SHAH ALAM: Hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan kepada mana-mana individu yang menggunakan air daripada pili bomba tanpa kebenaran.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, hukuman itu diperuntukkan di bawah Seksyen 58 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341] bagi kesalahan menyalahgunakan pili bomba menerusi Seksyen 26 akta yang sama.
"Di bawah Sesyen 26 Akta 341 dinyatakan bahawa mana-mana orang yang menutup, mengepung atau menyembunyikan mana-mana pili bomba hingga menjadikan tempatnya sukar dipastikan, atau mengganggu mana-mana pili bomba, atau menggunakan pili bomba selain tujuan menentang kebakaran adalah melakukan suatu kesalahan.
"Jadi kalau ikut undang-undang menerusi Akta Perkhidmatan Bomba 1988, orang yang melakukan kesalahan berkenaan boleh dijatuhkan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan pada Ahad dilaporkan tidak menerima sebarang permohonan daripada ahli Parlimen untuk mengambil air daripada pili bomba.
Pengarahnya, Zainal Madasain berkata, pihaknya turut menghubungi Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) bagi mendapat maklumat.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff terdahulu menjelaskan tindakannya yang menggunakan pili bomba adalah mendapat kebenaran Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) serta Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang.
Pada 20 April lalu, Siti Zailah dilaporkan menghantar bekalan air di kawasan yang terjejas dengan menggunakan air daripada pili bomba.
Siti Zailah berkata, pihaknya menyediakan lori tangki yang mana sumber airnya diambil daripada pili bomba sebelum dihantar ke kampung yang mengalami masalah bekalan air bersih bagi memenuhi keperluan bekalan air untuk penduduk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kawasannya.
Mengulas lanjut, Mohamed Haniff menjelaskan, tindakan mengambil air pili bomba tanpa kebenaran boleh mendatangkan kesan buruk jika berlaku kes kecemasan seperti kebakaran justeru kebenaran perlu diperoleh terlebih dahulu.
Bagaimanapun, beliau berkata, isu itu tidak wajar dipolitikkan dengan menuding jari kepada orang tertentu dan ia perlu dilihat dengan lebih bertanggungjawab supaya kes sama tidak berulang pada masa akan datang.
"Isu pokok dalam kes ini menunjukkan air tidak dibekalkan dengan sempurna di negeri itu jadi ia kena diselesaikan tak kisahlah kerajaan mana sekalipun yang memerintah. Kalau dah sampai ke tahap ahli Dewan Rakyat menggunakan pili bomba maksudnya bekalan air di kawasan itu memang teruk.
"Jadi pihak berkuasa dan pembekal bekalan air patut mengambil tanggungjawab dan peranan untuk membaik pulih sistem air di negeri itu kerana sudah berpuluh tahun tidak selesai," ujarnya.
Menurutnya, pada masa pemimpin perlu menjadi contoh kepada rakyat walaupun dalam keadaan kecemasan iaitu perlu bertanggungjawab untuk mematuhi apa-apa pun undang-undang sama ada yang biasa atau undang-undang terpencil seperti Akta Perkhidmatan Bomba (kerana kesalahan di bawah akta itu jarang dibawa ke mahkamah).
Katanya, disebabkan itu pemimpin perlukan penasihat atau pegawai yang arif dalam setiap bidang dan bukan melantik pegawai mengikut naluri politik sahaja serta tidak mempunyai kepakaran kerana mereka perlu memperhalusi setiap tindakan yang mahu dibuat terlebih dahulu agar tidak menimbulkan sebarang pertikaian. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 08 2023
![Salah guna pili bomba tanpa kebenaran Salah guna pili bomba tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611571983_PeguamMohamedHanif.jpg)
Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, hukuman itu diperuntukkan di bawah Seksyen 58 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 [Akta 341] bagi kesalahan menyalahgunakan pili bomba menerusi Seksyen 26 akta yang sama. - Foto fail/BERNAMA
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642351694_KelapaMentah.jpg)
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Tiada keperluan gugurkan kes Zahid - Haniff Khatri Tiada keperluan gugurkan kes Zahid - Haniff Khatri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695174892_keszahid.jpg)
Tiada keperluan gugurkan kes Zahid - Haniff Khatri
Ia boleh menimbulkan persepsi daripada konsep serta fahaman rakyat seolah-olah adanya campur tangan oleh mana-mana pihak.
![Salah guna pili bomba tanpa kebenaran Salah guna pili bomba tanpa kebenaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81611571983_PeguamMohamedHanif.jpg)
Salah guna pili bomba tanpa kebenaran
Hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan.
!['Keluarga Adib tiada niat penjarakan Peguam Negara' 'Keluarga Adib tiada niat penjarakan Peguam Negara'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71563957269_TBINKUESADIB.jpg)
'Keluarga Adib tiada niat penjarakan Peguam Negara'
Keluarga Muhammad Adib sebaliknya hanya mahu Peguam Negara itu tampil memohon maaf.
![Khairuddin, Chang kekal bebas setelah pendakwaan tarik balik rayuan Khairuddin, Chang kekal bebas setelah pendakwaan tarik balik rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444723200_KhairuddinHassan.jpg)
Khairuddin, Chang kekal bebas setelah pendakwaan tarik balik rayuan
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh, hari ini kekal bebas daripada tuduhan cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara, tiga tahun lalu.
![Tiga wakil NGO tarik balik tuntutan kerajaan dedah perjanjian TPPA Tiga wakil NGO tarik balik tuntutan kerajaan dedah perjanjian TPPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81447933360_tppa.jpg)
Tiga wakil NGO tarik balik tuntutan kerajaan dedah perjanjian TPPA
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili tiga wakil NGO memberitahu pemberita bahawa pihaknya menarik balik tuntutan itu kerana ia bersifat akademik.
![Khairuddin tarik balik permohonan Habeas Corpus Khairuddin tarik balik permohonan Habeas Corpus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444703832_KhairuddinAbuHassa.jpg)
Khairuddin tarik balik permohonan Habeas Corpus
Peguam Khairuddin, Haniff Khatri Abdulla memaklumkan keputusan itu dibuat kerana permohonan tersebut sudah tidak relevan dan hanya boleh dirujuk bagi tujuan akademik.