KUALA LUMPUR: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) disaran mengkaji semula beberapa peraturan ditetapkan terhadap pihak media yang membuat liputan saingan Liga Super dan Liga Premier musim 2021 yang bakal membuka tirai pada 5 Mac.
Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Datuk Jasnie Shafie menganggap peraturan ditetapkan badan pengelola Liga Malaysia (Liga-M) itu mewajibkan media terutama jurugambar atau jurukamera untuk membuat ujian Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen pada setiap perlawanan sebagai kurang tepat dan agak membebankan.
Jelas beliau, peraturan itu akan menambahkan kos operasi pihak petugas media ketika dalam tempoh pandemik COVID-19 ketika ini, dengan setiap ujian dijalankan akan menelan anggaran kos RM100 hingga RM150 bagi seseorang petugas.
"Bayangkan kos perbelanjaan yang harus ditanggung pihak media pada setiap perlawanan dan jika sepanjang musim. Bukan sekadar kos dari segi wang ringgit malah kekangan masa untuk melaksanakan proses ini juga haruskan dititikberatkan.
"SAM sedar MFL selaku pengendali liga bola sepak tempatan sekadar melaksana peraturan berdasarkan garis panduan oleh KKM (Kementerian Kesihatan) dan MKN (Majlis Keselematan Negara), tetapi pihak berwajib itu harus juga mengambil kira impak kewangan petugas media," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Pada masa sama, Jasnie berkata larangan wartawan untuk menemubual jurulatih atau pemain ketika latihan juga kelihatan suatu tindakan yang 'mengarut' tatkala ia boleh diadakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.
Justeru, beliau berkata SAM akan meminta bantuan daripada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, untuk memanjangkan perkara itu kepada MKN dan KKM bagi mencari penyelesaian terbaik.
"Media sentiasa bersama untuk mengaktifkan semula aktiviti sukan melalui Gelembung Sukan yang dilaksanakan, tetapi kebebasan dan kemudahan kepada media juga harus dititikberatkan," katanya.
Saingan Liga-M 2021 akan membuka tirai pada 5 Mac dengan perlawanan Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara penyandang Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 27 2021

MFL disaran mengkaji semula beberapa peraturan ditetapkan terhadap pihak media yang membuat liputan saingan Liga Super dan Liga Premier musim 2021. - Foto fail
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

SAM mahu ikut modul YAKEB bantu ahli, bekas wartawan sukan
SAM sedia memperkasakan agendanya termasuk menyantuni ahli dan bekas wartawan sukan di seluruh negara dengan lebih aktif.

Suara Anak Madani platform bincangkan suara rakyat
Program bual bicara Suara Anak Madani ini akan membincangkan isu-isu semasa bersama tetamu-tetamu jemputan yang berlatarbelakangkan dunia politik dan pentadbiran kerajaan.

SAM terima suntikan geran RM100,000 daripada KBS
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) hari ini menerima suntikan geran sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Mike Mahen, Liek Hou dinobat Atlet Terbaik Anugerah 100PLUS Perpaduan SAM 2022
Mike dan Liek Hou masing-masing menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Norza dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2022
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan.

Hakim Danish, MAKAF diiktiraf pada Anugerah SAM-100PLUS 2022
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysiamemilih pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai penerima anugerah Atlet Muda Terbaik pada majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022.

SAM gesa kerajaan Pulau Pinang dedah 71 syarat JAS
JAS pusat juga diminta untuk menjelaskan alasan dan sebab mengapa Laporan EIA projek tambakan laut tersebut telah diluluskan.

Tanah runtuh Batang Kali: Tubuh suruhanjaya untuk siasatan menyeluruh - SAM
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak berkuasa menubuhkan suruhanjaya siasatan bagi menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father'

Banjir Baling: Kedah perlu adakan suruhanjaya siasatan - SAM
Kerajaan negeri Kelantan perlu mengadakan Suruhanjaya Siasatan Awam bagi mengenal pasti punca tragedi banjir di Baling dan Gunung Jerai baru-baru ini, menurut Sahabat Alam Malaysia (SAM).

Projek lombong nadir bumi lantanid jejas habitat semula jadi haiwan, alam sekitar - SAM
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri mengkaji semula pelaksanaan projek melombong nadir bumi lantanid di Hulu Perak.