ALOR SETAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mengalami pendarahan otak, selamat menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pagi ini.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Mahfuz Omar berkata beliau telah dimaklumkan oleh pengawal pengiring Salahuddin bahawa Timbalan Presiden Amanah itu telah dikeluarkan dari dewan bedah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan seterusnya.
"Menteri telah selamat menjalani pembedahan pagi tadi. Beliau dimasukkan ke bilik pembedahan sekitar 3.30 pagi dari wad kecemasan.
"Saya tidak pasti berapa lama pembedahan berlangsung, tapi saya dimaklumkan pembedahan berjaya oleh pengawal pengiring beliau sekitar 8 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Mahfuz berkata Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan HSB, kira-kira 10 malam tadi selepas mengadu berasa tidak sihat ketika berada di hotel penginapannya di sini.
"Beliau sepatutnya menghadiri program ceramah dengan saya, tapi tidak hadir selepas berasa tidak sihat dan kemudian dikejarkan ke wad kecemasan. Program beliau juga agak padat semalam, mungkin beliau juga keletihan," katanya.
Terdahulu, Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal dalam kenyataan memaklumkan Menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan kira-kira 10.15 malam tadi dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah.
Ahli Parlimen Pulai itu kemudian disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
Semalam, Salahuddin menghadiri beberapa program di negeri ini antaranya Majlis Perasmian Persatuan Pengampit Minyak Masak Melayu Zon Utara dan Langkawi Borong Edar serta Majlis Perasmian Jelajah Jualan Rahmah Kedah dan Jelajah Townhall bersama Mahasiswa Universiti Utara Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023

Salahuddin dilapor telah dikeluarkan dari dewan bedah dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan seterusnya. -Gambar fail/Bernama
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.

Suhaizan kunci mulut isu pelantikan dalam KPDN
Suhaizan Kayat tidak mengesah atau menafikan akan mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Enam pasar raya tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada peniaga Menu Rahmah
KPDN merintis usaha memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah bagi membantu peniaga yang menyediakan menu tersebut.

Lantik segera Menteri KPDN - Muhyiddin
Kerajaan perlu segera melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan setiap permasalahan yang timbul berhubung isu keterjaminan Makanan dapat diselesaikan segera.

Dilantik sebagai menteri? Ini reaksi Adly Zahari...
Adly Zahari enggan ulas desas-desus beliau akan dinaikkan pangkat, sifatkan lantikan menteri hak prerogatif Perdana Menteri.

Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.

Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.

PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.

PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.