Seorang pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk, bekas pegawai bank sama dan dua lagi ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah dan salah guna kuasa.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman empat lelaki itu bermula hari ini sehingga Ahad.
Selain pengarah urusan bank berusia 48 tahun itu dan bekas pegawainya, dua lagi ialah seorang pengarah syarikat penerbitan buku dan seorang pegawainya.
Semalam SPRM menahan lapan individu berumur antara 32 dan 48 tahun antara pukul 2 petang sehingga tengah malam di sekitar Kuala Lumpur bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa.
Hari ini lapan individu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini dengan empat ditahan reman manakala empat lagi yang terdiri daripada dua peguam wanita, seorang penulis buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara dan isteri kepada bekas pegawai bank itu dibebaskan.
Dalam serbuan itu SPRM merampas enam jam tangan mewah setiap satu berharga RM20,000 dan wang tunai RM30,000 daripada pengarah urusan bank itu.
Semalam, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pengarah urusan bank itu ditahan di pejabatnya di ibu negara hasil maklumat orang ramai berhubung salah laku rasuah.
"Dia dipercayai terlibat dalam tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.
"Sebanyak RM15 juta telah diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik orang yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan," katanya ketika dihubungi Bernama.
SPRM juga memperolehi perintah tahanan reman selama lima hari terhadap seorang pengurus projek, dan seorang pengurus sebuah syarikat cari gali minyak dan enam kontraktor bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi projek "pipeline" berjumlah RM76 juta.
Majistret Nik Isfahanie mengeluarkan perintah reman itu bermula hari ini sehingga Selasa ini.
Lima lelaki dan tiga wanita dalam lingkungan umur 35 tahun dan 60 ditahan berasingan semalam oleh SPRM di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Terengganu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan "pipeline" di selatan tanah air itu.
Bernama
Fri Aug 26 2016

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiringi dua antara empat suspek yang ditahan termasuk seorang pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk ke Mahkamah Majistret hari ini bagi memohon perintah reman. - Foto Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Salah guna kuasa: 12 individu ditahan reman
12 individu direman pada Jumaat bagi membantu siasatan dua kes berasingan membabitkan penyelewengan dan salah guna kuasa.