KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disambung ke Rantau Panjang dalam memacu pertumbuhan ekonomi antara sempadan.
Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2024 pada Isnin.
Baginda bertitah, langkah itu juga mampu mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Thailand.
"Beta juga menyeru supaya projek jaringan jalan raya utama di Kelantan seperti Central Spine Road dan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
"Beta juga berharap agar pelaksanaan projek-projek tertangguh yang lain seperti jambatan Pengkalan Kubor-Tak Bai, Jambatan Palekbang dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Tiga (LPT 3) dapat disegerakan bagi memastikan rakyat beroleh manfaatnya," titah baginda.
Titah baginda lagi, suatu penyelesaian yang komprehensif hendaklah dibuat dengan kadar segera bagi menyelesaikan masalah bencana banjir.
"Beta amat bersimpati dengan rakyat yang telah ditimpa dengan bencana banjir baru-baru ini.
"Beta dimaklumkan kemajuan projek pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan dan Sungai Golok Fasa 1 berada pada tahap 92 peratus.
"Beta ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas kelulusan peruntukan bagi meneruskan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 2 dan Sungai Golok Fasa 3," titah baginda.
Baginda bertitah, diharapkan projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
"Beta gembira melihat status pencapaian semasa projek menaik taraf dan pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra mengikut jadual," titah baginda.
Sultan Muhammad V turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan atas kelulusan projek pembangunan fizikal dan bukan fizikal di dalam Rolling Plan Keempat Rancangan Malaysia Ke-12. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 04 2024
![Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709528589_TBSultanKelantan.jpg)
Sultan Muhammad V. - Foto Sinar Harian
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.
![Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739951176_TBMohdAzizi.jpg)
Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews
![Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739951362_ZaynRayyan.jpg)
Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.
![Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739951298_noorazambinmohdy.jpg)
Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews
![PM Anwar terima Darjah Kebesaran Kelantan PM Anwar terima Darjah Kebesaran Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51727776782_tbAnwarIbrahimDar.jpg)
PM Anwar terima Darjah Kebesaran Kelantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) di Istana Negeri pada Selasa.
![Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727597712_SultanMuhammad.jpg)
Rakyat Kelantan perlu berwaspada, siap sedia hadapi musim tengkujuh - Sultan
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V bertitah agar rakyat sentiasa berwaspada dan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang bakal melanda.
![PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727589969_SultanMuhammad.jpg)
PM Anwar dahului senarai 763 penerima Darjah Kebesaran Negeri Kelantan
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.
![Anwar merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V Anwar merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727582202_sultanmuhammadv.jpg)
Anwar merafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda ke-55 hari ini.
![Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Kelantan Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727577669_TBsultankelantan.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Kelantan
Kelantan meraikan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kelantan pada setiap 29 September sebagai cuti umum.
![Sultan Kelantan ziarah makam Raja Perempuan Zainab II dan Tengku Azizah Sultan Kelantan ziarah makam Raja Perempuan Zainab II dan Tengku Azizah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718572182_SultanMuhammadV.jpg)
Sultan Kelantan ziarah makam Raja Perempuan Zainab II dan Tengku Azizah
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan berangkat menziarahi makam kedua-dua nenda baginda di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.
![Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709528589_TBSultanKelantan.jpg)
Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan
Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Kelantan.
![Tular warta Sultan Kelantan tarik darjah kebesaran Mohammad Agus Tular warta Sultan Kelantan tarik darjah kebesaran Mohammad Agus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705574547_SultanKelantantar.jpg)
Tular warta Sultan Kelantan tarik darjah kebesaran Mohammad Agus
Penarikan balik pingat Mohammad Agus itu berkuat kuasa 2 Disember lalu sebagaimana warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi Khamis.
![Mohd Amar dilantik Speaker DUN Kelantan Mohd Amar dilantik Speaker DUN Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51693879509_MohdAmar.jpg)
Mohd Amar dilantik Speaker DUN Kelantan
ADUN Kok Lanas, Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi dilantik sebagai Timbalan Speaker.
![Panglima perang bakal MB Kelantan? Panglima perang bakal MB Kelantan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692003646_DatukNassuruddinDa.jpg)
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.