KES saman fitnah Datuk Kenny Goh terhadap bekas pemain badminton nombor satu dunia, selesai selepas Muhammad Roslin Hashim memohon maaf kepada Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.
Ketika prosiding di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain, Muhammad Roslin, 48, berkata, dia dengan ikhlas hati memohon maaf secara terbuka dan tanpa syarat kepada Kenny, 57.
Menurutnya, ia berhubung kenyataan fitnah yang dibuat ketika siaran langsung menerusi akaun Facebooknya ‘Abe Lin’ pada 19 Januari tahun lalu.
Ketika membaca kenyataan maaf berkenaan, bekas pemain badminton negara itu mengaku kesal atas kenyataan yang ditimbulkan selain menyebabkan kesulitan kepada Kenny atau nama sebenarnya Goh Chee Keong.
Menurutnya, kenyataan itu telah mencalar reputasi dan nama baik Kenny, terutama kepada peminat sukan badminton tanah air.
“Saya juga sedar bahawa saya telah mengaibkan Datuk Kenny melalui kata-kata kesat yang tidak berasas dan tidak patut dinyatakan sama sekali.
“Saya beraku janji, tidak akan mengulangi kenyataan fitnah dan menyinggung tersebut, atau kata-kata kesat yang seumpama dengannya terhadap Kenny, pada masa hadapan,” katanya.
Bekas pemain perseorangan lelaki negara berharap, permohonan maaf itu dapat membersihkan nama baik Kenny serta dapat memulihkan hubungan profesional termasuk hubungan peribadi mereka.
Semasa prosiding, peguam, Datuk Seri Jahabardeen Mohamed Yunoos yang mewakili Kenny berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes ini secara baik di luar mahkamah dengan terma-terma penyelesaian yang ditetapkan.
Menurutnya, antara terma penyelesaian itu ialah Muhammad Roslin selaku (defendan) membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Selain itu, kenyataan berkenaan perlu disiarkan di empat media arus perdana,” katanya.
Sementara itu, peguam, Haijan Omar yang mewakili jurulatih badminton ini mengesahkan perkara tersebut.
Roz Mawar kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan kes itu dan melapangkan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan pada 7, 11 dan 12 September ini.
“Saya juga mendoakan kejayaan kamu, semoga hubungan peribadi dan profesional kamu berdua dapat dipulihkan semua, selamat maju jaya,” kata hakim itu.
Sementara itu, Muhammad Roslin ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia lega kerana isu ini telah berakhir dan ia akan menjadikan pengajaran buatnya.
Menerusi pernyataan tuntutan, Kenny mendakwa Roslin mengungkapkan kenyataaan fitnah dan menyinggungnya dalam Facebook yang ditonton ratusan pengikutnya yang turut terdiri daripada pemberita dari pelbagai agensi berita.
Kenny selaku plaintif berkata, sebahagian kenyataan fitnah terhadapnya itu, telah dilaporkan, diterbitkan semula dan diedarkan kepada pengamal media media.
Beliau berkata, Roslin selaku defendan mengetahui kenyataan itu diterbitkan semula dan diedarkan serta merancang supaya (ia berlaku) tetapi dengan secara sedar tidak mengambi langkah untuk menahannya.
Seterusnya, Kenny berkata, kenyataan fitnah terbabit dalam maksud semula jadi atau secara inferen bermaksud beliau menyalahgunakan kedudukan sebagai Setiausaha Kehormat dan Pengerusi Jawatankuasa Jurulatih dan Latihan BAM dan perosak persatuan itu.
Beliau berkata, ia juga bermaksud beliau mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap segala transaksi yang berlaku di dalam BAM dan sewenang-wenangnya membuat keputusan mengikut citarasanya sendiri.
Disebabkan penerbitan kenyataan itu, beliau telah mengalami kerosakan reputasi dan nama baik selain terpaksa berdepan kebencian serta penghinaan daripada orang awam khususnya peminat badminton tempatan serta antarabangsa.
Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am berjumlah RM1 juta termasuk ganti rugi pampasan, ganti rugi teladan dan ganti rugi tambahan serta perintah injunksi menghalang defendan daripada menerbitkan kenyataan serupa. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Sep 06 2023

Roslin (tengah) bersalaman dengan Kenny (kiri) di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kenyataan fitnah, Januari tahun lalu. -Foto Sinar Harian

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM akui gagal capai sasaran di Olimpik Paris 2024
BAM akui pemain-pemain di bawah naungannya yang beraksi di Olimpik Paris 2024 tidak mencapai sasaran ditetapkan selepas gagal membawa pulang pingat emas.

BAM sasar skuad negara ke separuh akhir BATC 2024
BAM meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir untuk skuad negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

BWF perlu kaji semula model penganjuran Piala Thomas dan Uber - Kenny
Kenny berkata perbincangan dalaman perlu mengenai hak penganjuran untuk kejohanan berpasukan dunia lelaki dan wanita.

Saman Kenny terhadap Roslin Hashim selesai
Muhammad Roslin mengaku kesal atas kenyataan yang ditimbulkan selain menyebabkan kesulitan kepada Kenny.

BAM yakin Misbun mampu perbaiki prestasi skuad remaja
Misbun perlu bentang rancangan terperinci secepat mungkin bagi mengukuhkan bahagian kejurulatihan dan program latihan pemain remaja.

Final Jelajah Dunia BWF: Malaysia tidak tolak batal penyertaan
Ia bergantung kepada mesyuarat badan induk negara itu dengan pihak berwajib, bagi mengumpul semua maklumat diperlukan.

Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.

Kenny dipilih ahli majlis BWF, cadangan tukar sistem pemarkahan gagal
Kenny mendapat 218 undi dan antara 20 yang dipilih sebagai ahli majlis.

Terbuka Malaysia 2021 diteruskan selagi ada penyertaan
Kejohanan berstatus Super 750 yang juga platform kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masih diteruskan walaupun ada negara yang menarik diri.