Pemergian penyanyi legenda tanah air, Saleem Iklim nyata memberi kesan kepada rakan-rakan artis.
Bagi Datuk Hattan, beliau menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat baik walaupun tidak banyak bercakap.
"Mereka yang tidak mengenali Allahyarham secara peribadi, mungkin menganggap dirinya agak kasar... namun realitinya dia tidak seperti yang kita sangka.
"Arwah ni, dia tak banyak cakap.. nampak saja serius bila atas pentas tetapi sebenarnya dia baik hati," katanya kepada Astro AWANI.
Sementara itu, bagi penyanyi Zamani Slam pula, bakat Saleem tidak akan ada pengganti.
"Pemergian Saleem merupakan satu kehilangan besar buat industri hiburan negara, dan bakat yang dia ada memang tiada pengganti," katanya ketika ditemui hari ini.
Zamani turut terkilan kerana hanya sempat berjumpa Allahyarham ketika beliau dalam keadaan koma.
BACA: 'Suci Dalam Debu' kenangan manis buat saya - Lim Guan Eng
Saleem yang popular bersama kumpulan Iklim menerusi lagu 'Suci Dalam Debu', 'Di Pintu Mahligai' dan 'Selamat Tinggal Penderitaan', dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) ekoran kemalangan jalan raya pada 21 Sept yang mengakibatkan tulang rusuknya patah.
Allahyarham mengehmbuskan nafas terakhir di PPUKM pada jam 6.15 pagi tadi.
Hilmi Malik
Sun Oct 14 2018

Menurut rakan-rakan artisnya, walaupun Saleem tidak banyak bercakap namun dia seorang yang sangat baik hati.
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

'Arwah adik sempat sedarkan saya' - Hattan
Datuk Hattan mendedahkan hatinya 'dijentik' arwah adik, Mohd Hatta Shahabudin tatkala berhasrat untuk berundur dari dunia seni.

“Belum pernah saya jumpa orang sebaik Jay Jay” - Hattan
Keluhuran peribadi Allahyarham Jay Jay wajar menjadi contoh.

Hattan simpati dengan Ning Baizura
Penyanyi Biso Bonar itu selar tindakan netizen kritik Ning secara keterlaluan.

Ibu Datuk Hattan meninggal dunia
Ibunya yang berusia 83 tahun itu meninggal dunia pada 3.30 petang Selasa.

'Saleem tiada pengganti'
Pemergian penyanyi legenda tanah air, Saleem dari kumpulan Iklim, nyata memberi kesan kepada rakan-rakan artisnya.

Anwar dan Azizah luangkan masa tonton konsert
Dalam kesibukan berkempen pada PRK Parlimen Port Dickson, calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sempat meluangkan masa menonton konsert.

Siti Nurhaliza, Rossa, Jamal Abdillah serikan konsert sempena keputeraan Sultan Pahang
Konsert selama dua jam itu diserikan dengan persembahan tujuh penyanyi tersohor negara dan Indonesia yang mendapat penganugerahan gelaran Datuk daripada Sultan Pahang.

Hattan percaya kritikan juri mampu bantu pelajar #AF2014
Komen yang diberikan secara menyeluruh berserta tip-tip yang sesuai mampu membantu para pelajar meningkatkan lagi mutu persembahan mereka.

Tiada penyingkiran di konsert pertama, Hattan pengetua #AF2014
Konsert pertama #AF2014 telah pun membuka tirainya secara rasmi malam Ahad dengan menyaksikan persembahan hebat 12 pelajar #AF2014.

15 Ramadan satukan kembali Hattan dan Arianie
Setelah lapan tahun berpisah, Datuk Hattan kembali ke pangkuan isteri pertamanya Arianie Mohd Abidin.