LANGKAWI:Seramai 17 individu dikompaun di sebuah rumah di kawasan Makam Mahsuri di sini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan sambutan hari lahir.
Dalam kejadian sekitar 1 pagi pada Ahad, kesemua mereka yang berusia di antara 20 dan 32 tahun itu ditahan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi yang menjalankan pemantauan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKP di kawasan sekitar.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata pihaknya mengesan sekumpulan indvidu sedang berkumpul beramai-ramai di dalam sebuah rumah.
"Hasil pemerikasaan pihak polis mendapati terdapat 17 individu terdiri daripada 13 lelaki dan empat wanita difahamkan sedang menganjurkan sambutan hari lahir.
"Bagaimanapun, hasil saringan ujian air kencing secara rambang terhadap beberapa individu didapati negatif.
"Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Kuah bagi proses dokumentasi dan pengeluaran kompaun sebanyak RM1,000 setiap seorang," katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam tadi.
Shariman berkata pihaknya akan meningkatkan pemantauan pematuhan SOP terutama di kawasan tumpuan ramai secara menyeluruh dan berterusan di Pulau Langkawi.
Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Polis Langkawi pada Rabu lalu telah mengeluarkan kompaun terhadap 19 individu termasuk pasangan pengantin selepas didapati melanggar arahan semasa PKP dikuatkuasakan.
Kesemua mereka yang sedang leka bergambar kenangan di kawasan Taman Nilam ditahan anggota polis yang secara kebetulan mengadakan pemantauan SOP di kawasan berkenaan.
Abd Hadi Che Awang
Sun Feb 07 2021

Kesemua mereka yang berusia antara 20 hingga 32 tahun ditahan anggota polis IPD Langkawi. - Gambar PDRM

Letupan gegar Konsulat Rusia di Perancis
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, yang berlaku pada ulang tahun ketiga pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
15 mangsa penipuan pekerjaan dari Myanmar selamat tiba di Malaysia
Lima belas rakyat Malaysia termasuk tiga wanita yang menjadi mangsa sindiket job scam atau penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar selamat tiba di tanah air, pada Ísnin.

RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka lebih banyak ruang penyertaan wakil rakyat dalam pelbagai prosiding institusi perundangan berkenaan.

Jakim sedia bekerjasama dengan pempengaruh untuk memperkasa penyampaian maklumat sahih
Pastikan pempengaruh dan penyedia kandungan media sosial lebih berhati-hati ketika menerbitkan atau mengulas sebarang isu.
Malakoff rai 50 tahun, pacu transformasi tenaga negara
Malakoff Corporation Berhad meraikan ulang tahun ke-50 sebagai peneraju industri tenaga negara dengan menegaskan kepentingan inovasi kejuruteraan, peralihan ke tenaga boleh diperbaharui, serta komitmen terhadap keselamatan bekalan tenaga negara.
Israel rasuah: Netanyahu sambung beri keterangan
Netanyahu, 75, adalah perdana menteri pertama Israel yang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan jenayah.
[TERKINI] Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.

PM Thailand arah tindakan keras di seluruh negara terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik (e-rokok).

Warga emas rugi RM4 juta diperdaya skim pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang pesara sebuah syarikat swasta mengalami kerugian RM4 juta selepas diperdaya sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian menerusi laman sosial Facebook.
Israel hantar kereta kebal ke Tebing Barat
Langkah itu diambil selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengarahkan penyerahan tahanan Palestin, yang merupakan sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza, dihentikan.

Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.

Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.

4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.

Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.

Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.

Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.

Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.

MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.

Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.

"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).