PETALING JAYA: Perbicaraan jenayah seksual membabitkan pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang penuntut kolej ditangguhkan ke Mei depan selepas mangsa tidak hadir bagi memberi keterangan.
Mahkamah sebelum ini menetapkan Rabu untuk perbicaraan hari pertama kes, dengan saksi utama iaitu seorang penuntut kolej swasta berusia 24 tahun memberi keterangan.
Ketika prosiding di hadapan Hakim Jamaludin Mat, Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon agar tarikh bicara sebanyak lapan hari pada April dilapangkan dan ditetapkan bicara pada 17 Mei.
Sementara itu, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal berkata, berhubung permohonan pihak pendakwaan, pihaknya berharap tiada sebarang hak diprejudiskan terhadap anak guamnya.
"Kami juga tidak membantah sekiranya prosiding dilapangkan," katanya.
Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap seorang wanita ketika kejadian berusia 22 tahun, di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana di sini, antara jam 3 hingga 4 pagi, 17 Oktober 2020.
Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, pada tarikh sama di Mahkamah Majistret, dia turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya, pada tarikh dan lokasi sama.
ARTIKEL ASAL DISIARKA DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Wed Apr 20 2022

Syed Shah Iqmal hadir di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini bagi perbicaraan kesnya. - Foto BERNAMA

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Aktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti
SPRM telah menahan reman tiga individu termasuk seorang aktivis politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.

Berdepan ujian getir, Da'i Syed bersyukur dikurnia isteri sebaik Hana Ismail
Pendakwah selebriti, Da'i Syed Iqmal memanjatkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang taat dan baik.

'Ini ujian buat saya' - Da’i Syed
Da'i Syed menganggap kes pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lepas sebagai satu ujian Allah buatnya.

Azhar Idrus, 12 lagi pendakwah selebriti sah terima tauliah daripada Maidam
Seramai 12 lagi pendakwah selebriti turut menerima tauliah mengajar agama oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

PU Azman didakwa lagi, hadapi empat tuduhan jenayah seksual terhadap tiga remaja
Pendakwah selebriti PU Azman dihadapkan ke dua mahkamah di Klang atas empat pertuduhan jenayah seksual membabitkan tiga remaja lelaki.

Enam kertas siasatan kes amang seksual babit pendakwah selebriti dirujuk kepada TPR
PDRM telah merujuk enam kertas siasatan membabitkan seorang pendakwah selebriti berkaitan kes amang seksual kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya, Rabu lepas.

Saksi utama tidak hadir, bicara kes jenayah seksual Da'i Syed ditangguh
Saksi utama adalah seorang penuntut kolej swasta berusia 24 tahun memberi keterangan.

Kes rogol Da'i Syed: Sebutan semula 5 Julai
Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 5 Julai untuk mendengar semula kes pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, yang didakwa atas satu tuduhan rogol.

Menteri agama ajak pendakwah selebriti bersatu sokong guna vaksin COVID-19
Dr Zulkifli ajak semua pihak bersatu hati dan senada dengan keputusan kerajaan yang meletakkan hukum harus dan wajib dalam pengambilan vaksin COVID-19.

Jakim jumpa kumpulan pendakwah selebriti untuk bincang kaedah jaga nama baik
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan pertemuan dengan pendakwah selebriti pada penghujung bulan ini bagi berbincang kaedah menjaga imej golongan agamawan dan Islam.