KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan penguatkuasaan lebih ketat terhadap pengguna jalan raya yang menyalahgunakan laluan khas bas.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penguatkuasaan itu bagi memastikan laluan khas bas berkenaan tidak dieksploitasi oleh pengguna jalan raya yang lain.
Beliau berkata langkah itu juga sebahagian daripada usaha kerajaan bagi memastikan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan bas, menjadi antara pilihan utama dalam kalangan rakyat.
"Pendekatan saya ialah carrot and stick (ganjaran dan hukuman). Jika carrot (manfaat) tidak menarik mereka, kita akan gunakan stick (penguatkuasaan). Orang ramai tidak berminat menaiki bas kerana terdapat kemungkinan mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya kerana kekerapan bas sukar dijangka. Itulah sebabnya kita berusaha keras memperkenalkan laluan bas.
"Kita ada dua laluan pada masa ini iaitu di Jalan Ampang dan Jalan Genting Klang. Jika dua koridor ini berjaya, kita bercadang untuk menambah laluan bas ini," katanya pada sidang media selepas membentangkan Laporan Prestasi 2023 dan Pelan 2024 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di Menara UOA di sini hari ini.
Terdahulu, ketika membentangkan laporan Prasarana, Loke memaklumkan purata penumpang yang disasarkan pada tahun ini berjumlah 285,000 penumpang iaitu peningkatan sebanyak 18 peratus berbanding 241,000 penumpang pada 2023.
Menurut Loke, pihaknya bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan pada ketika ini dalam melaksanakan proses bukti konsep bagi pelaksanaan perluasan dua laluan khas bas iaitu di daerah Lembah Klang melibatkan Jalan Ampang dan Jalan Klang Lama ke Jalan Puchong termasuk di Jalan Burma, Pulau Pinang.
Selain itu, Prasarana turut menyasarkan untuk menaik taraf sebanyak 117 tapak perhentian bas, 11 laluan pejalan kaki dan 15 hab bas untuk tahun ini.
Dalam pada itu, Loke berkata Kementerian Pengangkutan menetapkan dasar baharu bagi pembelian bas Prasarana adalah ke arah bas elektrik bermula 2025 dalam usaha meningkatkan penggunaan kenderaan hijau, selaras dengan inisiatif Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
"Tahun depan kita akan cuba supaya pembelian bas baharu ke arah bas elektrik (EV). Cuma ada satu lagi pembelian baharu melibatkan 310 bas diesel dan saya telah nyatakan kepada Prasarana bahawa ini merupakan pembelian terakhir bas diesel. Selepas itu, perolehan bas adalah ke arah bas EV," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Loke bercakap pada sidang media selepas membentangkan Laporan Prestasi 2023 dan Pelan 2024 Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) hari ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Politik Lubnan: Kerajaan baharu Lubnan menang undi percaya di Parlimen
Kerajaan baharu Lubnan memenangi undi percaya di parlimen, pada Rabu.
Bangunkan Gaza: Trump kongsi video AI Gaza dibangunankan, cetus kecaman
Akaun media sosial rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memuat naik satu video yang dipercayai dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) berkenaan Gaza.
Isu Gaza: Pembangunan semula Gaza perlu kestabilan politik
Penasihat diplomatik kepada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash, menegaskan bahawa pelan pembinaan semula Gaza tidak boleh direalisasikan tanpa adanya laluan yang jelas ke arah penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin.

Tanaman arwah ibu cetus ilham Hashim Man lakar karya ilustrasi botani
Memori bersama ibu menyuntik semangat Hashim Man dalam menghasilkan karya bagi menjayakan pameran.

Kata Salah, dia bantu pemain di sekelilingnya menjadi lebih baik
Menurut Salah, apa yang sedang dinikmatinya hari ini merupakan sebahagian daripada proses kematangan.

Trump rombak pentadbiran, pegawai kanan kerajaan bakal jadi lantikan politik
Pentadbiran Trump kini mengambil langkah untuk mempolitikkan peringkat tertinggi dalam kerajaan, bidas kesatuan sekerja.

Trump sahkan Zelenskyy ke White House esok untuk tandatangani perjanjian “sangat besar” dengan AS
Amerika dijangka peroleh kembali wang mereka yang banyak melalui perjanjian dengan Ukraine, kata Trump.

Elon Musk orang pertama diminta Trump berucap di mesyuarat Kabinet
Presiden Trump menyedari ada anggota Kabinet beliau tidak sependapat dengan Elon Musk.

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

Salah guna laluan bas, pengguna mungkin dikenakan tindakan lebih ketat - Loke
Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan penguatkuasaan lebih ketat terhadap pengguna jalan raya yang menyalahgunakan laluan khas bas.

Tingkat kawalan, elak laluan khas bas 'diceroboh' pengguna jalan raya
Tiada perbezaan jika kerajaan membuat penambahan laluan khas bas, namun, tanpa pengawasan dan tindakan tegas.