Seorang saksi mengesahkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa pernikahan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan isterinya Datin Seri Zizie Ezette Abd Samad adalah sah mengikut hukum syarak.
Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Abd Nasir Abdullah, 42, berkata pasangan itu bernikah pada 9 Jun 2010 dengan berwalikan abang Zizie Ezette iaitu Samzy Fuzette Abd Samad.
"Dua saksi bagi perkahwinan ini ialah Shari Ahmad dan Ahmad Shahazami dan perkahwinan pasangan ini telah didaftarkan pada 29 April 2014.
“Saya sahkan surat perakuan nikah dikeluarkan oleh pihak JAWI apabila mendapat Perintah Penghakiman daripada Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya.
Saksi pertama pihak pendakwaan itu berkata demikian pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Fadhly Mohd Zamry pada perbicaraan hari pertama kes Bung Moktar dan Zizie Ezette yang masing-masing didakwa atas pertuduhan rasuah dan bersubahat rasuah membabitkan RM2.8 juta berhubung pelaburan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan Berhad (Felcra).
Terdahulu sebelum perbicaraan bermula, Bung Moktar mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan pindaan yang dibacakan semula kepadanya.
Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38, menerusi isteri tertuduh iaitu Zizie Ezette.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai dorongan bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan Kedua untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, di antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.
Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) bernombor 044797816 yang didaftarkan atas nama Zizie Ezette bagi tujuan serupa.
Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar, 42, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) bernombor 044797824 yang didaftarkan atas nama Zizie Ezette bagi tujuan yang sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015 dan semua pertuduhan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Zizie Ezette mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa yang sama mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Rozina Ayob bersambung esok.
Bernama
Thu Jan 02 2020

, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Mohd Abd Nasir Abdullah, 42, berkata pasangan itu bernikah pada 9 Jun 2010 dengan berwalikan abang Zizie Ezette iaitu Samzy Fuzette Abd Samad. - Gambar fail

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Peguam Johnny Depp jadi buruan Hollywood
Peguam Johnny Depp, Camille Vasquez dilaporkan menerima banyak tawaran dari Hollywood selepas berjaya mencuri perhatian semasa perbicaraan saman malu antara anak guamnya dan aktres Amber Heard.

Aktres popular Indonesia, Ria Irawan meninggal dunia
Aktres popular Indonesia era 90-an, Ria Irawan disahkan meninggal dunia akibat kanser pada Isnin.

Saksi sahkan status perkahwinan Bung Moktar dan Zizie Ezette
Seorang saksi mengesahkan di Mahkamah Sesyen di sini bahawa pernikahan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dengan Datin Seri Zizie Ezette Abd Samad adalah sah mengikut syarak.

Krisis kewujudan Linda Hamilton apabila kembali ke francais 'Terminator'
Hamilton, 63, kembali disatukan dengan Arnold Schwarzenegger dan pengarah James Cameron dalam filem 'Terminator: Dark Fate'.

Master Z: Michelle Yeoh kongsi pengalaman bersama pengarah Woo Ping
Aktres kelahiran Ipoh itu berkata filem terakhir arahan Woo Ping yang dibintanginya ialah Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword of Destiny.

Pakai gaun seksi, aktres Mesir berdepan hukuman penjara lima tahun
Aduan itu dibuat berdasarkan dakwaan pemakaian Rania itu tidak mematuhi nilai dan budaya masyarakat.

'Saya tak kenal dia ...' - Zahirah Macwilson bermasalah dengan Rita Rudaini?
Pelakon Zahirah Macwilson terkejut apabila namanya dikaitkan dengan aktres Rita Rudaini.

Saya tak ambil dadah - Fathia Latiff
Pelakon Fathia Latiff memberitahu kesan lebam di kawasan matanya bukan kerana kesan pengambilan dadah.

Wawa Zainal, Bella Dally dan Umie Aida teruja Deepika Padukone datang KL
Deepika menerusi akaun Instagramnya memuat naik gambar Menara Berkembar Petronas tengah hari tadi dan entri itu mendapat perhatian bukan hanya orang awam bahkan juga artis tempatan.

Remy Ishak dan Puteri Aishah disatukan?
Aidilftri kali ini membawa debaran buat aktor berbakat besar, Remy Ishak dan pelakon yang sedang meningkat naik, Puteri Aishah.