Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa saman fitnah Datuk Seri Mukhriz Mahathir terhadap Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, semata-mata bertujuan politik.
Peguam Tengku Sharifuddin, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata kenyataan akhbar yang dikeluarkan anak guamnya tidak merujuk kepada Mukhriz dan sesiapa yang membacanya tidak mungkin membuat kesimpulan bahawa kenyataan itu memfitnah plaintif (Mukhriz).
Hujah beliau dakwaan plaintif tidak menyatakan sebarang sebab munasabah untuk bertindak dan bersifat skandal, remeh dan menyusahkan dan tindakannya tidak berasas dan oleh itu tidak mempunyai prospek kejayaan.
"Tindakan plaintif adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah dan hanya bertujuan politik," katanya sambil menambah oleh yang demikian saman itu sepatutnya dibatalkan.
Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz membalas bahawa kenyataan akhbar yang diterbitkan dan disiarkan defendan itu sebenarnya, mendedahkan plaintif kepada kebencian, cemuhan atau perbuatan menghina dalam fikiran anggota masyarakat yang berfikiran waras.
"Lebih penting lagi, kenyataan-kenyataan itu telah menjejaskan reputasinya sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Kedah, bekas menteri besar Kedah, ahli politik dan juga sebagai seorang pemimpin di kalangan rakyat khususnya penduduk negeri Kedah," katanya.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar menetapkan 6 Jan tahun depan bagi memutuskan permohonan Tengku Sharifuddin untuk membatalkan saman Mukhriz.
Mukhriz, 51, memfailkan saman terhadap Tengku Sharifuddin, 54, pada 3 Mei lepas dengan mendakwa defendan mengeluarkan empat kenyataan fitnah pada 15, 20, 23 dan 26 April lepas.
Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan itu di bawah tajuk, 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Donation Confirmation by Saudi Arabian Foreign Minister', 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Former DPM's Reuters Interview', 'Mukhriz Mahathir Statement: Response by Prime Minister's Press Secretary', dan 'Prime Minister's Press Secretary Statement on Tun Mahathir Mohamad and Mukhriz Mahathir'.
Plaintif mendakwa kenyataan-kenyataan itu membayangkan bahawa Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkonspirasi dalam kempen berniat jahat untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokratik dan beliau terlibat secara langsung dalam plot di antara Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Dalam pernyataan pembelaannya, Tengku Sharifuddin menafikan bahawa keempat-empat kenyataan itu telah memperkecilkan Mukhriz dan menegaskan bahawa kenyataan itu untuk memberi penjelasan dan menangkis tuduhan palsu terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Defendan berkata beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat dalam mengeluarkan kenyataan media yang diterbitkan untuk tujuan memberi maklumat dan demi kepentingan rakyat Malaysia.
Katanya beliau mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mempertahankan perdana menteri dan menangani tuduhan palsu supaya rakyat mendapat gambaran dan fakta yang tepat, yang sengaja diputarbelitkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab atas kepentingan politik. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 01 2016
Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz (gambar) membalas bahawa kenyataan akhbar yang diterbitkan dan disiarkan Tengku Sharifuddin itu sebenarnya, mendedahkan plaintif kepada kebencian. - Gambar fail
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
KLBA harap dapat lampu hijau DBKL guna venue baharu
Persatuan Badminton Kuala Lumpur berharap untuk memperoleh lampu hijau bagi menggunakan Arena Badminton DBKL Cheras yang baru dibina, menjelang awal tahun depan.
Peruntukan undang-undang ketika ini boleh timbulkan konflik kepada Peguam Negara - Dr Jahaberdeen
Jahaberdeen berkata, ada beberapa cara untuk meningkatkan martabat AG, seperti yang diamalkan di beberapa negara maju seperti UK dan AS.
Permasalahan hari ini harus diperbetulkan dari akarnya - Jahaberdeen
Hari ini kita sedang sibuk 'memadamkan api', sedangkan punca dan akarnya tidak dikenal pasti dan diperbaiki.
Perikatan Nasional boleh 'pinjam' manifesto dari mana-mana parti - Jahaberdeen
Kerajaan Perikatan Nasional berada dalam posisi terbaik untuk mengguna pakai mana-mana manifesto dari mana-mana parti selagi ia membawa manfaat untuk rakyat.
Agenda AWANI Plus: 'Rakaman ini bukan gosip siapa tidur dengan siapa?' - Syahredzan
Medan debat dalam Agenda AWANI Plus menjadi hangat bukan sebab apa, topik pilihan sememangnya menjadi topik bersembang dalam kalangan masyarakat selama beberapa hari.
Nazifuddin setiausaha agung MOM yang baru
Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib yang meraih 49 undi, telah mengetepikan penyandang jawatan itu, Datuk Low Beng Choo, dengan hanya perbezaan satu undi.
Norza menang tanpa bertanding jawatan presiden MOM
Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria sah menggantikan Tunku Tan Sri Imran Tuanku Ja'afar sebagai Presiden MOM.
Saman Mukhriz terhadap Tengku Sharifuddin semata-mata bertujuan politik, kata peguam
Menurut peguamnya, kenyataan Tengku Sharifuddin tidak merujuk kepada Mukhriz dan sesiapa yang membacanya tidak mungkin membuat kesimpulan bahawa kenyataan itu memfitnah plaintif.