MELAKA: Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) memerlukan kira-kira RM700 juta bagi melaksanakan penggantian paip usang sepanjang kira-kira 1,170 kilometer di negeri itu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Abd Rashid Ab Rahman.
Beliau berkata paip usang berkenaan merupakan jenis paip simen asbestos yang telah berusia 40 tahun berbanding jangka hayat sebenar paip berkenaan sekitar 25 tahun sahaja.
"Baru-baru ini Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ada mengumumkan untuk membantu semua negeri bagi mengatasi aset air yang telah usang di seluruh negara.
"Dengan adanya bantuan termasuk peruntukan untuk membantu kerajaan negeri, kita berharap dapat menggantikan paip usang yang terdapat di Melaka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Unit SAMB Intelligent Command Centre (SICC) yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di sini hari ini.
Beliau berkata penggantian paip usang berkenaan penting bagi mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) di Melaka yang kini meningkat kepada 34.8 peratus berbanding 18.5 peratus pada 2017, dan ia bukan sahaja merugikan SAMB serta negeri malah boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan air yang disalurkan kepada pengguna.
Sementara itu Abd Rashid berkata Unit SAMB SICC yang dibangunkan sejak tahun lepas dengan peruntukan berjumlah RM3.2 juta telah mula beroperasi di Bangunan SAMB di Jalan Hang Tuah di sini.
Beliau berkata SICC merupakan pusat utama memantau pengumpulan dan menganalisis pelbagai data operasi, bermula daripada air mentah, agihan bekalan air terawat bagi seluruh Melaka, selain aduan pengguna di negeri itu.
"Semua maklumat berkenaan akan dipaparkan menerusi sistem 'dashboard' secara 24 jam dan pemantauan akan dilakukan bagi membolehkan SAMB melaksanakan tindakan penyelesaian segera, perancangan jangka masa pendek, sederhana dan panjang bagi menyelesaikan pelbagai masalah operasi bekalan air.
"SAMB mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi menyelesaikan setiap aduan pengguna khususnya melibatkan paip bocor dalam tempoh 24 jam," katanya.
Katanya pembangunan Unit SICC itu juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan air yang lebih pintar, dinamik dan berinovasi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023

Abd Rashid berkata Unit SAMB SICC yang dibangunkan sejak tahun lepas dengan peruntukan berjumlah RM3.2 juta telah mula beroperasi di Bangunan SAMB di Jalan Hang Tuah. - Gambar Bernama
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.