
Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.
![Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739609008_TBhujan.jpg)
Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri petang ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang, hari ini.
![Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739602867_AmirHamzah.jpg)
Sumbangan asas Rahmah bantu rancak ekonomi setempat - Amir Hamzah
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bukan hanya membantu penerima yang layak menangani kos sara hidup tetapi juga turut merancakkan ekonomi setempat.
OpenAI tolak bidaan USD97.4 bilion daripada konsortium diterajui Musk
Pengendali ChatGPT, OpenAI, menolak bidaan bernilai AS$97.4 bilion (RM431.8 bilion) daripada konsortium diterajui oleh bilionair Elon Musk, dengan alasan bahawa syarikat pemula itu bukan untuk dijual.
Joehari Ayub sah presiden baharu FAM
Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub secara rasmi diumum sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
Beliau menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal untuk jawatan itu pada kongres pemilihan FAM penggal 2025-2029 yang berlangsung pada Sabtu.
![Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736394589_moeSPMexam.jpg)
Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.
![48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM 48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739371731_RusminiKuAhmad.jpg)
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
![KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737950138_peperiksaanspmst.jpg)
Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.
![Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737790558_TBFadhlina.jpg)
Persetujuan bersama KPM, JPN Sabah di bawah MA63 beri impak positif - Fadhlina
Persetujuan bersama yang telah dicapai antara Kementerian Pendidikan dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mampu memberi impak positif.
![KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737530175_FadhlinaSidek.jpg)
KPM sedia salur khidmat kaunseling bantu anak lelaki OKU dipukul di Kemaman
Kementerian Pendidikan bersedia menyalurkan khidmat kaunseling kepada anak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di Kemaman, Jumaat lepas.
![Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737528344_TBFADHLINA.jpg)
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
![KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737000924_fadhlinasidek.jpg)
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.