MELAKA: Siasatan kes salah guna kuasa dan rasuah melibatkan pegawai atau penjawat awam di Melaka dilihat menurun ekoran daripada pelbagai pendekatan yang dilaksanakan secara proaktif antara ketua jabatan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad bagaimanapun tidak mendedahkan perbandingan jumlah kes yang disiasat agensi itu untuk tempoh tertentu.
Beliau berkata antara pendekatan itu ialah penganjuran Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam kalangan penjawat awam di negeri itu bagi meningkatkan tahap integriti agar mereka lebih bertanggungjawab melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah.
"Kita tahu rasuah ini infiniti dan usaha membanteras serta memerangi rasuah bukan terletak pada SPRM semata-mata, sebaliknya ia memerlukan kerjasama semua pihak.
"Jadi, salah satu usaha ialah menerusi IBR yang melibatkan ikrar serta aku janji seseorang. Di Melaka, usaha berkenaan giat dilaksanakan dengan kerjasama agensi dan jabatan agar kesedaran menghindari perbuatan itu dalam menjalankan amanah atau tanggungjawab sebagai penjawat awam dapat ditingkatkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis IBR Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) melibatkan 30 pegawai dan kakitangan yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif PTHM Ismail Hasim.
Mohd Shahril berkata pihaknya juga melaksanakan bengkel pemurniaan berkaitan risiko rasuah dan cara menghindarinya melibatkan golongan berisiko terdedah kepada perbuatan itu seperti penguat kuasa dan kakitangan bahagian perolehan.
"Menerusi bengkel ini kita akan memberi taklimat berkaitan proses yang perlu dilakukan supaya kejadian atau kes rasuah dapat dihindari," katanya.
Menurutnya SPRM sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana jabatan atau agensi kerajaan negeri yang ingin melakukan IBR kerana usaha ini selaras dengan Pelan Anti Rasuah Nasional dan Pelan Anti Rasuah Melaka.
Katanya setakat ini lebih 20 agensi dan jabatan kerajaan negeri telah melakukan IBR.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 07 2023
![Salah guna kuasa, rasuah dalam kalangan penjawat awam di Melaka menurun Salah guna kuasa, rasuah dalam kalangan penjawat awam di Melaka menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678204265_TBISMAILHASIM.jpg)
Ismail (kiri) menyerahkan dokumen ikrar aku janji bebas rasuah kepada Mohd Shahril pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah PTHM bersama SPRM Melaka di Melaka, semalam. --fotoBERNAMA
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719461869_TBMahkamahMajistret.jpg)
Tuntutan palsu: Enam penjawat awam direman
Enam penjawat awam wanita di sebuah jabatan kerajaan ditahan reman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu membabitkan jumlah RM13,586.
![SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692160092_SPRMMDBrasuah.jpg)
SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.
![Salah guna kuasa, rasuah dalam kalangan penjawat awam di Melaka menurun Salah guna kuasa, rasuah dalam kalangan penjawat awam di Melaka menurun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678204265_TBISMAILHASIM.jpg)
Salah guna kuasa, rasuah dalam kalangan penjawat awam di Melaka menurun
Antara pendekatan diambil ialah penganjuran Ikrar Bebas Rasuah dalam kalangan penjawat awam bagi meningkatkan tahap integriti.
![Dua individu direman palsukan dokumen darjah kebesaran Dua individu direman palsukan dokumen darjah kebesaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41666152961_DatukDireman.jpg)
Dua individu direman palsukan dokumen darjah kebesaran
Kedua-dua mereka dipercayai mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu.
![Terima rasuah kereta, SPRM Melaka tahan pegawai kanan universiti awam Terima rasuah kereta, SPRM Melaka tahan pegawai kanan universiti awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/81663583934_MohdShahrilCheSaa.jpg)
Terima rasuah kereta, SPRM Melaka tahan pegawai kanan universiti awam
Suapan diterima daripada syarikat kontraktor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai lebih RM1.6 juta.
![SPRM Melaka tahan bekas pengarah agensi kerajaan disyaki terima rasuah SPRM Melaka tahan bekas pengarah agensi kerajaan disyaki terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642775747_TBSINDIKETSPRMVAKSIN.jpg)
SPRM Melaka tahan bekas pengarah agensi kerajaan disyaki terima rasuah
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan pada pukul 4.55 petang Khamis ketika hadir ke Pejabat SPRM Melaka.
![Tiga anggota polis termasuk ketua balai ditahan SPRM Tiga anggota polis termasuk ketua balai ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/71597216270_ketuabalaidireman.jpg)
Tiga anggota polis termasuk ketua balai ditahan SPRM
Kesemua suspek termasuk seorang Ketua Polis Balai (OCS) berusia 57 tahun ditahan lewat petang Selasa dalam serbuan di sebuah balai polis di Melaka.
![Seleweng dana: ADUN Sungai Rambai ditahan SPRM, dihadap ke mahkamah esok Seleweng dana: ADUN Sungai Rambai ditahan SPRM, dihadap ke mahkamah esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71561113293_TBSPRM.jpg)
Seleweng dana: ADUN Sungai Rambai ditahan SPRM, dihadap ke mahkamah esok
Mereka dikehendaki hadir di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh untuk dituduh pada Selasa.
![Bekas pembantu tadbir seleweng wang biasiswa RM2.5 juta ditahan SPRM Bekas pembantu tadbir seleweng wang biasiswa RM2.5 juta ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547192153_tahanan.jpg)
Bekas pembantu tadbir seleweng wang biasiswa RM2.5 juta ditahan SPRM
SPRM Melaka mendapati suspek telah memasukkan wang biasiswa pelajar di sebuah sekolah agama milik kerajaan negeri ke akaun peribadinya.