KUCHING: Perasmian majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri Sarawak pada 10 pagi, 16 Ogos ini akan memanfaatkan kemudahan penstriman langsung bagi membolehkan upacara itu disaksikan ribuan rakyat Sarawak.
Pengerusi Jawatankuasa Induk majlis itu Suwadi Guliling berkata ini berikutan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan mengehadkan jumlah kehadiran sepanjang majlis yang akan diadakan di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini.
"Kita telah meminta nasihat dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia), MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan SDMC (Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak). Mereka telah memberi peringatan untuk mematuhi SOP ketat (yang mana) mereka yang hadir nanti mesti mengemukakan nama dan kad pengenalan mereka," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurutnya, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan merasmikan acara itu yang akan disiarkan secara penstriman langsung di aplikasi Facebook Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Facebook Jabatan Penerangan (JAPEN) Sarawak dan di akaun TikTok jabatan itu.
"Jumlah pengisian acara juga dihadkan dengan amanat dari Ketua Menteri, tayangan video patriotik dan disusuli acara pelepasan Konvoi Jalur Gemilang," katanya.
Konvoi Jalur Gemilang ini juga hanya melibatkan 10 jabatan dan agensi kerajaan terdiri daripada polis, JAPEN, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak, RTM, Pos Malaysia, Telekom Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Bernama dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Sementara itu, Suwadi yang juga Pengarah JAPEN Sarawak berkata jabatannya menganjurkan pertandingan Selfie Wefie melalui Facebook rasmi mereka dan TikTok Merdeka di akaun TikTok Khabar Dari Sarawak JAPEN sempena Bulan Kebangsaan peringkat negeri itu.
Katanya, kedua-dua pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai itu akan dilancarkan 18 Ogos ini dengan tujuan untuk menyemarakkan semangat patrotisme sepanjang sambutan bulan kebangsaan dalam keadaan negara menghadapi pandemik COVID-19.
"Sekarang isunya orang ramai berada dalam suasana pandemik COVID-19. Ramai yang muram, kurang pergerakan tapi kita akan buat aktiviti supaya mereka tidak lupa bahawa semangat perayaan Bulan Kebangsaan itu tetap berlaku dan membara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 11 2021

Abang Johari akan merasmikan acara itu yang akan disiarkan secara penstriman langsung di aplikasi Facebook UKAS, Facebook JAPEN Sarawak dan di akaun TikTok jabatan itu. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Semangat patriotisme perlu disemat sepanjang masa, bukan hanya dalam Bulan Kebangsaan
Semangat patriotisme bukan hanya dirasai dan dirai dalam Bulan Kebangsaan sahaja, tetapi juga perlu disemat sepanjang masa dalam hati setiap rakyat Malaysia yang merdeka.

Rakyat Negeri Sembilan diminta terus kibar Jalur Gemilang, semarakkan Bulan Kebangsaan
Katanya pengibaran Jalur Gemilang perlu dilihat sebagai cerminan jati diri selain menghargai pengorbanan pejuang kemerdekaan terdahulu.

Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara
Reezal Merican berkata beliau ingin lihat semangat juang seperti yang dipamerkan barisan atlet negara diterapkan di MATRADE.

‘Kirim salam kepada yang enggan’, PM Anwar seru rakyat Malaysia kibar Jalur Gemilang
Anwar berkata, kibaran Jalur Gemilang itu boleh dilihat sebagai cerminan jati diri dan kemegahan setiap rakyat Malaysia dengan negara ini.

Stadium Merdeka gamit memori berterusan sejarah kemerdekaan negara
Pembukaan semula Stadium Merdeka, dapat berterusan menggamit memori sejarah, memupuk nilai dan semangat patriotisme ketika negara mencapai kemerdekaan.

Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan
Penganjur program Keretapi Sarong sedia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menjadikan program itu sebahagian aktiviti Bulan Kebangsaan.

KKD hasrat jadikan program Keretapi Sarong aktiviti Bulan Kebangsaan - Fahmi
Ia berikutan program yang berlangsung semalam mendapat sambutan memberangsangkan dengan kehadiran 10,000 peserta pelbagai kaum dan usia.

Orang ramai dipelawa sertai Kayuhan Merdeka di Ipoh pada 30 Ogos
Orang ramai dipelawa menyertai Kayuhan Merdeka Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) 2023 bersempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Hiasan Bulatan Jalan Chester bangkit 'mood' Bulan Kebangsaan, Hari Malaysia di Tawau
Kerja-kerja pemasangan berkenaan disiapkan dalam tempoh tiga minggu dengan peruntukan hampir mencecah RM20,000.

Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara boleh diperluas - Fahmi
Fahmi berkata beliau akan meneliti perkara itu malah RTM mungkin boleh merakam ucapan atau persembahan peserta untuk ditayangkan.