SEREMBAN: Saksi ketujuh perbicaraan hari ketiga kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias memberitahu mahkamah bahawa tertuduh pernah melakukan seks oral terhadap mangsa.
Wanita berusia 46 tahun yang merupakan bekas guru dan ustazah kepada mangsa berkata, perkara itu diceritakan sendiri oleh remaja lelaki berkenaan dalam satu pertemuan tahun lalu.
"Seingat saya apa yang mangsa cerita pada saya, PU Azman yang meminta menghisap kemaluan mangsa sehingga mangsa mengeluarkan air maninya.
"Selain itu mangsa juga berkata yang dia diminta untuk bercium dengan PU Azman," katanya ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Datin Surita Budin di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Menurutnya, dia juga lebih mempercayai mangsa berbanding PU Azman.
Ini kerana jelasnya, mangsa tidak pandai berbohong dengan gurunya dan yakin apa yang diceritakannya adalah betul.
Disebabkan itu kata wanita berkenaan, dia rasa bertanggungjawab untuk mengambil berat kes berkenaan memandangkan dia yang memperkenalkan mangsa dengan tertuduh.
Dalam pada itu, dia juga mendedahkan yang anaknya turut menjadi mangsa tertuduh ketika penceramah terbabit datang ke rumahnya.
"Ketika kejadian saya ada di rumah anak saudara tapi anak saya beritahu tentang kejadian seksual berlaku dan mendesak saya balik.
"Pada mulanya saya tak percaya apa dikatakan oleh anak saya dan pada masa sama tidak percaya juga yang PU Azman akan melakukan perkara itu," katanya.
Bagaimanapun kata saksi itu, berbanding PU Azman, dia lebih mempercayai anaknya dan disebabkan itu membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah.
Malah katanya, anaknya juga memberitahu yang rakannya lagi teruk menjadi mangsa seksual tertuduh.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.
Seramai 26 orang saksi dijangka akan dipanggil sepanjang kes perbicaraan tersebut yang bermula pada 24 Julai.
Pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.
Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.
Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 26 2023

Pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu. - Gambar fail

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan
Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.

PU Azman dihukum penjara 7 tahun, dua sebatan kes amang seksual
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dibacakan pada prosiding sebutan semula kes.

PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki.

Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
AGC menolak satu daripada dua representasi dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.

Amang seksual: PU Azman dipenjara 24 tahun, dua sebatan
Keputusan itu dibuat Hakim Noridah Adam selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Amang seksual remaja lelaki 17 tahun, PU Azman diperintah bela diri
PU Azman diperintah membela diri atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, tahun lepas.

Kes amang seksual PU Azman: Mangsa beri keterangan secara tertutup
Prosiding perbicaraan kes amang seksual fizikal terhadap remaja membabitkan Pencetus Ummah (PU), Azman Syah Alias dijalankan secara tertutup di Mahkamah Sesyen, di sini pada Jumaat.

Kes PU Azman: Firdaus Wong dakwa wujud perbuatan liwat
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mendakwa wujud perbuatan liwat dalam kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias dengan dua mangsa di rumahnya di Sendayan pada Ogos lalu.

PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan
PU Azman: Keberanian Firdaus Wong, faktor penceramah Isfadiah minta bantuan

Saksi dakwa PU Azman buat oral seks terhadap anak murid
Saksi ketujuh perbicaraan hari ketiga kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias memberitahu mahkamah bahawa tertuduh pernah melakukan seks oral terhadap mangsa.