ALOR SETAR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini mendedahkan gambar dan beberapa dokumen Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah berkaitan kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik.
Beliau turut mendedahkan gambar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bersama individu dikenali sebagai So Loi Fat, yang didakwa seorang daripada dua pekerja dibawa masuk oleh MBI untuk melakukan kerja-kerja eksplorasi di hutan simpan itu.
"Saya juga ingin tunjukkan dokumen ikhtisas yang telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Muhammad Sobri Osman. Jadi, di sini memang jelas ada permohonan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) kepada dua pekerja warga China ini yang mana MBI merupakan majikan mereka.
"Memang ada surat daripada Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif dengan dua warga China ini... saya telah bangkitkan banyak kali tetapi Muhammad Sanusi sering mengubah kepada isu lain. Jadi, saya harap dia ambil tanggungjawab dan jawab semua soalan yang dibangkitkan berkaitan REE," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata semua pendedahan itu adalah untuk memberi gambaran lebih jelas kepada Muhammad Sanusi yang sering membuat kenyataan bahawa beliau sama sekali tidak tahu-menahu mengenai kegiatan mencuri REE itu.
"Penafian Menteri Besar dan Muhammad Sobri mengenai dua warga China itu akan menimbulkan lebih banyak persoalan terutama pada rakyat. Saya juga ambil maklum laporan polis yang telah dibuat oleh Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran MBI, jadi saya alu-alukan supaya siasatan dapat diteruskan.
"Saya juga minta supaya Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah memberi maklum balas mengapa jabatan itu tidak melakukan siasatan berhubung kecurian REE ini... adakah sebab jabatan itu berada dalam Lembaga Penasihat MBI, mereka hendak melindungi sesiapa, jadi saya tunggu jawapan," katanya.
Saifuddin Nasution turut menyangkal dakwaan Muhammad Sanusi bahawa beliau menggunakan jawatannya sebagai Menteri Dalam Negeri untuk mengerah agensi penguatkuasaan memberi tekanan kepada Menteri Besar Kedah itu.
"Dia sebenarnya memiliki akses untuk mendapatkan maklumat daripada semua agensi di Kedah. Saya yakin dia boleh menjawab dan saya beri masa untuk dia jawab... perkara ini sudah dibongkar oleh orang lain, saya hanya susun bagi elok sahaja," katanya.
Sebelum ini, Muhammad Sanusi berkata beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif terhadap MBI dan tidak mengetahui seluruh perjalanan operasi termasuk kedudukan dua warga China yang dibawa masuk oleh perbadanan itu untuk meneroka REE.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023

Saifuddin berkata semua pendedahan itu adalah untuk memberi gambaran lebih jelas kepada Muhammad Sanusi yang sering membuat kenyataan bahawa beliau sama sekali tidak tahu-menahu mengenai kegiatan mencuri REE itu. - Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik
Insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor baru-baru ini membuka satu dimensi baharu terhadap keperluan menambah baik modul latihan kepada pengawal keselamatan.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.

SOSMA: Pinda segera maksud ancaman kepada negara - Suhakam
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kurang menekankan keseimbangan antara menjaga keselamatan negara dan hak asasi manusia.

Parlimen: Sistem aduan baharu IPCC dilancarkan bulan depan - Saifuddin
Sistem Pengurusan Aduan dan Siasatan (SPEACS) yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dijangka dilancarkan bulan depan.

Polis, Maritim Malaysia siasat pematuhan SOP insiden tembakan warga Indonesia - Saifuddin
Maritim Malaysia sedang menjalankan siasatan dalaman dari pelbagai sudut termasuk aspek SOP berhubung insiden di perairan Tanjung Rhu, Selangor.

Sosma: Kerajaan fokus pertahan keselamatan negara, hak asasi individu
Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan bersedia untuk meneliti semula Sosma khususnya beberapa seksyen yang termaktub dalam Sosma.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

Saifuddin dilantik Pengerusi PH Kedah yang baharu
Fokus Saifuddin di Kedah ialah melakukan persiapan sebagai 'kerajaan menanti' selain pastikan PH jadi pembangkang yang kredibel.

KDN perkukuh kerjasama keselamatan ASEAN, tumpu jenayah rentas sempadan dan siber
ASEAN mengakui keperluan kerjasama serantau melalui perkongsian risikan, peningkatan kapasiti dan operasi bersama.