NIBONG TEBAL: Tiga wanita warga asing yang berselindung di sebalik premis salon rambut dengan menawarkan perkhidmatan seks di Jalan Nibong Tebal di sini diserbu oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang pada petang Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra'ais berkata, serbuan yang dilakukan jam 4.30 petang itu hasil risikan dan maklumat awam berkaitan aktiviti tidak bermoral yang dilakukan kumpulan wanita itu dengan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tetap.
Menurutnya, kegiatan persundalan itu beroperasi di premis yang telah diubah suai itu dibuka melalui pintu belakang bagi mengelakkan aktiviti mereka dihidu oleh pihak berkuasa.
"Pelanggan akan menghubungi penjaga melalui aplikasi ‘Whatsapp’ dan membuat tempahan bagi mendapatkan perkhidmatan sebelum datang ke premis itu.
"Ketika serbuan dibuat tiga wanita warga asing yang berumur antara 22 tahun hingga 25 tahun sedang leka melayan tiga pelanggan yang berumur antara 43 tahun hingga 48 tahun yang berada di dalam premis itu,"katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.
Rahimi berkata, dalam serbuan itu polis turut menahan seorang perempuan warga tempatan berusia 48 tahun yang merupakan pemilik premis tersebut.
Katanya, kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan untuk tindakan lanjut.
"Kesemua tangkapan disiasat dibawah Seksyen 372A Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan,"katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Salon rambut tawar khidmat seks diserbu
Sinar Harian
Mon Sep 06 2021

Antara yang ditahan dalam serbuan dilakukan pada petang Ahad. - Foto Sinar Harian

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Salon rambut tawar khidmat seks diserbu
Serbuan itu hasil risikan dan maklumat awam berkaitan aktiviti tidak bermoral yang dilakukan kumpulan wanita itu dengan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tetap.

40 peserta HRDF berjaya tamat kursus salon
40 pelatih tamat kursus pendandan rambut profesional yang dianjurkan A Cut Above Academy bersama Ekuiti Bumiraya Sdn Bhd.

Salun 80 tahun di Pulau Pinang sedia beroperasi semula hari ini
Sebuah salun berusia 80 tahun di Jelutong dekat sini, bersedia beroperasi semula.

MKN, KKM teliti cadangan garis panduan operasi kedai gunting rambut
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata garis panduan yang ditetapkan hanya akan dimaklumkan selepas dimuktamadkan.

Gunting rambut percuma, penghargaan buat petugas barisan hadapan
Di Thailand, seorang pendandan rambut memberi semangat kepada petugas kesihatan di Bangkok dengan memberi potongan rambut secara percuma di hospital.