PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini dapat menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi supaya beliau membayar ganti rugi RM2 juta dalam saman fitnah yang difailkan terhadapnya oleh MonSpace (M) Sdn Bhd dan pengasasnya Datuk Seri Jessy Lai Cha Suang.
Peguam Datuk S.N Nair, yang mewakili Lim memaklumkan kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan bahawa perayu (Lim) dan responden-responden telah mencapai persetujuan agar penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 16 Mac digantung sementara menunggu penyelesaian rayuan Lim di Mahkamah Rayuan.
"Pihak-pihak terlibat juga bersetuju bahawa perayu harus mendepositkan jumlah penghakiman RM2 juta ke dalam akaun klien di atas nama peguam cara responden-responden iaitu Tetuan A.J. Ariffin, Yeo & Harpal sebagai pemegang taruh sehingga pelupusan rayuan dan jumlah itu akan diletakkan di dalam satu akaun simpanan tetap,” kata Nair.
Peguam Datuk Harpal Singh Grewal, yang mewakili MonSpace dan Lai mengesahkan perkara itu.
Perintah persetujuan itu direkodkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Wong Kian Kheong.
Pada 16 Mac lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Lim membayar RM2 juta kepada syarikat e-dagang itu dan Lai selepas membenarkan saman fitnah mereka. Lim kemudiannya memfailkan rayuan pada hari yang sama.
Pada 22 Mei lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan Lim untuk penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi yang menyebabkannya memfailkan permohonan penangguhan baharu itu di Mahkamah Rayuan.
Lai dan MonSpace memfailkan saman terhadap Lim pada Jun 2019, kerana mendakwa Lim mengeluarkan kenyataan fitnah yang diterbitkan dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina bahawa mereka menjalankan perniagaan haram dan menipu pelabur China.
Lai berkata Lim membuat kenyataan itu pada Mei 2017 dan November 2018 apabila beliau membawa sekumpulan individu, yang dikatakan pelabur MonSpace, ke pejabat Lai dan kemudiannya membuat laporan polis terhadapnya.
Beliau mendakwa kenyataan itu memberi tekanan kepada pihak berkuasa, termasuk polis, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna untuk mengambil tindakan terhadapnya.
Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir berkata mahkamah mendapati MonSpace dan Lai berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap Lim kerana memfitnah dan kenyataan Lim juga jelas telah mencemarkan imej dan reputasi mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Pada 16 Mac lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Lim membayar RM2 juta kepada syarikat e-dagang itu dan Lai selepas membenarkan saman fitnah mereka. - Gambar fail
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saman fitnah: Ahli Parlimen Kepong dapat tangguh bayar ganti rugi RM2 juta
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng hari ini dapat menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi supaya beliau membayar ganti rugi RM2 juta dalam saman fitnah.

Ahli Parlimen Kepong fail permohonan tangguh bayar ganti rugi RM2 juta
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan keputusan mahkamah supaya beliau membayar ganti rugi RM2 juta dalam saman fitnah.

Dakwa Annuar Musa langgar SOP: Mohon maaf atau saya buat laporan polis - MP Kepong
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa digesa untuk memohon maaf dan menerima hukuman atas tindakannya yang didakwa melanggar peraturan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP.

Pembinaan unit rumah ganti akan bermula minggu ini - Ahli Parlimen Kepong
Terdapat salah faham yang membuat pembinaan rumah yang dijanjikan sepatutnya bermula April, hanya boleh bermula minggu ini.

Kursus bahasa untuk ahli Parlimen tak dapat kredit BM - Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata kursus itu tidak semestinya dijalankan secara berterusan.

Individu tawar RM10,000 untuk sesiapa berjaya jejak Jamal
Misteri kehilangan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendapat perhatian netizen yang ingin membantu menjejak beliau.