Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga penyandang Timbalan Ketua UMNO bahagian Temerloh tewas mengejut kepada pencabarnya, Nor Azmi Mat Ludin yang membuat kemunculan semula selepas lima tahun.
Saifuddin yang juga penyandang ahli Majlis Tertinggi (MT) mendapat 205 undi manakala Nor Azmi pula memperoleh 251 undi dan seorang lagi calon yang bertanding, Datuk Akhbar Abu mendapat 194 undi.
Saifuddin dilihat sebagai antara pemimpin UMNO yang mempunyai pandangan progresif dalam politik serta lantang bersuara menggesa perubahan ke arah budaya politik baru.
Dalam mesejnya di Twitter, Saifuddin mengucapkan tahniah kepada lawannya dan menerima keputusan perwakilan.
Saifuddin bagaimanapun membayangkan kekalahannya itu berpunca daripada politik wang.
Dalam pada itu, berdasarkan keputusan tidak rasmi di ibu pejabat UMNO, Saifuddin yang bertanding mempertahankan kerusi Majlis Tertinggi masih tidak tersenarai di kalangan 25 calon yang mendapat undi tertinggi.
Dalam pilihan raya umum ke-13 yang lalu, Saifuddin gagal mempertahankan kerusi Ahli Parlimen Temerloh selepas kalah kepada Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi dengan majoriti 1,070 undi.
Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu baru-baru ini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global.
Astro Awani
Sat Oct 19 2013

"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

ADUN Air Kuning meninggal dunia selepas bermain bola sepak
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Kuning, Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, petang tadi.

Bunyi letupan, gegaran di Bagan Ajam hanya latihan TUDM - Polis
Polis mengesahkan bahawa bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam pagi tadi disebabkan oleh latihan ketenteraan yang dijalankan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.

Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.

Siasatan SPRM terhadap BAM mungkin berkaitan pemilihan - Subramaniam
Pemangku Presiden BAM Datuk V Subramaniam tidak menolak kemungkinan bahawa pemilihan menjelang AGM tahun depan, menjadi punca mengapa persatuan disiasat SPRM.

GPMS lima negeri kemuka notis gesa PAT khas diadakan
GPMS dari Selangor, Pulau Pinang, Perak, Perlis dan Negeri Sembilan mengemukakan notis mengegsa Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Khas diadakan bagi melaksanakan pemilihan.

Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah: Dr Dzulkefly dapat undi tertinggi, Mat Sabu ke-8
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memperoleh undian tertinggi Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah) bagi sesi 2023 hingga 2026.

Pelosi umum hasrat bertanding semula Kongres AS
Nancy Pelosi umum hasratnya untuk bertanding semula sebagai wakil California dalam Kongres pada penggal akan datang.

Pemilihan UMNO: Anak MB antara muka baharu terpilih ketuai pemuda bahagian di Perak
Anak Menteri Besar Perak Ahmad Syahir Saarani, merupakan antara tujuh muka baharu Ketua Pemuda UMNO bahagian di Perak, yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

Pemilihan PKR: Rafizi mahu Saifuddin dan calon jawatan tertinggi lain jelas pendirian
Tidak percaya kepada sebarang strategi yang dirunding di bilik tertutup dalam kalangan bangsawan politik.

Pemilihan PKR 2022: Pencalonan peringkat cabang bermula esok
Pencalonan akan dilaksanakan secara dalam talian dan serentak dengan itu kempen pemilihan secara rasmi bermula.