Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, yang kini menghadiri Mesyuarat Persediaan Majlis Menteri-Menteri Luar bagi Sesi ke-14 Sidang Kemuncak Islam (Sidang Kemuncak OIC) di Jeddah sehingga Jumaat, digesa mengetengahkan ketegangan antara Amerika Syarikat-Iran yang mungkin menjadi konflik serius di Timur Tengah.
Mesyuarat tiga hari di peringkat Menteri Luar bakal membincangkan situasi di Palestin, nasib Rohingya dan pelbagai isu politik yang menjejaskan dunia Islam.
Saifuddin pada Rabu menerima memorandum daripada sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung isu itu, di mana kumpulan tersebut, antara lain menyuarakan bantahan keras mereka terhadap dasar pentadbiran Trump yang sedang membangunkan duluan untuk perang di Iran.
Kumpulan itu, yang diketuai Presiden Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid, menyerahkan memorandum kepada Pegawai Tugas Khas kepada Menteri Luar Adli Zakuan Zairakithnaini, yang menerimanya bagi pihak Saifuddin, di Putrajaya.
Gabungan terdiri daripada Sekretariat Majlis Ulama Asia, Pakatan Masjid-Masjid Dunia bagi Mempertahankan Al-Aqsa, Citizens International, Pergerakan Belia Islam Malaysia, Majlis Ulama Malaysia, Sejagat Malaysia, SALIMAH Malaysia, International Relief and Humanitarian Outreach, Yayasan Ilham, G25 dan Pusat Minoriti Islam.
Mohd Azmi, yang dihubungi Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama, berkata lebih banyak NGO dijangka menyertai 'Kempen Hentikan Peperangan.'
Kumpulan itu, dalam memorandum mereka, mahu Malaysia menggesa OIC menghentikan AS daripada meningkatkan operasi ketenteraan terhadap Iran, menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)mengadakan mesyuarat tergempar bagi menghentikan AS daripada mencari alasan untuk menyerang Iran, dan bagi Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar untuk menghentikan Presiden AS daripada melakukan sebarang provokasi yang mungkin mencetuskan peperangan.
Adli Zakuan berkata kandungan memorandum itu "akan diambil kira oleh Menteri Luar dalam pendirian dan perbincangan Malaysia semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar OIC pada 29 Mei di Jeddah dan Sidang Kemuncak OIC pada 31 Mei di Makkah."
Tahun lepas, pentadbiran Trump telah menarik keluar AS daripada perjanjian nuklear antarabangsa Iran 2015 dan mengenakan semula sekatan ke atas Iran yang telah ditarik balik atau dikecualikan sebelum ini di bawah Pelan Bertindak Komprehensif Bersama (JCPOA).
Ketegangan antara kedua-dua negara baru-baru ini telah timbul selepas AS menghantar empat pengebom berat B-52 ke Timur Tengah sebagai respons kepada dakwaan terdapat ancaman Iran ke atas tentera AS di rantau itu.
AS turut mengumumkan bahawa ia akan menghantar sejumlah 1,500 tentera tambahan ke rantau itu, yang mencetuskan kebimbangan berlaku konflik.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2019
![Saifuddin digesa ketengah ketegangan AS-Iran di mesyuarat OIC Saifuddin digesa ketengah ketegangan AS-Iran di mesyuarat OIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61555945691_SAIFUDDIN.jpg)
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah digesa mengetengahkan ketegangan antara Amerika Syarikat-Iran. - Gambar fail/BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kerjasama akademik Iran-Malaysia kukuhkan hubungan terjalin selama beberapa dekad Kerjasama akademik Iran-Malaysia kukuhkan hubungan terjalin selama beberapa dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731945108_TBIRANFLAG.jpg)
Kerjasama akademik Iran-Malaysia kukuhkan hubungan terjalin selama beberapa dekad
Kerjasama akademik dan saintifik antara Iran dan Malaysia dijangka semakin kukuh, mencerminkan hubungan diplomatik yang erat selama beberapa dekad.
![Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715817258_DuniaIslam.jpg)
Dunia Islam antara rakan Rusia paling penting, hubungan berkembang dengan mantap, kuat
Perolehan perdagangan antara Rusia dan negara OIC telah meningkat sebanyak 37 peratus dan berjumlah lebih US$156 bilion.
![Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715669727_tbAnwarIbrahimsya.jpg)
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
![China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714137640_tbHajiMohamad.jpg)
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
![OIC, PM Jepun bincang situasi dunia Islam, kerjasama dua hala OIC, PM Jepun bincang situasi dunia Islam, kerjasama dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689575579_FumioKishida.jpg)
OIC, PM Jepun bincang situasi dunia Islam, kerjasama dua hala
Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Hissein Brahim Taha mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke Arab Saudi.
![Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664623430_MustapaMohamed.jpg)
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
![Piala Dunia Fifa Qatar 2022: Stadium Lusail cerminkan ciri-ciri Islam-Arab Piala Dunia Fifa Qatar 2022: Stadium Lusail cerminkan ciri-ciri Islam-Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664899868_TBlusail.jpg)
Piala Dunia Fifa Qatar 2022: Stadium Lusail cerminkan ciri-ciri Islam-Arab
Stadium Lusail yang terletak 20km dari ibu negara Doha direka bentuk untuk mereplikasi tanglung 'fanar'.
![Dr Mahathir pemimpin sebenar dunia Islam - Imran Khan Dr Mahathir pemimpin sebenar dunia Islam - Imran Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71580826964_TunM.jpg)
Dr Mahathir pemimpin sebenar dunia Islam - Imran Khan
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan hari ini menyuarakan kekagumannya terhadap rakan sejawatannya dari Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dianggapnya sebagai seorang pemimpin yang sebenar.
![Isu umat Islam jadi tumpuan Sidang Kemuncak KL Isu umat Islam jadi tumpuan Sidang Kemuncak KL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/71576654095_TBERDOGAN.jpg)
Isu umat Islam jadi tumpuan Sidang Kemuncak KL
Pentas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang akan mengetengahkan isu-isu hal ehwal umat Islam, kini sedia menjadi tumpuan dengan para peserta berusaha menentukan hala tuju dunia Islam.
![Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576634520_TBKLSUMMIT.jpg)
Hari kedua Sidang Kemuncak Belia mula dengan perhimpunan agung
Sidang kemuncak berkenaan, antara lain, membincangkan dan mencari jalan penyelesaian baharu terhadap masalah menimpa dunia Islam serta memperbaiki keadaan umat Islam dan negara Islam.