PUTRAJAYA:Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan tarikh 26 November untuk mendengar rayuan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain terhadap keputusan Mahkamah tinggi yang membenarkan permohonan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah untuk kes saman fitnah yang dikemukakan baginda diputuskan melalui isu undang-undang.
Peguam Rewcastle Brown, Americk Sidhu dan peguam Sultanah Nur Zahirah, Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.
Americk berkata anak guamnya mahu kes saman fitnah itu diputuskan melalui perbicaraan penuh.
Rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron menerusi prosiding dalam talian, e-Review.
Pada 13 Disember tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Sultanah Nur Zahirah mengikut Aturan 14A Perintah Mahkamah 2012, iaitu supaya kes saman itu diputuskan melalui isu undang-undang.
Berikutan keputusan mahkamah itu, Sultanah Nur Zahirah dikecualikan daripada memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan terhadap Rewcastle Brown atau Clare Louis Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press Sdn Bhd pada November 2018.
Dalam pernyataan tuntutan, Sultanah Nur Zahirah mendakwa Rewcastle Brown, membuat pernyataan yang memalukan terhadap baginda dalam buku The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose.
Sultanah mendakwa kenyataan itu memberi gambaran bahawa baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri pentadbiran Terengganu selain menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Baginda mendakwa kenyataan itu juga memberi gambaran yang baginda telah menolong ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho untuk menjadi penasihat TIA.
Sultanah Nur Zahirah mendakwa baginda tidak pernah mencampuri pentadbiran negeri dan penubuhan TIA, oleh itu kenyataan tersebut telah memfitnah dan merosakkan reputasi baginda.
Baginda menuntut ganti rugi am RM100 juta daripada setiap defendan dan memohon perintah terhadap defendan kedua (penerbit) menarik balik buku itu yang mengandungi kenyataan fitnah dan terhadap defendan ketiga supaya berhenti mencetak buku itu seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020
![Saman Sarawak Report: Rayuan Rewcastle Brown didengar 26 Nov Saman Sarawak Report: Rayuan Rewcastle Brown didengar 26 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604399448_ClareRewcastleBrow.jpg)
Dalam pernyataan tuntutan, Rewcastle Brown didakwa membuat pernyataan yang memalukan terhadap Sultanah Nur Zahirah dalam buku The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose. -Gambar fail/ Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Jabatan Perhutanan Sabah nafi laporan mengenai aktiviti pembalakan haram Jabatan Perhutanan Sabah nafi laporan mengenai aktiviti pembalakan haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715419072_JabatanPerhutananS.jpg)
Jabatan Perhutanan Sabah nafi laporan mengenai aktiviti pembalakan haram
Jabatan Perhutanan Sabah menafikan dakwaan berlaku aktiviti pembalakan haram di negeri ini seperti dilaporkan dalam dua artikel baru-baru ini.
![Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan Rewcastle-Brown fitnah Sultanah Nur Zahirah Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan Rewcastle-Brown fitnah Sultanah Nur Zahirah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725953955_TBCLAIREFITNAH.jpg)
Mahkamah Persekutuan kekalkan keputusan Rewcastle-Brown fitnah Sultanah Nur Zahirah
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak yang lain bertanggungjawab kerana memfitnah Sultanah Terengganu.
![Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717487560_TBRewcastleBrown.jpg)
Mahkamah Persekutuan tetapkan 10 Sept dengar permohonan editor Sarawak Report
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 Sept ini untuk mendengar permohonan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan dua yang lain untuk kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati me
![Pendakwaan mohon mahkamah batal rayuan Rewcastle-Brown Pendakwaan mohon mahkamah batal rayuan Rewcastle-Brown](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716285415_ClareRewcastleBrow.jpg)
Pendakwaan mohon mahkamah batal rayuan Rewcastle-Brown
Ia susulan tindakan perayu yang tidak pernah hadir pada mana-mana prosiding mahkamah sepanjang kes itu berlangsung iaitu sejak pendakwaan, sabitan mahupun rayuan.
![Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715076668_TBRewcastleBrown.jpg)
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
![Sebutan rayuan Rewcastle-Brown terhadap hukuman penjara ditetapkan 7 Mei Sebutan rayuan Rewcastle-Brown terhadap hukuman penjara ditetapkan 7 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710227618_TBClareRewcastleBr.jpg)
Sebutan rayuan Rewcastle-Brown terhadap hukuman penjara ditetapkan 7 Mei
Pihaknya akan mengemukakan permohonan supaya prosiding rayuan itu dijalankan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh).
![Editor Sarawak Report, 2 lagi diperintah bayar RM300,000 fitnah Sultanah Terengganu Editor Sarawak Report, 2 lagi diperintah bayar RM300,000 fitnah Sultanah Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702353220_sultanahterengganu.jpg)
Editor Sarawak Report, 2 lagi diperintah bayar RM300,000 fitnah Sultanah Terengganu
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain membayar ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
![1MDB: Peguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown batal tuduhan fitnah Sultanah Terengganu 1MDB: Peguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown batal tuduhan fitnah Sultanah Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680514337_sultanahterengganu.jpg)
1MDB: Peguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown batal tuduhan fitnah Sultanah Terengganu
Jabatan Peguam Negara menolak representasi tersebut menerusi surat yang diserahkan kepada Tetuan Guok Partnership yang mewakili wanita itu melalui e-mel hari ini.
![Saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap editor Sarawak Report diteruskan Saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap editor Sarawak Report diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51648469749_sultanahnurzahirah.jpg)
Saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap editor Sarawak Report diteruskan
Ia keputusan pesuruhjaya kehakiman John Lee pada Isnin yang menolak permohonan Rewcastle Brown untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu pelupusan prosiding jenayahnya.
![Anwar sifatkan poster cari Rewcastle Brown berbaur politik Anwar sifatkan poster cari Rewcastle Brown berbaur politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/81436957643_CLAREREWCASTLE.jpg)
Anwar sifatkan poster cari Rewcastle Brown berbaur politik
Tindakan polis menyebarkan poster individu dikehendaki melibatkan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, disifatkan berbaur politik.